Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 31, 2012

Hoore Hoore - Tak Rugi Tengok

Salam,
Semalam ummi pergi tengok cite Hoore Hoore.. Ala, yang hero dia Akim AF tu..
Bawak sekali En.Q.. Sebab dia tahu yang berlakon tu Akim.. Mula-mula macam tak percaya jek dia kenal Akim.. Tapi bila tunjuk gambar,.. Tanya sape ni? Dia jawab.. Atim.. haha.. Kenal pulak dia.. Tak tau camne dia boleh kenal.. So, kami bertiga ni pergi lah tengok.. Alhamdulillah.. Masa pergi tu pawagam hampir lengang.. baris ummi cuma ada kami dan sepasang lagi suami isteri.. Kami pilih tempat belakang sekali.. So, En. Q bebas nak beraksi.. hehhe.. Maybe masa yang kami pergi tu, tak ramai orang suka pilih,. Permulaan cerita jek dah ada lagu.. Bercanda ditepian pantai lagi.. Excited.. Sampai ke sudah memang lagu Allahyarham Sudirman menjadi latar cerita tu.. Memang tak bosan.. Majoriti pelakon yang berlakon, guna suara sendiri untuk menyanyi dalam cerita tu... Ummi memang bagi 5 star untuk cerita ni.. Macam nak tengok lagi.. Seronok sangat.. En. Bb pun suka cerita ni sebab dia memang peminat Allahyarham Sudirman.. Cerita ni ada moral dia sendiri disebalik nyanyian yang menghiburkan.. Korang mesti pergi tengok cerita ni.. Best sanggaaaaaaaaaat...

Qusyairi & Atim... =)

Tuesday, May 22, 2012

Putar, Jilat & Celup

Salam,
Hari ni 1 Rejab sudah.. Sekejap jek.. Lepas ni Sya'aban pastu Ramadhan.. Alhamdulillah.. Ummi puasa hari ini.. Insyallah jika diizinkan.. Actually dah 3 hari ummi dan En. Q merempat rumah Madam Emak.. Sebab En. Bb kena pergi Lawatan Kerja kat Pulau Pinang.. Malam ni sampailah JB.. Ummi yang nak puasa hari ni, tapi En. Q yang sibuk nak pre-sahur.. hehe.. Ummi sahur pagi tadi makan roti sekeping.. Budak Tecik tu, dah malam-malam dekat pukul 11.00 sibuk minta biskut Oreo dekat Atuk dia.. Atuk jenis tak sampai hati, bagi jugak... Pastu bila makan biskut, mesti nak cecah bagai.. Kalau dengan air masak pun tak kisah.. hehe.. Tapi malam tadi ummi bagi cecah dengan susu.. Makan 2 keping jek.. itupun sekeping dia makan isi jek.. Sekeping lagi makan separuh.. Lepas makan, cuci mulut semua... Ummi cepat-cepat tutup lampu n tutup pintu.. Ingat dia takut.. Takde maknanya,, Elok jek dia main bola kat bilik tu.. Aduiii.. Ummi malas nak layan, ummi tido terus.. Ntah bila dia datang kat ummi pun ummi tak perasan sangat.. hahah...

Sila abaikan persekitaran yang agak padat itu yek.. heheh


p/s: Tajuk macam takda kaitan dengan cerita kan? Hentam sajalah..Haha.. Janji ada Oreo..

Monday, May 21, 2012

Aiskrimm... Ohhh.. Aiskrimm..

Salam,
Actually ni cerita hari minggu yang sudah-sudah,,, Maksudnya yang dah agak suam-suam kuku la ek.. hehe..
Bawak si Tecik Tenonet pegi merayap.. Sekarang ni En. Q ummi dah pandai request nak pegi mana..
Tapi yang dia tahu, cuma Tesco yang dipanggil KO dan Plaza Angsana yang dipanggil NA.. haha. Pegi Tesco nak tengok Fish.. Pegi Angsana nak main mainan yang masuk duit 50sen depan Marrybrown tu.. Macam kat tempat lain takde kan? Ok. berbalik cerita ni.. Kali ni bawak pegi Angsana.. Eh, pandai pulak cakap ngan Ayah beliau nak Cim.. Ingatkan nak apa.. Rupanya nak Cim sambil tangan tunjuk kiosk jual aiskrim depan McD.. heheh.. Tak sampai hati punya pasal, belikan lah satu... Yang paling murah dan senang makan.. hehe.. Bersumgguh makan, tapi tak habis pun.. Last-last En. Bb tukang bereskan.. hehe..

