Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 31, 2013

Birthday Party Ahmad Qusyairi at School ;-)

Salam..
Semalam Ummi cuti secara berjemaah dengan En. Bb..
Semuanya semata-mata untuk buat persiapan untuk Birthday Party En. Q..
Tahun ni buat di sekolah beliau..
Insyallah akan ada majlis menyusul lepas ni..
Tu akan update kemudian..
Ummi dan En. Bb tidur tak sampai sejam pun malam Rabu tu..
Tapi yang anehnya,, Kami tak rasa mengantuk dan penat pun..
Alhamdulillah.. Semuanya dah selesai.. 
Terlaksana sudah niat kami berdua..
Ummi pun happy sangat..
Semua yang ummi nak buat, semua dah buat,,
Ummi puas hati, daripada makanan, kek sampai goodies,,
Semua-semua air tangan kami bersuami isteri,,
Sebulan juga la kami buat persiapan,,
Ummi cari resepi paling mudah..
Resepi-resepi semua nanti ummi buat entry lain..
Layan gambar dulu dekat entry ni.. hehe..

Gambar dari CIC Larkin
Juadah hasil air tangan ummi: Sandwich sardin, nugget, Trifle Nata De Coco, Tiramisu dan keropok udang.

Goodies Bag hasil air tangan En. Bb..



Wednesday, January 30, 2013

Ahmad Qusyairi Is Three =)

Pictuer Kredit to: Ahmad Qusyairi..

Salam,
Ahmad Qusyairi bin Ahmad Nazrul genap berusia 3 tahun hari ini..
Alhamdulillah.. 
Selamat Hari Lahir Sayang.
Semoga kamu diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia 
dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.. 
Ummi doakan agar kamu jadi anak yang soleh dan taat atas suruhanNya..
Ummi dan Ayah Sayang Kamu Kuat2...

Tuesday, January 29, 2013

Fancy Cookies Pertama Ku

Salam,
Bersiaran di petang hari.. =)
Best sungguh dapat cuti minggu lama-lama..
Hujung minggu di isi dengan  misi yang berjaya...
Misi bermula sejak hari Ahad malam..
Dan selesai petang semalam..
Misi apakah itu..?
 Jeng.. Jeng.. Jeng..

MiSi Fancy Cookies Pertama Ku..
Khas Untuk Anaknda Tercinta,,
Resepi ummi dapat dari Blog AnaAlisya

225 gm mentega tanpa garam ~ Ummi pakai Buttercup Sebuku
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ Ummi tak letak sebab pakai Buttercup
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung.

Ayakan tepung, baking powder dan garam 
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.
Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm - Ummi canai ikut suka hati,,, sebab tak perasan kena canai tebal macam ni. hehe
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar

Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.

Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya

Royal Icing
2 biji putih telur gred A
3 cawan icing sugar - diayak terlebih dahulu
2 tsp juice lemon
Pewarna yg disukai

Putar semua bahan sampai likat, anggaran 7minit. Bila dah agak pekat, letakkan pewarna yg digemari kemudian letak dlm piping bag dan piping atas cookies tadi.
Tunggu sampai kering dan boleh dimakan..





Macam tak percaya boleh buat sendiri.. 
Nak tempah dekat orang, macam kurang kemampuan..
Last-last buat sendiri.. Untung sikit sebab boleh tumpang ngapp sekali.. 
Ummi buat Cookies ni untuk Ahmad Qusyairi..
Sebab apa?
Itu next entry kita story okies.. =)

