Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

Malam Terakhir Di Tahun 2011

Salam,
Malam ni merupakan malam terakhir dalam tahun ni.. Sekejap jek masa berlalu kan?
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru.. Menyorot kembali kehidupan dalam tahun ni, banyak peristiwa suka duka yang terjadi.. Bermula awal tahun sehingga sekarang.. Kenangan tercipta akan dikenang sampai bila-bila.. Pengalaman menjadikan ummi dewasa.. Semakin hari, semakin cuba menjadi dewasa.. Walaupun kadang-kadang En. Bb cakap ummi masih macam budak-budak.. hehe.. Tahun ni juga En. Q semakin besar.. Bermula dari berjalann ketika usia 1 tahun 1 minggu.. Mula memanggil ummi dan ayah.. Sudah bijak menyebut air, meow., nenek. tok, mak, dan macam-macam lagi.. Syukur Alhamdulillah.. Anak itu semakin hari semakin banyak keletahnya.. Semakin banyak ragamnya yang kadang-kadang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. Apepun ummi bersyukur dengan anugerah hebat yang Allah telah beri untuk ummi itu.. Semoga tahun baru 2012 membawa seribu kebahagian buat ummi sekeluarga.. Semoga ikatan kekeluargaan kami menjadi semakin utuh.. Semoga kasih sayang kami berpanjangan.. Semoga Allah S.W.T menguatkan lagi keimanan kami.. Amin... Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012..

Tanpa Bicara # 5

Friday, December 30, 2011

Perkongsian Jumaat #6

Salam,
Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir dalam Tahun 2011.. Pejam celik.. Pejam celik dah hujung tahun..
Sempena Jumaat terakhir dalam tahun ni, ummi nak share tentang Kelebihan Surah Al- Waqiah yang ummi dapat dari Facebook seseorang.. Jika mahu lihat dengan lebih lanjut klik sini. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
• Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya

• Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

• Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

• Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

• Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

• Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

• Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

• Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan
tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

• Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Thursday, December 29, 2011

En. Hubby dan Naruto Shippuden

Salam,
Bersiaran lagi pagi ni.. Naruto Shippudden... Mesti kalian semua pernah dengar kan? Siapa yang En. Suami nya suka bangat dengan kartun ni? Sila angkat mouse.. Hehe.. Ummi pun tumpang angkat.. Haduii... Sejak kahwin dengan En. Bb ni, ummi baru tau,, dia rupanya adalah seorang peminat tegar Naruto.. Fuhh...

Ni la dia Naruto tu,,
En. Hubby sanggup tidur lambat semata-mata nak tengok kartun kegemaran dia ni tau... Siap download beratus-ratus episod dari internet.. Ummi tak berapa paham sebenarnya kartun ni.. Lagi satu, ummi kurang gemar sebab kartun orang.. Tapi upin ipin tu ummi suka.. haha.. Ummi ingatkan En. Bb sorang yang suka Naruto.. Rupanya abang ipar, adik ipar, bos En. Bb dan ramai lagi kaum-kaum lelaki yang sudah agak-agak berusia yang minat dan masih lagi menonton cerita ni.. Aduss.. Apa la yang best agaknya.. Dia orang kalau dah bercerita pasal Naruto.. Kemain syok.. Macam kita orang perempuan kalau cerita pasal Novel Ombak Rindu la kan.. hehe... Takpelah dia minat Naruto pun.. Kang dia dah minat benda lain, haruslah ummi risau.. hehe..

Ni la kek hari jadi untuk En. Bb masa 25 April 2011.. Dia sayang nak makan sebab ada Naruto.. hehe
Gambar kredit dekat Kak Su.. Kalau nak order cup cakes, bolehlah order dengan dia.. Sedap sangat...

Tuesday, December 27, 2011

Tiramisu

Salam,
Aduii.. Malasnya nak kerja ari ni.. Yekla.. Cuti dah lama. Dari hari Jumaat.. huhu.. Qusyairi demam dari ari khamis.. Tu yang Ummi cuti.. Alhamdulillah.. dah beransur sihat.. sebelum ni takmo makan.. Hari ni Madam Emak cakap dia nak makan dah.. Okies, Actually ummi buat projek ni Hari Rabu lepas.. huhu.. lupa pulak nak story kat sini.. Terliur dengan hasil air tangan MamaRifqy ni.. Owh.. beliau berjaya membuat ummi tergoda untuk mencuba resepi tersebut.. Sodap pun sodap.. En. Hubby pun suka.. Pasni nak buat lagi... Tapi ada musykil sikit la.. Sebab tengok yang MamaRifqy punya bila potong macam keras.. Nape ummi punya sememeh aje.. hehe..



