Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 3, 2013

20 Perkara Yang Akan Berubah Selepas Mempunyai Anak

Salam,
Owh.. Hari kedua persekolahan, nampaknya masih belum tenang lagi,,
Jalan raya sedikit tenang,, Cuma yang tak tenang anak ummi, Qusyairi, Huhu,,
Pagi tadi hantar dia meraung bagai nak rak,, huwwaaa,,
Takpelah nak.. Untuk kebaikan kamu juga.. 
Ummi bukan saja-saja nak hantar kamu pergi sekolah..
Ok. Sebelum sebak melanda ummi..
Ada baiknya ummi berkongsi satu artikel yang ummi dapat dari sini..
 Masa ummi tengah mengandungkan Qusyairi,
Ummi selalu dengar orang pesan dekat ummi, 
Tidurlah cukup-cukup sekarang,, Sebab bila dah ada baby, mesti tidur tu takkan cukup punya..
Yek, betul. Di awal kelahiran Qusyairi, memang kami suami isteri kekurangan tidur..
Tapi sekarang alhamdulillah.. Qusyairi pun dah besar sedikit..
Bila dah ada anak ni, banyak perubahan yang akan berlaku dalam diri kita,,
Sama ada kita sedar, ataupun tidak,,
Kita akan ada perubahan dari segi ekonomi, rutin hairan dan tanggungjawab..
Tapi bila seluruh kehidupan dan kasih sayang kita, 
kita berikan sepenuh tumpuan kepada anak kita,,
Sebenarnya, banyak perkara menarik yang berlaku..
Jom tengok perkara menarik tersebut..

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 Yekk.. semua perkara di atas ni,, Semua berlaku pada ummi!!
Terima kasih Ya, Allah atas anugerah tidak ternilai ini..

Ahmad Qusyairi bin Ahmad Nazrul

No comments:

Post a Comment