Ni bukan kat Angsana.. Kat Jusco.. Hehe

Senyum gaya Qusyairi..

Nyum..Nyumm..

Muka puas..



Friday, May 18, 2012

Ada Orang Glamour Follow Blog Ummi....!!!!! Terharu!!!!

Salam,
Lambat sikit bersiaran.. hehe.. Tadi ummi tengok-tengok blog ummi sendiri.. Tiba-tiba ada satu komen daripada seseorang.. Wahh... bangga ummi.. Baru semalam ummi follow beliau.. Hari ni tengok beliau dah follow balik..Actually dah lama jadi silent reader blog beliau.. Semalam baru tergerak hati nak follow.. Nak tau siapa yang ummi maksudkan itu... Dup.. Dapp.. Dupp.. Dapp...

:::

:::

:::

:::

:::

:::

:::

:::


Tarra..

Shahriah Abdullah
Ha, itulah orangnya.. mesti kenalkan? Kalau kalian tak kenal, ummi kenal sebab ummi tengok rancangan ni... Terharu sangat sebab kak Shahriah sudi follow blog ummi yang tak seberapa ini.. En. Bb cakap kat ummi "untung ler.." Bangga aii.. Seronok baca blog kak Shahriah ni, bahasa sempoi.. Kelako.. Kadang-kadang boleh buat ummi gelak-gelak sorang.. Satu lagi yang seronoknya... Dapat jamu mata.. wahhh.. tak tahan.. makanan sume sedap-sedapp walaupun tak pernah rasa.. hehhe.. Kalau bulan puasa tak tau la tahan ke idak nak bukak blog beliau ni.. Heheh.. Kepada Kak Shahriah, terima kasih sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa ni.. Kepada yang nak jengah-jengah blog beliau boleh klik kat gambar di atas itu.. Yahhuu... Ummi terharu.. + malu.. (^_^)

Thursday, May 17, 2012

Qusyairi Pun Sama... =P

Salam,
Apa yang qusyairi pun sama? Ha, tengok gambo ni,,

Sumber: Anamarzablog
Begitulah keadaannya.. Memang selalu qusyairi buat begini.. hehe.. Kadang-kadang lagi ekstrem dari ini.. Sampai sakit-sakit pinggang ummi.. Nak cubit tak sampai hati... Kadang-kadang ngap jek terus peha dia yang gebu itu.. hahah..Anak kawan-kawan ummi yang breastfeed macam mana? Sama tak aksinya? hehehe...

Wednesday, May 16, 2012

Figura Upin & Ipin

Salam...
Owh.. tak tahan.. chumel sangat.. Tengok bawah.. Chumel tak??


Harus kena rembat untuk En. Q ni.. Mesti dia suka.. Tapi sebenarnya ummi dia yang terlebih suka ni.. 
Hehe.. Tapi memang chumel kan? Petang ni nak ajak En. Bb pegi jengah KFC la barang sekejap.. 
Barang terhad tu.. Harus kena pegi secepat yang boleh.. Yeehhaaa..

Tanpa Bicara #10


Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Salam, 
Hari ni 13 Mei merupakan hari ibu. Hari ibu disambut pada setiap minggu ke-2 dalam bulan Mei. Macam2 pendapat yang ummi dengar pasal hari ibu ni. Ada yang cakap haram disambut. Ada yang kata boleh. Tapi bagi pendapat ummi, tak kesah nak sambut, asalka niat kita betul. Nak sambut untuk ibu kita sendiri, bukan maksud lain. Kalau nak ikutkan hari-hari, hari ibu kan? Banyak jasa ibu pada kita, so tak slah kalau kita nak set satu tarikh untuk raikan mereka? Ummi tak tau nak buat ape lagi hari ni, tapi yang pasti malam ni nak tido umah Madam Emak. hehe. Tengokla malam nanti plan ngan kakak n adik ummi. Sempena Hari Ibu ni, ummi nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Madam Emak, Puan Junaidah bt Sulong kerana sentiasa ada di sisi ummi selama 26 tahun hidup di muka bumi ini.. Kepada MIL, Puan Kamariah bt Md Sun, terima kasih kerana sudi menerima ummi dalam keluarga kita. Semoga Mak dan Mak mertua ummi sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T. Diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Amin. Ummi sayang mak-mak ummi sangat2... Dan kepada semua ibu, mama, emak, ummi dan mumy seluruh dunia, Selamat Hari Ibu.. :-)


Friday, May 11, 2012

JOM JOIN | GiveAway Saya Nak FM!