Walau sememeh manapun.. Rasa tetap menjadi okies.. Bukan Ummi cakap.. Officemates n En. Bb yang cakap.. hehe.. Sodapp.. Rasa macam tak cukup tau.. Try la buat.. Mesti jadi punyer.. Ni resepi yang ummi guna.. 

Bahan-bahan
1 peket biskut cream crackers jenama Hup Seng (Ummi tak pakai biskut lady finger)
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
2 bungkus serbuk NESLO 3 in 1 (Nak pakai milo ke, nescafe ke pun bole)
Serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
  1. Bancuh serbuk NESLO dengan satu cawan air panas....ketepikan dulu
  2. Pukul gula+cheese+whipping cream sampai kembang 
  3. Celup biskut ke dalam air tadi & susun dalam bekas
  4. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  5. Tabur serbuk koko pastu ulang step 3 & 4
  6. Tutup dengan aluminium foil dan sejukkn dalam fridge semalaman
  7. Hiaskan dengan serbuk koko bila hendak dihidangkan

Thursday, December 22, 2011

Kek Alunan Kasih


Salam..
Cuti ari Sabtu yang lepas hari tu.. Sempat la juga ummi buat projek membakar kek kat umah.. Saje la kan.. Tengah rajin.. Lagipun nak cuba-cuba buat.. Tengok kat resepi Encik Mat Gebu ni.. Rasa macam excited pulak nak buat.. Tapi bak kata EMG ni, derhaka.. Ummi pun ada derhaka sikit, sebab ada bahan yang ummi tak letak.. Bahan perisa.. sebab takde.. huhu.. ampunkan kami yek EMG.. Alhamdulillah.. beralun jugak la kek ni.. hehe.. Ok. Jom tengok resepi. Kalau agak2 rasa nak try buat kek-kek yang mengancam, boleh la pegi singgah kat blog EMG.. Macam-macam resepi ada.. Antara malas ngan idak jekla nak buatnya,, hehe..

5 biji telur gred "A"
250 gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan ungu + perisa blueberry
Pewarna makanan merah jambu + perisa Strawberry
Pewarna makanan kuning + vanilla

Wednesday, December 21, 2011

Sehari Bersama Qusyairi..

Salam,
Ni kesinambungan entry sebelum ni.. Lepas balik dari JPO tu, kiteorang terus gerak pergi Jusco.. Niat di hati nak shoping sket untuk anak teruna yang sorang tu,, Tapi takde pulak yang berkenan di hati.. Just jalan-jalan sambil window shopping dan melayan kerenah budak tecik tu.. Jom layan gambar..

Sebelum merayap, harus isi perut dulu..
Tak cukup la ummi..
Sampai kembung-kembung mulut
Ummi nak yang ini..
Senyum gaya Qusyairi
Taknak lepaskan Mickey..
Mata tengok mainan lain, tapi tangan tetap peluk Mickey..
Dah tak larat nak dukung.., heret jek la..
Kesian si mickey tu..
i'm a Fireboy..
Mula-mula nak bergambo ngan Buzz.. Lepas tu boleh die buat tak tau..

Wachhaa...

Tidak ketinggalan juga....

Kapten Amerika.. Diimport khas dari Amerika la.. hehe
Wolverine.. Auuuuuffff... hehe

Spiderman... hoho..

Hehe,,, itu lah kesahnya,, Seharian kiteorang bawak budak tecik tu merayau.. Dari pagi sampai petang.. Tengok dia sangat happy cukup membahagiakan.. Kemain suka die dapat berjalan.. Akhirnya malam tu, awal benar masuk tido..

