Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 26, 2012

Tanpa Bicara #13

Ummi, Syairi Nak Pergi Sekolah =P


p/s: Masih belum buat keputusan nak hantar ke sekolah atau tidak tahun depan.. heheh

Tuesday, September 25, 2012

Harinya Telah Tiba

Setelah 42 hari menunggu..
Akhirnya hari yang dinanti-nanti oleh semua pekerja Gov telah tiba..
Yeahhh.. Hari ni adalah hari nya..

Ihsan: Uncle Google
Wahh.. lega.. teramat lega.. Sementara menanti hari ni.. 
Banyak betul keluhan-keluhan yang kedengaran..
Hehe.. Iye la.. Gaji bulan lepas masuk awal betul...
Lepas tu raya kan.. Harus lah gaji semua terbang sekali..
Hehe.. Apapun.. Selamat Menerima Gaji kepada Kakitangan Awam.. Hehe..
 Syukur Alhamdulillah..

Monday, September 24, 2012

Santai Hujung Minggu

Salam,
Hujung minggu lepas ni, En. Bb tiba-tiba bersuara nak ajak kami pergi berkelah.. Ala, tak jauh mana pong.. Kat Desaru saja.. Dari rumah ummi dalam 45 minit ikut Highway Senai-Desaru.. Pantai Batu Layar,, Ummi tak pernah pun pergi kat situ.. En. Bb cakap kat situ kawasannya sunyi sikit.. Pantai pun landai.. Sebelum pergi situ, kami singgah Tanjung Balau dulu,, Nak tengok mana lagi best.. Hehe.. Keputusan dibuat,, Berkelah kat Batu Layar.. Memang cantik.. Ada satu jek kot resort kat situ,,, Kemudahan tempat mandi dan bilas badan pun ada.. Ummi lebih selesa di sini,, Kalau kat Desaru tu ramai sangat orang.. Jom layan gambar..

Tenang jek tengok gambar ni,,
Pantai kat area sini air jernih macam kat pulau-pulau
Budak Tecik yang suka benar baling-baling pasir kat ummi n ayah..
Ummi suruh tengok kamera dia tengok atas..
Masa untuk berenang..
Iklan Ubat Gigi
En. Bb semangat betul siap pasang khemah... Tapi tak duduk lama pun sebab panas.. Hehe
Kalau berkelah tak mesti lah bawak makanan.. Ummi bawak bekal simple aje.. Nasi Putih, Sambal Udang, Ayam Goreng Rempah, Bihun Gorenng & Hotdog+Kentang Goreng.. Licin..:-p

 

Ni pemandangan masa on the way nak balik..
Kalau ambil gambar kahwin pun cantikkan..
Itu cerita hari Sabtu.. Hari Ahad petang ummi pulak request nak 'ngeteh' kat Kedai Mamak.. Bangun pagi-pagi dah cakap ngn En. Bb.. Nasib baik permintaan dipenuhi.. Lepas balik ngeteh, kami singgah pulak Bukit Layang-layang.. Ramai sungguh manusia petang tu.. Parking semua penuh,.. Ummi cakap dekat En. Bb.. Agaknya ni semua orang gomen.. Bajet dah takde nak g merayap.. Tu yang sume lepak kat situ.. Termasuk la 'KAMI',, hehe..









Tuesday, September 18, 2012

Dah Tinggi Dah Dia..

Salam,,
Wahh.. Berkurun tak update blog.. Sedikit sibuk last week.. Student Degree baru masuk mendaftar.. Agak bz melayan pengesahan KWSP mereka.. huhu.. Sedar tak sedar.. Syawal dah berlalu.. Sekejap jek.. Semoga tahun depan dapat jumpa lagi dengan Ramadhan & Syawal.. Insyallah.. Semalam bawak Qusyairi jumpa doktor panel dia.. Demam n ada sakit tekak sikit.. Alhamdulillah hari ni macam dah sembuh sikit.. Masa tengah tunggu giliran untuk rawatan tu.. Dia macam biasa la.. Merayap sana sini.. Ummi terperasan ada Growth Ruler kat dinding klinik tu.. Ummi suruh Qusyairi posing kat situ sambil-sambil nak ukur ketinggian dia.. Percaya atau tidak? Lepas ukur ummi terkesima seketika.. Ayamak... - alamak versi Qusyairi.. Lepas ni Qusyairi dah tak dapat makan free la kat Pizza Hut.. Haha.. Nak tau nape?


Tu diaa... Dah melepasi 90cm.. Padahal belum 3 tahun lagi tu.. Ni ikut baka model ummi la ni.. Muahaha.. Dah makin tinggi qusyairi.. Makin besar dah.. Makin banyak songeh.. Makin banyak tanya.. Makin banyak pot pet pot pet.. Ingat tahun depan rancang nak hantar masuk tadika.. Masih dalam perbincangan.. Ummi macam tak bersedia lagi.,, Hehe..