Salam,
Hari ni mood nak beGA.. Setelah sekian lama tidak menceburkan diri.. hhehe.. tapi ummi perasan, ummi cepat tertarik dengan GA yang menawarkan hadiah berbentuk Fridge Magnet.. Sebab ummi pun kumpul jugak... Hari ni, ummi nak join GA daripada MamaZN.. Kalau nak join click jek kat gambar.. 


 Cara nak join senang jek:

1. Jadik FOLLOWER
2. Jawab soalan mudah :)

 Soalannya : SIAPA NAK FM?! ^_^
 Jawab kat komen entry tu je

 Tarikh tutup : Tengah malam esok - Jumaat 11/5/2012

So, cepat-cepat masa dah tinggal sikit jek ni..

Harap-harap ummi dapat la FM tersebut untuk menambah koleksi yang sedia ada..

Lagipun, entah bila la dapat g Zoo Taiping nunn.. huhu

Gud luck kepada semua.. 

Wednesday, May 9, 2012

Nasi Minyak Resepi Madam Emak

Salam,
Lama tak hapdet.. Busy sket minggu ni.. ade audit, ada bengkel... pening2.. Weekend hari tu, ummi nak try masa nasi minyak.. seumur hidup inilah kali pertama... Hari Jumaat masa amik En. Q dah minta resepi awal2 kat Madam Emak.. hehe..Pagi tu, lepas sarap, ajak En. Bb g Maslee cari barang.. sampai umah dekat pukul 12.00. Biasanya ummi memang dah malas nak masak kalau dah lambat ni, tapi hari tu, teringin punya pasal, gigih jugak la masak.. Kelentang kelentung kat dapur.. En. Bb sekali sekala datang tolong.. Tapi tak boleh lama... Sebab si Tecik Tenonet pun nanti datang sama mengemas.. hehe... Setelah 2 jam bertarung di dapur, akhirnya.... Tarra,,,


 Nasi minyak, lauk ayam masak merah, acar nenas + timun, kuah dalca (Madam Emak bagi) pastu ada paru goreng rempah tapi tak snap pun.. Hehe.. Alhamdulillah.. Ummi masak 1/2 kg beras basmathi.. cukup makan smpai malam.. siap dapat bagi jiran sebelah lagi.. En. Bb bagi 8/10.. ok la tu.. Tapi bila tanya apa yang kurang.. Dia cakap tak tau pulak.. heheh.. Tapi untuk tekak ummi, ummi rasa memang sedap la.. kes puji diri sendiri.. haha... Ummi memang suka nasi minyak.. so, memang berbaloi,. ada lagi 1/2 kg beras, ingat nanti2 nak buat nasi tomato pulak... nyumm.. nyumm.. sedapnya.. Madam Emak mesti bangga dengan ummi sebab berjaya masak makanan camni punyak gempak.. haha..

Thursday, May 3, 2012

Marvel AVENGERS


Salam, 
Kalian dah tengok ke cerita ni? Ummi n En. Bb dah pergi tengok semalam,, Lepas game boling,, Terus lincah tengok cerita ni... hehe.. Game boling dapat no. berapa? heheh.. tahun ni tak dapat kekalkan status Top 5 la.. Takde rezeki.. yang masuk tahun ni semua hebat belaka.. Ok. berbalik cerita ni.. Lama jugak cerita ni dalam 2 jam macam tu.. Dari 5 star.. Ummi bagi 4 star.. Dari 2 jam dok dalam panggung tu, 30 minit jek yang mulut ummi tertutup rapat.. selebihnya... Hamikkk ko... Ternganga-nganga macam anak burung tunggu mak dia suap makan.. haha.. Gila hebat kesan khas cerita ni.. Mau tak ternganga mulut ummi.. Tapi 30 minit yang pertama tu,, 15 minit jugak ummi tido.. hahah.. Sebab permulaan cerita macam slow sikit.. Dalam cerita ni, baru lah ummi kenal, siapa itu Iron Man, Kapten Amerika.. Hulk tu pernah dengar n tengok tapi bukan tengok filem.. Seronok la ummi tengok cerita ni.. Pasni nak download la kat mana-mana.. Nak tengok lagi... Pada siapa-siapa yang belum tengok cerita ni, pergilah tengok.. Memang best dan sangat teruja..