Johor Premium Outlet

Gambar Ehsan Yahoo
Salam,
Rasanya orang-orang Johor mesti dah heboh pasal shopping complex baru ni kan? Terletak di Kulaijaya. Ummi berkesempatan pergi ari Isnin yang ummi cuti ari tu.. Ramai betul umat manusia.. Walaupun hari Isnin tu hari bekerja.. Tambah dengan hujan lagi.. Tu yang tak dapat nak snap gambar.. Bagi ummi, tempat ni tak sesuai untuk ummi kot.. hehe.. Yekla.. Ummi bukan kaki shoping barangan yang mewah, berjenama dan mahal.. Ada la 2 3 outlet yang ummi singgah.. Tapi tak beli ape pun.. Sebab harganya mak aii.. bole pitam.. hehe.. Ummi suka jenama Guess, Carlo Rino n Bonia.. Semua outlet tu ada kat JPO ni.. Tapi ummi rasa kat Jusco pun boleh beli barang yang sama.. Lagi selesa nak pilih.. Pendapat ummi JPO ni tak berapa mesra alam la.. Tak sesuai nak bawak budak2.. Dengan takde parking berbumbung.. Pastu sebelah dalam bangunan pun ade yang tak berbumbung.. Ummi pergi time hujan, so, memang terasa la tempiasnya.. Pastu bab makan.. Memang tak akan jumpa la KFC atau MCD.. Yang ada sume restoran mewah,, Tapi tak tau la kalau pasni akan ada.. Bila dah otw balik. ummi dah cakap ngan En. Bb ummi tak mo pegi lagi JPO.. hehe.. En. Bb haruslah senyum sampai telinga.. haha.. 


p/s: Kalau nak tengok outlet apa yang ada kat JPO ni, leh tengok kat sini ---- > Johor Premium Outlet

Tuesday, December 20, 2011

Flu Attacks..


Salam,
Owhh.. hari ini memulakan hari dengan hidung yang berair dan tersumbat... Kepala berat semacam... Tapi masih tetap perlu pergi kerja sebab semalam ummi dah cuti.. Tapi semalam ummi bukan mc, tapi memang ambil cuti tahun.. Tetiba hari ini bangun tido dah bersin-bersin... Adoyyaii.. ni mesti dan berjangkit ngan En. Bb dan En. Q.. Mula-mula En. Bb jek sakit tekak sket ngan selsema.. Pastu En. Q pulak berjangkit.. Dan sekarang tiba pulak masanya ummi yang kena.. Dan ummi kalau kena selsema.. Sangat teruk ok.. Bersin aje.. Pastu hidung dan mata akan berair.. huhu.. Kepala pulak bengal-bengal sengal.. huhu.. keje pun tak selesa... Tapi pagi-pagi tadi sampai jek ofis, atas meja ada surat... Alhamdulillah.. Setelah lama menunggu.. Dapat juga surat ini... Kalau dulu En. Bb yang dapat dalam entry Ini dan hari ni,, Ummi pulak dapat.. Alhamdulillah.. Terubatla jugak selsema ummi ni walaupun takde kaitan langsung dengan deria bau ni... hehe

Terima kasih Tuhan..




Thursday, December 15, 2011

Angkara Siamang

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.
“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.

Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.


Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.



“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.


“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.


“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.


“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.


“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.


Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.


“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.


Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.


“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.


“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.


Sumber Asal: Harian Metro 

Huhu.. sedih ummi tengok adik yang kena gigit tu.. Takot betul.. Ummi memang kurang selesa dengan haiwan spesies macam ni.. Walaupun nampak jinak, tapi tak semestinya baik.. Nama pun haiwan kan? Bukan dia boleh fikir pun... So, baik mengelak dulu kan?

Rekabentuk Tangga Yang Unik, Kreatif & Menarik..

Salam,
Hari ini ummi berblog walking.. then terjumpa satu blog yang ada share info pasal tangga-tangga yang sangat unik, kreatif dan menarik.. Kat bawah ni, ummi sharekan rekaan-rekaan tangga yang unik dan kreatif yang telah berjaya dicipta oleh orang-orang yang mempunyai daya inovasi yang sangat tinggi.. Kagum betol lah..