Friday, January 25, 2013

Ahmad Qusyairi dan Sambutan Maulidurrasul di CIC Larkin

Salam Maulud..
Ummi lambat bersiaran lagi.. Ketinggalan keretapi..
Semalam bercuti.. hari ini pun masih ada yang sambung cuti.. 
Di pejabat ummi, hanya ada ummi dan dua orang staf saja.. 
Incik Boss pon masih sambung cuti.. Hoyehhh... hehe..
Hari Rabu kelmarin langsung tiada kesempatan nak berinternet.. 
Talian TM dekat area pejabat ummi ada masalah teknikal katenyer..
Hari ini Ahmad Qusyairi ada sambutan Maulidurrasul dekat sekolah..
Kiranya ini adalah program pertama beliau di sekolah..
Bangun pagi tadi ummi siap-siapkan pakai baju raya - beliau panggil baju melayu tu baju raya.. hehe
Teacher dah SMS semalam suruh pakai baju Melayu..
Sampai sekolah ummi pulak yang excited.. 
Sebab nampak bunga manggar dan Banner..
Teacher cakap nanti nak berarak.. 
Camne gaya anak ummi tu berarak.. 
Tapi ummi dah pesan dekat En. Q tu pegang tangan kawan kuat-kuat.. Jangan lepas..
Alhamdulillah semua ok.. Sebab bila ambil waktu balik tadi..
Senyum lebar aje beliau..
Rupa-rupanya dah makan Nasi Beriyani Gam kat sekolah...
Tahniah ummi ucapkan kepada Pihak Pengurusan CIC Larkin
kerana berjaya menganjurkan majlis ini.. 
Tradisi makan dalam dulang sangat mengamit memori ummi..
Alhamdulillah Ahmad Qusyairi berpeluang merasainya..
Semoga penganjuran majlis seperti ini berkekalan setiap tahun.. Insyallah..

Tengah buat persembahan
Ahmad Qusyairi 4 dari kiri..
Dia aje buat peace.. =)
Nak makan pun sempat buat peace.. hehe
Alhamdulillah.. anak-anak zaman sekarang berpeluang lagi makan dalam dulang..
Anak-anak muslimah CIC manis bertudung,, Comel..
Teacher-teacher di CIC.. Tahniah..
 Gambar kredit kepada : FB CIC LARKIN
 


Thursday, January 17, 2013

Hari Paling Gembiraaaaaaaa,,,

Sumber: Macam biasa Uncle Google
 Salam,
Hari ini, ummi gembiraaaaaaaaaaaaaaa sangaaaaaaaaaaaatttttttttttt...
Alhamdulillah doa kami suami isteri termakbul.. 
Terima kasih Ya, Allah.,, Terima kasih atas kurniaan dan rezeki ini,,
Ummi tak pernah happy sampai rasa nak menangis macam hari ini..
Gembira untuk En. Bb,,, Gembira... 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur..
Tadi pagi En. Bb dapat surat tawaran naik pangkat..
Alhamdulillah.. Setelah 3 bulan menunggu hari ni dapat berita gembira,,
Penempatan sementara di Shah Alam.. 
Tapi Insyallah tahun hadapan dapat pulang ke Johor Bahru semula.. Alhamdulillah,,
Mungkin akan melapor diri pertengahan bulan Febuari..
Ini bermakna kami akan berpisah lebih kurang 11 bulan..
Huhu... Dalam gembira ada sedihnya juga..
Tapi ummi dah bersedia mental dan fizikal..
Owhhh... Takmo cerita sedih-sedih dulu hari ini,,
Hari ni nak gembira sahaja..
Terima kasih Ya, Allah..
Syukur kepadaMu,,,
Untuk En. Bb..
Tahniah Sayang. 
Ummi dan Ahmad Qusyairi sayang kamu kuat-kuat..
Kami sentiasa menyokong kamu...
Gembiraaaaaaaaaaaaaaa..... untuk kamu..


Wednesday, January 16, 2013

Kisah Hujung Minggu Hujung Minggu Yang Lalu

Salam Rabu..
Yek sudah hari rabu.. tapi baru nak bercerita kisah hujung minggu punya hujung minggu yang lalu.
Tengok berapa kali hujung tu.. Hehe.. 
Ni gara-gara terlupa dan pagi-pagi tengok gambar dalam hp baru teringat belum cerita pasal ni..
Cerita apa yang nak sangat diceritakan tu?
Takde la best mana.. Setakat pergi berkelah di Bukit Layang-Layang sahaja..
Plan nak berkelah dekat sini dah lama.. Baru laaaa ni tercapai...
Hari Sabtu tersebut, dengan gigihnya selepas subuh terus kelentang kelentung di dapur..
Menyediakan hidangan untuk lebih kurang 5 orang makan..
Tapi yang ikut serta, Ummi, En. Bb dan Qusyairi... Heheh... 
Semangat itu perlu okehhh..

