Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 10, 2013

Uniform Persekolahan Qusyairi Yang Pertama

Salam,,
Dapat juga bersiaran.. Walaupun agak lambat..
Pergi jengah rumah kawan-kawan pun lambat juga..
Alhamdulillah minggu kedua persekolahan berjalan dengan lancar..
Cuma pada hari Isnin sahaja ada sedikit drama air mata..
Masuk hari Selasa sehingga hari ini, tiada lagi drama..
Semoga tiada lagi tangisan sehingga hujung tahun..
Dan pada hari ini juga, barulah Qusyairi mula memakai uniform ke sekolah..
Rutin harian kami sekeluarga juga berubah,,
Seawal jam 8.30 malam ummi dah mula ajak budak tecik tu masuk bilik..
Bagi minum sebotol susu suam sambil bercerita kisah-kisah nabi dengan dia.,
Lepas habis minum, ulit-ulit sedikit.. Lena sudah,, =)
Ummi pula akan bangun jam 5.00 pagi... Masak air panas..
Gosok baju.. Mandi, solat.. Siapkan apa yang patut..
Kejut En. Bb jam 6.15 pagi,, En. Bb pula akan mandi dahulu..
Ummi pula akan mula mengejut Qusyairi jam 6.30 pagi,,
Tugas memandikan budak tecik tu ummi serahkan pada En. Bb..
Ummi pula akan siapkan dia selepas mandi..
Alhamdulillah,, Tiada masalah untuk bangun awal..
Jam 7.00 pagi kami akan bertolak dari rumah,,
Begitulah rutin harian kami yang jauh berbeza dari dulu..
Apapun ummi bersyukur.. Ummi gembira,,
Melihat Ahmad Qusyairi semakin gembira ke sekolah, sangat bermakna,,
Terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat ini.. 


Budak happy sebab dapat pakai uniform sekolah..

No comments:

Post a Comment