TANGGA DAN RAK



Tangga pattern camni ummi dah pernah tengok kat dalam tv dan majalah... Memang smart kan? Ummi kurang minat sket, sebab rasa macam tak best pulak bila pijak tangga tu, buku kat bawah.. Rasa macam pijak ilmu pulak.. tu pendapat ummi la.. Tapikan.. En. Bb suka pulak.. heheh

TANGGA TERAPUNG




Ha, yang ini unikkan..cantik pun cantik.. Tapi macam bahaya sket untuk kanak-kanak.. Orang tua pn bahaya jugakla.. ehehhe

TANGGA ARTISTIK


Yang ni, ummi rasa biasa-biasa jek.. Tapi tak tau la orang lain.. Yekla mata ummi ni mata akaun.. Bab-bab art ni tak pandai sangat nak menilai.. hehe

TANGGA KACA


Owh.. tidak.. tangga ini ummi sangat tak suka.. sebabnya pada ummi la kan... bahaya woo.. anak-anak terlanggar ke.. Pecah.. Huhhh.. Ngeri2.. tapi mesti dia buat pakai kaca bermutu tinggi kan? Apepun.. Ummi tak gemar.. Kaca tetap kaca kan.. takot...

TANGGA JIMAT RUANG


Alalala.. tecik nye tangga ni.. Pastu bersepah-sepah pulak.. kalau nak cepat.. boleh tersadung kaki woo.. hehe..

TANGGA BERALUN


Ha, ummi dah jatuh cinta dengan tangga pattern ni... Walaupun ummi tak paham langsung reka bentuk nya.. Tapi ummi suka.. Cantik.. Kalaulah dapat buat kat rumah ummi,, bestnya.. Berangan sampai lebam la gamaknya.. hahah
TANGGA LALUAN KERUSI RODA

Ummi sangat bersetuju sekiranya tangga macam ni disediakan untuk orang yang menggunakan kerusi roda.. Cantikkan.. Ummi selalu tengok kalau kat shopink complex orang berkerusi roda atau parent yang bawak stroller macam susah sket.. Nak naik esculator macam bahaya.. Terpaksa la mereka naik lift.. Biasanya lift kan dekat hujung2 bangunan.. Kalau buat tangga camni, bagus kan..??

TANGGA GELUNGSUR

Ha, tangga ni.. Of course En. Q sanggaaaatttt suka okies.. Mana tak nya.,, Siap gelungsur bagai.. Ummi pun suka jugak.. Bila nak turun tingkat bawah jek.. jap jek dah sampai.. ehehe.. Tapi rasanya tak larat kot.. Sebab confirm En. Q akan turun naik berjuta-juta kali sehari.. haha.. Penat den nak kejar die.. hehheh


Sumber Asal Dari Kreatif: Rekabentuk Tangga Yang Sangat Menarik & Unik

Monday, December 5, 2011

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

Salam,
Ummi nak mulakan minggu ni dengan join GA... hehe.. lama rasenye ummi tak join mana-mana GA.. 
Kalau ada sape-sape2 nak join, klik jek banner kat bawah ni..


Syarat nak join pun mudah jek kan?
Dulu pernah join sekali, tapi tak menang. Hope kali ni ade rezeki. hehe
Wish us luck.. Okies...

Friday, December 2, 2011

Perkongsian Jumaat #5

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

1. Memenuhi keperluan duniawi setiap hari
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

2. Amalan utama Nabi Muhammad SAW
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

3. Juga dianggap sedekah 
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

5. Diampunkan dosanya Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

6. Ganjaran mahligai emas dari Allah
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

BILA WAKTUNYA?
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

BAGAIMANA CARANYA?
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

DOA SOLAT SUNAT DHUHA


Thursday, December 1, 2011

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Salam,
Hari ni, masuk-masuk kerja, dapat 2 berita yang agak menyedihkan. huhu.. Berita kematian. Yang pertama suami kepada salah seorang bos besar kat sini meninggal dunia pagi semalam. Sakit jantung. Usianya masih belum cecah 40 tahun lagi. Yang kedua bekas rakan sejawat ummi dekat ofis lama. Pakcik Lokman. Juga merupakan jiran Madam Emak. Kes pakcik ni, sangat menyentuh hati ummi. Pakcik ni takde family. Dia tak berkahwin. Dengar daripada cerita Madam Emak, dia frust dengan bekas girlfriend die, sebab tu dia tak kahwin. Dia tinggal sorang-sorang kat umah dia, Dekat sangat-sangat ngan umah Madam Emak. Mak Ayah die pn dah takde. Yang ada pn adik beradik. Sebab diorang selalu jugak datang jenguk Pakcik Lokman. Yang sedihnya, arwah meninggal sorang-sorang kat umah. Maybe dah 2 hari. Jiran-jiran ada bau macam kurang enak kat area rumah tu, tapi ingat maybe binatang, rupanya pakcik lokman yang meninggal. Huhu. Dah ajal dia. Kesian sangat.. Ummi kenal Pakcik Lokman sejak ummi sekolah tadika lagi. dulu ummi panggil dia bos. Bila panggil camtu, t dia bagi ummi RM1. Ummi suka la. Besar tu RM1 masa zaman tu. Dah takdir hidup Pakcik Lokman begitu. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jodoh maut, ajal pertemuan semuanya Allah. s.w.t. tentukan... al-fatihah..