Thursday, September 6, 2012

Top 10 Makanan Kegemaran Ahmad Qusyairi

Salam,
30hb Ogos yang lepas ni, genap Ahmad Qusyairi 2 tahun 7 bulan..
Alhamdulillah.. Makin cerdik.. Mulut pun dah makinbising.. Pok Pek. Pok.. Pek..
Kadang-kadang ada aje benda yang dia nak sibukkan.. Hehe..
Ok. Ummi nak cerita selera anak bujang ummi ni..
Makin besar,.. Makin besar jugak seleranya.. Bab makan alhamdulillah.. Time dia lapar bagi lah makan apa sahaja, insyallah memang dia makan.. Tapi kalau tak lapar, janganlah bagi apa-apa kalau dia tak minta.. Memang alamat, mengamuk la beliau.. hehe. Jom, tengok carta 10 makanan kegemaran Qusyairi di usia 2tahun 7 bulan.. =)

 1. Oreo - Biskut ni sekali makan 5 - 6 keping pun boleh habis. Kadang-kadang dia makan semua, kadang-kadang dia makan cream jek. hehe

 
 2. Telur - Paling suka telur goreng hancur campur kicap. Kalau time dia lapar tak kena waktu macam tengah malam, lauk ni la dia habiskan..

3. Ayam goreng - Tak kesah la, kfc ke, mcd ke, buat sendiri ke,,, memang suka.. Lebih lagi bahagian drumstick.. memang bersungguh makan. Yang bagusnya, kulit beliau tak makan.. Ummi yang makan.. hehe
 


4. Air Milo - Memang sangat suka.. Kalau boleh hari-hari mahu.. Tapi ummi terpaksa kurangkan sebab nanti dia susah nak poo poo... huhu

5. Biskut Captain Munch - Tapi Qusyairi panggil biskut boboi.. hehe.. Biskut ni pun suka.. tapi jenis yang macam chipsmore tu jek.. yang lain tak suka..  Kalau tak de biskut oreo, biskut ni jadi penyelamat..


6. Donut - Sarapan pagi Qusyairi senang jek.. bagi jek sebiji donat.. Insyallah dia boleh habiskan.. Kalau jalan-jalan kat Tesco, mesti dia ajak singgah Big Apple.. Tapi ummi tak gemar pulak.. hehe


7. Air Soya - Ni air wajib kena minum hari-hari.. Kalau rasa-rasa tekak dia taknak minum susu tepung, dia minta la air soya.. Doktor pun ada nasihat bagi banyak minum soya, sebab Qusyairi ni susah poo poo.. 


8. Taufufa - Selain air soya, taufufa pun dia suka sekarang ni.. Masa kecil dulu ummi bagi, di keluarkan balik.. Tapi sekarang, kalau beli semangkuk macam gambar kat bawah ni, separuh tu dia punya.. hehe


9. Twisties Hijau - Inilah satu-satunya Junk Food yang dia suka.. Bagilah keropok lain, dia tak makan punya.. Yang ini yang dia kejar kalau pergi Tesco.. Tapi ummi buat kawalan keselamatan la.. Tak selalu dapat makan.. Sebulan adalah dalam 2 - 3 kali jek.. 


10. Calsiyum -  Ummi kenalkan makanan ni sejak dia setahun lebih.. Sekarang ni lagi selalu minta.. Makan sendiri tak mau disuap.. Tapi kalau ada angin dia, beli jek lebih, makannya tak mau.. huhu

Semua gambar sumber daripada Yahoo Image = )



Wednesday, September 5, 2012

Hari Jadi Siapa?



 "Pee Day Day Yuu Yuu"
"Pee Day Day Yuu Yuu"
"Pee Day Day Yuu Yuu"

 Salam,
Ha, kat atas tu sebenarnya ni lirik lagu Happy Birthday To You Versi Ahmad Qusyairi.. hehe
Dari minggu lepas dok sibuk nyanyi lagu tu sambil minta kek kat ummi..
Kisahnya dia explore-explore telefon genggam ummi lepas tu jumpa gambar masa buat hari jadi dia bulan Februari hari itu..
Bila tanya hari jadi siapa? Hari jadi Aie..(Qusyairi bahasakan diri dia Aie)

 http://www.ummiqusyairi.blogspot.com/2012/02/kenduri-doa-selamat-dan-sambutan-hari.html

Semalam balik kerja pergi la kami beli kek.. 2 slice jek pun.. 
1 untuk beliau, 1 lagi untuk ayah beliau.. hehe
Masa kat kedai tu, siap suruh ummi minta lilin..
Balik rumah terus suruh ayah pasangkan lilin..
Tapi bila lilin dah menyala dia melalak pulak sebab takut... Adoyyaii...
Nak tak nak ummi dan En. Bb la tiup..
Dah tiup baru la dia sibuk nak pegang kek.. Lepas tu boleh pulak dia cabut lilin tu nak makan..
Anak.. haiii.. anak..
 Tu lah pengarang jantung, tu lah penawar.. =)

Baru nak ketawa bila lilin dah tiup..
Makan tak ajak ummi n ayah pun.
 

Monday, September 3, 2012

Gambar Raya Aidilfitri 2012

Salam,
Seperti dijanjikan.. Ummi nak kongsi gambar masa Syawal Pertama yang lalu.. Orang lain dah berkurun kongsi, ummi baru nak upload hari ini.. Teruk betul... hehe.. Bila tengok-tengok balik takde la banyak mana.. haha.. Okey. Jom layan.. 

Madam Emak & Mr. Abah
Adik beradik perempuan Ummi
Family Kecil Ummi Bersama Atuk & Nenek Qusyairi
Dari kiri: MakNgah, MakLong & MakUda
Pak Usu yang kerja di Hari Raya
Ampunkan kami penunggu gua... eh salah.. Ampunkan ummi sayang.. hehe
KAMI =)
 Itu sahaja dari ummi. Sekian.. hehe..