Wednesday, May 2, 2012

::::SEDIH:::: - Benam bayi dalam baldi

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai mencekik dan melemaskan bayi lelaki yang dilahirkannya dalam baldi berisi air Ahad lalu, sehari sebelum menanam mayat bayi itu dalam semak berhampiran kawasan kilang di Taman Ria Jaya di sini, keesokannya dengan bantuan teman lelakinya berusia 17 tahun.
Dalam kejadian 6.30 petang Ahad lalu, pelajar terbabit yang melahirkan bayi lelaki cukup sifat, panik lalu mengambil tindakan membunuh bayinya bagi mengelak perbuatan kejinya diketahui.

Menurut sumber, pelajar terbabit mencekik dan melemaskan bayi itu dalam baldi berisi air sebelum menyimpan mayatnya dalam almari di biliknya.
“Bayi itu dipercayai hidup dan sempurna sifat ketika dilahirkan.

“Ibu bapa remaja perempuan itu tidak tahu anak mereka hamil mungkin kerana perutnya yang membesar tidak terlalu ketara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, keesokannya kira-kira jam 6.30 pagi, remaja perempuan itu memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg sekolah untuk dibawa ke sekolah dan membuat temu janji dengan teman lelakinya, bekas pelajar sekolah berkenaan yang sudah tidak bersekolah.

“Pelajar perempuan itu kemudian mengikut teman lelakinya yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal, membawa mayat bayi untuk ditanam di tanah kosong di Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya.

“Mereka menanamnya bersama beg sebelum menutup dengan batang kayu untuk mengelak dikesan,” katanya.
Menurutnya, perbuatan pasangan remaja berkenaan terbongkar selepas pelajar perempuan itu menceritakan kejadian kepada beberapa rakannya yang kemudian melaporkan kepada guru kaunseling di sekolah berkenaan. Beliau berkata, guru kaunseling berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada seorang ahli jawatankuasa masjid berhampiran yang melaporkan kepada polis. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya sudah menahan pasangan berkenaan malam kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat bayi tanpa kebenaran. Polis akan menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

“Mayat bayi itu dipercayai ditanam lebih 24 jam lalu di Jalan PKNK 1/8, Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya dan ia dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.



p/s: Sungguh ummi sangat sedih dengan kejadian ni... Zalim.. (T_T)

Gara-gara Astro Bagi Tengok Siaran Percuma..

Salam,,
Aduhh.. mata ummi ni,, layu-layu jek masa taip entry ni.. Opss.. sebelum terlupa.. Ummi nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua.. Tak kira la kerja kat mana pun.. Jadi suri rumah pun kerja jugak kan? Tapi hari ni dah kerja balik yek dakk? hehe..

Gambar rembat kat Mr. Google..

Semalam ummi n En. Bb keluar jalan-jalan bawak En. Q g main boling.. Petang ni ummi n En. Bb ada game macam tahun-tahun sudah... Doakan kami yek. Hehe.. Ok. bukan nak cite pasal main boling. Tu nanti kalau rajin ummi story yek.. Ni pasal Astro ni.. Kat umah, kami amik siaran yang paling murah nak kena bayar tiap-tiap bulan.. RM40.25 kalau tak silap.. So, bila pihak Astro buat pengumuman macam ni..

Haruslah kami laki bini jakun yaa amat.. hehhe.. Apa tak nya.. semua siaran nak tengok.. Gila banyakkk!!! Nak tengok semua,,, Yang En. Bb pulak tak tau nape bila Astro bagi tengok siaran free ni, dia lebih berminat nak tengok cerita Tamil kat Astro Box Office.. Adoii..Ummi lebih suka tengok Astro Warna n Astro Disney.. Semalam, hamikk kooo... Kami berdua layan Super Spontan sampai pukul 1.30 pagi.. Punyalah teruja kan.. Sampai ummi cakap ngan En. Bb nak cuti seminggu sebab nak tengok Astro.. hahah.. Tapi Astro pandai kan? Dia bagi kita tengok free, pastu kita ni teruja macam ummi,, pastu mula lah ngendeng En. Bb nak subscribe Channel Mustika.. Jawapannya,, Haruslah mengecewakan telingan yang mendengar ini.. Huhu... Gara-gara tengok Siaran Astro Percuma,, hari ni percuma jek dapat rasa ngantuk teramat kat ofis ni.. Huarrggghhhh..