Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 2, 2013

Drama Air Mata Di Pagi Hari Pertama Persekolahan

Salam,
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2013 untuk Negeri Johor..
Di Laman Muka Buku ramai yang update status anak-anak ke sekolah..
Kesesakan lalu lintas.. Buku-buku sekolah zaman sekarang..
Pendek kata semua berkaitan hari persekolahan..
Ummi dan En. Bb awal-awal dah mengambil langkah berjaga-jaga..
Untuk mengelak dari terjebak dengan kesesakan lalu lintas..
Mari kita beramai-ramai tidur rumah Madam Emak malam tadi.. Hehe..
Pagi ni bangun awal.. Kejut En. Qusyairi..
Mula-mula dah ada dengar-dengar beliau tidak mahu ke sekolah...
Pagi tadi pun sama.. Pujuk baik-baik..
Mandikan.. Pakaikan baju.. Salam semua manusia di rumah Madam Emak...
Kami pun bergerak ke destinasi..
Hari pertama sesi persekolahan 2013 pasti agak mencabar bagi pelajar..
Sebabnya, hujan turun mencurah-curah di Johor Bahru ni..
Hujan yang mana, kalau cuti sekolah memang semua pakat tarik selimut sambung tido.. hehe..
Selesai sarapan semua.. Segalanya baik-baik sahaja..
Tetapi tiba sahaja di sekolah, En. Qusyairi dah nampak seorang dua rakan-rakan beliau menangis..
Maka, dengan itu, drama tarik menarik baju,, Drama air mata,,
Semuanya bermula.. Kejap tangan dia memeluk leher ummi..
Huhu.. Syahdu,, Sedih,, Bercampur baur.. Sobb.. Sobb..
Tapi ummi tabahkan hati, kuatkan semangat,, 
Tinggal aje beliau di situ bersama Teacher-teacher yang sporting,,
Nanti pukul 12.00 ummi pergi ambil beliau,,
Semoga En. Qusyairi tabah menghadapi 4 jam bersama rakan-rakan baru
dan Teachers di hari pertama persekolahan 2013 ini..
Ya, Allah, Lindungilah anakku Ahmad Qusyairi..
Peliharalah dia walau di mana dia berada dalam apa jua yang dia lakukan..
Amin, Ya Rabbal Alamin..

Bersiap sedia untuk potong rambut sempena ke sekolah buat kali pertama.. Gambar di ambil pada petang semalam, 1/1/2013

 
 

No comments:

Post a Comment