Back To December

I'm so glad you made time to see me
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while

You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why

Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call

Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall

And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye
[ From: http://www.elyrics.net/read/t/taylor-swift-lyrics/back-to-december-lyrics.html]

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time

I miss your tan skin, your sweet smile
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night
The first time you ever saw me cry

Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
But if we loved again, I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it, but I can't
So if the chain is on your door, I understand

This is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December

It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time, all the time



Hari pertama di bulan Disember. Dah hujung tahun dah kan? Sekejap jek masa berlalu. Pasni masuk pulak tahun baru. Ummi suka lagu yang kat atas tu. Suka dengar. Dan bila ummi tengok lirik dia pon ummi suka. Biasalah manusia ni, sering buat keputusan yang akan dikesali kemudian hari. Tapi masa tu takde apa yang boleh dilakukan untuk putar balik masa lalu. So, ummi selalu ingatkan diri ummi supaya kalau nak ambil sebarang tindakan, fikir lah berkali-kali supaya ummi takkan menyesal kemudian. Patotlah ada pepatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Samalah macam lagu kat atas tu.. Tu la, dulu kereks sangat, time orang nak, tinggalkan orang tu, sekarang dah sedih pulak kan? Itulah kehidupan.. hehe

Tuesday, November 29, 2011

Qusyairi Mengada-ngada.. =P

Tengok.... menade-nadekan.. hehe
Salam, 
Ni insiden masa ummi n En. Bb nak mamam Spaghetti yang ummi masak semalam.. Si Q ni, orang nak suapkan die.. bole die menangis-nangis takmo.. Nak makan sendiri.. Dah bagi makan sendiri, bukan die nak makan, nak buat main.. Last-last bila kena tegur ngan ummi dah menangis pulak.. Terus takmo makan.. Hadoi.. Rugi tu.. hehe...

Spaghetti Bolognese

Salam,
Semalamkan masih cuti lagi..
So, ummi decide la nak wat Spaghetti.. Ummi memang suka makan spaghetti.. Tapi En. Bb tak gemar sangat..
Actually dah lama teringin nak makan spaghetti buatan sendiri. Buat sendiri lagi puas makan. Boleh tambah banyak kali. hehe.. En. Bb pun cakap sedap. Siap tambah lagi. hehe.. En. Q jek takmo makan. Die rasa pelik agaknya. hehe.. Ummi dapat resepi ni daripada kawan baik ummi. Resepinya mudah jek. Ummi share kat sini yek. Tak rugi ummi cuba.. Nyum.. Nyumm..

Gambar Bergoyang.. Hehe..
 UNTUK KUAH
  • 300 gram daging - dicincang 
  • 1/2 biji bawang besar * 
  • 3 ulas bawang putih * 
  • 1 biji cili merah * 
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 3 sudu besar tomato puree 
  • Air 
  • Garam 
  • Gula 
Nota: Bahan-bahan bertanda * dicincang halus.

UNTUK SPAGHETTI
  • Segenggam Spaghetti 
  • Air 
  • 1 sudu minyak masak 
CARA-CARA 
1. Rebus daging sehingga empuk
2. Tumis bahan-bahan bertanda *
3. Selepas naik bau, masukkan serbuk cili dan tomato puree. Kacau.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya. Jika masih pekat, tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Kacau sehingga semua sebati dan mendidih. Siap.
7. Panaskan air dan masukkan minyak masak.
8. Tunggu hingga mendidih baru masuk spaghetti.
9. Toskan dan lalukan spaghetti di bawah air sejuk supaya tidak melekat.
10. Sedia dihidang.

So, Selamat Mencuba.. (^_^)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman.... 

