Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, February 23, 2012

Faris Nur Daniel... Dia Pergi Jua.. Al-fatihah...

Salam,
Rasanya ramai orang dah tau pasal cerita ini kan?
Air mata tak boleh tahan... Sayu hati.. Allah S.W.T lebih menyayangi dia..
Semoga kamu tenang di sana sayang..
Kepada keluarga Faris Nur Daniel, semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini..
Semoga kalian diberi kekuatan dan kesihatan yang baik..

Al-Fatihah..

Tuesday, February 21, 2012

Sayu,,,, Bantulah Adik Faris

Salam,
Ummi baru masuk kerja hari ini..
Pagi ni,, pergi jengah-jengah blog kengkawan.. Jumpa cerita pasal adik Faris Nur Daniel.. Umurnya baru
6 tahun.. Sangat comel.. Ni gambar dia..

Comel kan?
Tapi sekarang adik Faris sedang ditahan dekat Sime Darby Medical Center Subang Jaya sejak 1 Febuari yang lepas ni.. Adik Faris disahkan menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ataupun bahasa ringkasnya barah darah. Ummi sedih sangat tengok gambar adik Faris masa dalam ICU..
Kalau ada rakan-rakan yang baca blog ummi ni, ummi dengan rendah hati memohon anda semua bantu adik Faris.. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun  Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail) Ayah adik F.aris. Kepada adik Faris Nur Daniel, ummi doakan semoga faris terus kuat untuk menjalani kehidupan, diringankan segala ujian dan akan bertambah sihat. 

Cerita lanjut boleh rujuk di blog Encik Mazidul Akmal Sidik


Monday, February 13, 2012

Projek Hujung Minggu

Salam,
Hujung minggu semalam ni, ummi tak pergi mana-mana pun.. Sebab En. Bb cakap dia nak rehat kat umah sepanjang hari.. Cuma malam ahad jek g kenduri umah member. Tapi sempat pulak tu request buatkan tiramisu.. Sebagai ummi mithali.. ecehh... Ummi buatkan jugak.. Lagipun tak susah sangat buat tiramisu tu.. Masuk kali ni dah 3 kali ummi buat.. Alhamdulillah yang kali ke 3 ni baru betul2 puas hati dan En. Bb pn suka.. Dia kan pengkritik masakan ummi.. Bila dia puas hati, baru la ummi rasa apa yang ummi buat tu betul2 jadi.. Ummi pn suka sangat.. sebab kadang2 rasa dah macam Cheezy Choc yang ummi beli kat SR tu.. hehe

Projek Hari Sabtu. Picture Credit to : En. Bb..
Projek Hari Ahad.
Ha, yang ni pulak projek hari Ahad ummi..  Ummi buat sebab nak bagi kawan ummi yang buat kenduri tu.. Kali ke - 2 buat..Pun baru puas hati.. Walaupun ada satu bahan yang ummi tak guna.. Baking powder.. boleh pulak tak perasan kat umah dah abis.. Kali ni setiap lapisan tu ada perisa. Pink = Strawbery, Yellow = Mango, Purple = Vanilla.. En. Bb cakap kali ni baru jadi betul n sedap.. hehe.. Itu lah dia projek hujung minggu ummi.. Ummi perasan sejak dua menjak ni ummi suka buat kek n seangkatan dengan beliau.. hehe..

Friday, February 10, 2012

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan, kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan, kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


P/s: Sedapkan lagu ni.. Suara Yuna pun best.. Ummi suka sangat.. hehe

Tanpa Bicara # 7

MySweetLittleBabyBoy

Thursday, February 9, 2012

Qusyairi Gunting Rambut

Salam,
Dua hari sebelum kenduri, Ummi dan En. Bb bawaklah En. Q pergi gunting rambut... Kebetulan En. Bb pun nak gunting sekali.. Actually ni kali ke-2 En. Q gunting rambut kat kedai.. Alhamdulillah.. Berjalan lancar.. Tiada adegan-adegan yang tidak diingini berlaku.. Sama macam kali pertama dulu.. Sangat baik.. Siap cakap "acih' kat Mamak yang gunting tu.. hehe..

Sebelum
Semasa

Semasa  
Dan hasilnya.....

:
:
:
:
::
:
:
:
:
:
:
:
:

Taddaaa.... Hensem tak? Mestilah hensem kan.. hehe

Selepas,, Siap terpacak lagi tau..

Wednesday, February 8, 2012

Kenduri Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Qusyairi

Salam,
Bersiaran lagi.. Alhamdulillah.. 5 Febuari 2012 lepas bersamaan 12 Rabiulawal 1433H, selesai sudah majlis kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi Qusyairi yang ke 2 tahun.. Ummi syukur sangat-sangat segala niat dan hajat yang ummi dah simpan sekian lama tercapai jugak.. Kenduri doa selamat sempena rumah baru dan birthday qusyairi.. Dah lama rancangnya. Baru ada rezeki nak buat. Alhamdulillah.. Ummi buat kecil-kecilan jek.. Majlis bermula jam 2.30 petang.. Bacaan diketuai oleh rakan sekerja ummi.. Menu pula nasi minyak + ayam masak merah + Dalca + Acar nenas hasil air tangan Madam Emak. Kuih muih hasil sumbangan Madam Mak Mertua, Bihun goreng hasil air tangan ummi... dan macam-macam lagi.. Sempena hari keputeraan Rasulullah S.A.W yang jatuh pada hari tersebut,, kami semua mengambil kesempatan berselawat ke atas Baginda di penghujung majlis.. Hanya 5 keping gambar yang berjaya di ambil sepanjang majlis tersebut.. Ummi sangat tidak sempat disamping tiada kamera.. hehe.. Takpela.. yang penting niat ummi dan En. Bb dah terlaksana.. Alhamdulillah. Semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.. Untuk Ahmad Qusyairi.. Ummi sayang sangat sama kamu.. Semoga kamu jadi anak yang soleh.. Aminn