Ummi ingat lagi masa darjah 6 ummi ada masuk pertandingan nasyid kat sekolah ummi, kumpulan kami nyanyi lagu ni.. sebab lagu ni lagu wajib. Tapi kalah la pulak. hehe.. Anyway, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H. Apa aktiviti kawan-kawan hari ni? Ummi tak pasti lagi.. Kena tunggu 'green light' dulu. hehe

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharram

Salam,
Esok semua umat Islam akan menyambut tahun baru 1433 H dalam kalendar Islam. Alhamdulilllah. Ummi berdoa semoga tahun baru ni dapat memberi keberkatan dalam kehidupan ummi sekeluarga. Ummi juga doakan rakan-rakan ummi agar dikurniakan kebaikan dalam tahun baru ni. Aminn.. Kat sini ummi nak share doa yang kita perlu baca untuk menyambut ketibaan tahun baru dalam kehidupan kita ni.

DOA AKHIR TAHUN



Doa Akhir Tahun ni dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
DOA AWAL TAHUN 
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

Friday, November 25, 2011

Tak Sabarnya...

Salam,
Yeayy.. petang ni En. Bb dah gerak balik dari Kuala Terengganu.. Tadi call dia, dia cakap kat sana hujan lebat gak.. Huhu.. Ummi doakan rombongan kursus dari sana selamat sampai ke Johor Bahru.. Nasib baik esok cuti...Boleh la berehat-rehat... Yang paling kesian mesti En. Q kan...? Asal ummi call dia, dia sebut Ayahh.. Ayah,, adoii.. suara ummi ngan ayah same ke sayang? takpe malam ni Ayah dah balik.. Ummi n En. Bb cuti sampai Isnin, So, boleh la bawak budak tecik tenonet tu pergi jalan-jalan.. hehe.. Untuk En. Bb, ummi ada note sket untuk kamu.. Harap bila kamu baca kamu tau perasaan kami bagaimana.. hehe.. Malu la pulak..

Inilah hasilnya bila orang tengah takde kerja,, hehe.

Perkongsian Jumaat #4

::::Selamat Tinggal Sayang:::::


Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.
'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

=============================================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'
Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

 ===========================================================================
 2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.
Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.
'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
 ==================================
'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.
'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
========================================================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!
Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.
Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'
Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan...

Sumber Asal: ILUVISLAM

==========================================================================

Cerita yang menarik dan menyentuh hati ummi. Betul orang cakapkan? Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal kemudian takde gunanya.Ummi sejak dari sekolah-sekolah sampai sekarang mmg sangat tak suka ngn asap rokok apetah lagi ngan perokok.. Ummi mmg menyokong iklan-iklan yang dibuat pasal rokok ni. tapi yang pelik makin ramai pulak orang yang hisap kan..huhu..Yang ummi paling tak tahan, kalau g makan kt kedai, orang sebelah meja boleh pulak nak menghembus asap rokok kat meja kita.. Kadang ummi rasa nak hembus aje muka orang tu balik.. Lemas & Rimas.. tu yang ummi boleh gambarkan betapa ummi tak suka ngan asap rokok.. Sangat menyakitkan hidung.. Ummi bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang tidak hisap rokok. Alhamdulillah... Allah S.W.T perkenankan doa ummi.. (",)

Thursday, November 24, 2011

Satu Masa Dulu

Salam,
Ummi tengok-tengok gambar lama-lama dalam FB ummi.. Tetiba jumpa gambar ni..

v

v

v

v

v

Tadddaa.....

Amacam Sasa tak badan saya...?
Heheh,,,, Gebu yaa.. amat.. mase ni baru 2 bulan +++... Fully Bf.. Badan berketul tak hengat.. Tapi sekarang idak la macam ni lagi rupenye.. Sekarang ni dah slim sket.. Yekla dah pandai ukur jalan.. Mana ade peluang nak lepak2 gini gaye.. Baring sambil berenang-renang atas tilam.. hehe... Ummi? tak yah cter la.. Tgk gambo sudah tau makin slim dan akan slim la smpai bler2 selagi En. Q ni tak berenti bf.. huhu.. Tapi apepun ummi bersyukur.. Alhamdulillah... Ummi sangat menyokong ibu2 yang fully bf anak-anak ni.. Jimat sesangat.. So, pasni ibu-ibu yang nak dapat baby lagi ni, berusahalah untuk bf anak-anak kite yek.. Aminn..

Wednesday, November 23, 2011

Merempat Lagi.. (^_^)

Salam,
Lupa nak cerita.. abis dok sibuk nak cite pasal bola... hehe.. Pagi tadi En. Bb dah selamat berangkat g Kuala Terengganu.. Ada kursus kat sana.. Tinggal la ummi dan En. Q merempat duduk kat umah Madam Emak sampai ari Jumaat ni.. huhu..Madam Emak sekeluarga suka la sebab cucu sorang tu tidur kat umah.. Bulan lepas En. Bb g hiking.. Bulan ni kursus. Ummi? Kurus la gamaknye. hehe.. Budak2 ofis ummi pun pegi sekali.. Abis tinggal ummi sorang.Rasa macam lambat btol waktu berlalu.. Haishh.. Kuatkan la iman ummi. ada ummi start kereta, balik umah Madam Emak kang ni.. haha.. Jahat kan.. Korang kalau husband takde, korang rasa camne? Ummi rasa rindu pulak.. hehe.. Bila orang tu ada depan mata.. asyik nak lawan mulut jek.. hehe.. Ummi doakan perjalanan En. Bb n rakan-rakan lancar dan selamat. Amin..





p/s: Risau ni sebab dengar-dengar kat Terengganu dah banjir.. huhu

Syabas Malaysia...!!!


Salam,
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ummi ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah memenangi Pingat Emas dalam Sukan SEA 2011 hari Isnin ari tu.. Serius,, ummi tak pernah tengok bola lama macam tu.. Dah la lama, berdebar-debar pulak.. takde seminit pun dalam sepanjang game tu yang ummi tak berdebar.. hehe.. over kann? ummi ngan En. Bb & En. Q tgk kat umah aje.. terjerit... terpekik.. takde sape kesah.. hehe.. En. Bb jenis berdebar tapi tak bising.. ummi yang memekak aje.. hehe.. time penalti lagi la.. Ummi tutup mata, tutup telinga nyorok belakang kerusi.. takot punyer pasal. hehe.. Sangat poyo... hehe.. Pastu bila dah menang.. kemain seronok.. terkinja-kinja tiga beranak.. siap berpeluk2 bagai.. macam la kiteorang yang menang pingat tu.. haha.. Sangat happening.. Yang En. Q.. selagi tak abs bola.. selagi tu terpekik-pekik.. Bollll... Bolll.. hehe.. baik indon gol.. Baik malaysia gol.. itu aje yg die sebut.. hehe.. Apepun ummi kagum la ngan player-player kita.. walaupun dah penat tetap bermain habis-habisan.. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.. Pasni kena lawan Syria pulak untuk Kelayakan Olimpik.. Good Luck...

Ni la pemain favaourite ummi.. Mohd Muslim Ahmad.. Kalau En. bB tengok ni, mesti berasap aje die.. hehe

Tuesday, November 22, 2011

Pantai Teluk Cempedak

Salam,
9 - 11 November ari tu ummi ade kursus kat Bukit Gambang Resort City. En. Hubby n En. Q pun join sekali. Best gak la pegi situ,, Cuma yang tak bestnye sume tempat untuk orang dewasa mandi tutup untuk renovation. Tapi untuk budak2 banyak. Ummi n En. Bb memang niat nak bawak En. Q mandi kat situ. Yang tak bestnya, ummi tak bawak kamera.. So, takde la gambo kami kat situ. Balik dari kursus tu, kami g ronda-ronda kat bandar Kuantan n singgah sekejap kat Pantai Teluk Cempedak. Dah lama ummi tak g sini.. Kali terakhir pegi masa belaja dlu.. rasenye dah 5 atau 6 tahun jugak la.. tempatnya masih sama. masih cantik.. pasirnye pun halus jek.. tapi kiteorang tak mandi pn kat situ.. sebab hujan renyai2.. just jalan2 jek.. dapat la jugak amik gambo barang sekeping dua pakai telefon canggih la sangat ummi.. hehe..

Orang suruh senyum die wat muka camtu pulak..
Ha, yang ni ok sket..
Masam pulak dah muka die..
K.A.M.I
Daa,,, Ayah,,,