Nasi Goreng, Sosej Goreng, Roti + Peanut Butter
Keropok Goreng
Salad Thousand Island
2kg buah pulasan Nyum Nyum
Yek.. itu lah makanan yang ummi bawak..
Sampai tempat kejadian jam 8.30 pagi,,, Masih tak ramai orang,,
Tempat idaman hati pun ada.. Yeayyy,,
Dah lama aim nak berkelah kat sini ,, =)

Lama kami lepak dekat situ,, Gerak pulang dalam pukul 11.30 pagi,,
Layang Qusyairi,, Main,, Lepak Makan,, Main,,Lepak,, Makan..
Sedar tak sedar,, Buah pulasan habis 2kg kami bedal..
Makanan lain pun sama kecuali keropok dan nasi goreng,, hehe
Happy.. Happy.. Maybe hujung minggu ni nak pergi lagi..







Monday, January 14, 2013

D'Sayang Gallery

 
Salam,
Hari tu, Jumaat, 11 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1434H,
Ummi telah membuka satu fan page di Facebook bernama..
Subuh pagi yang sama, Allah SWT telah menggerakkan hati ummi untuk 
menceburi perniagaan online..
Demi membantu En. Bb menambah ekonomi keluarga kami..
Perasaan berdebar, takut, risau semua ada.
Sebenarnya perancangan untuk menjalankan perniagaan online pernah ada dalam fikiran ummi..
Tapi pada masa itu, perasaan risau melebihi segalanya..
Tapi pagi Jumaat itu, ummi sudah nekad,, 
Pagi tu juga, ummi ceritakan dengan En. Bb,,
Alhamdulillah.. Dia menyokong ummi..
Kami mengambil keputusan untuk menggunakan nama D'Sayang Gallery,
kerana nama itu agak unik..
Dan hari ini, semangat ummi sangat berkobar-kobar.
Ummi sudah berjaya mendapatkan pelanggan pertama...
Semoga usaha ummi, mendapat keberkatan Allah SWT..
Kepada rakan-rakan yang membaca blog ummi,
Jemputlah berkunjung dan Like Page D'Sayang Gallery
Untuk jualan pertama kami, kami menawarkan English Cotton Vietnam yang bermutu tinggi..
Insyallah, kalian akan berpuas hati..
















Thursday, January 10, 2013

Uniform Persekolahan Qusyairi Yang Pertama

Salam,,
Dapat juga bersiaran.. Walaupun agak lambat..
Pergi jengah rumah kawan-kawan pun lambat juga..
Alhamdulillah minggu kedua persekolahan berjalan dengan lancar..
Cuma pada hari Isnin sahaja ada sedikit drama air mata..
Masuk hari Selasa sehingga hari ini, tiada lagi drama..
Semoga tiada lagi tangisan sehingga hujung tahun..
Dan pada hari ini juga, barulah Qusyairi mula memakai uniform ke sekolah..
Rutin harian kami sekeluarga juga berubah,,
Seawal jam 8.30 malam ummi dah mula ajak budak tecik tu masuk bilik..
Bagi minum sebotol susu suam sambil bercerita kisah-kisah nabi dengan dia.,
Lepas habis minum, ulit-ulit sedikit.. Lena sudah,, =)
Ummi pula akan bangun jam 5.00 pagi... Masak air panas..
Gosok baju.. Mandi, solat.. Siapkan apa yang patut..
Kejut En. Bb jam 6.15 pagi,, En. Bb pula akan mandi dahulu..
Ummi pula akan mula mengejut Qusyairi jam 6.30 pagi,,
Tugas memandikan budak tecik tu ummi serahkan pada En. Bb..
Ummi pula akan siapkan dia selepas mandi..
Alhamdulillah,, Tiada masalah untuk bangun awal..
Jam 7.00 pagi kami akan bertolak dari rumah,,
Begitulah rutin harian kami yang jauh berbeza dari dulu..
Apapun ummi bersyukur.. Ummi gembira,,
Melihat Ahmad Qusyairi semakin gembira ke sekolah, sangat bermakna,,
Terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat ini.. 


Budak happy sebab dapat pakai uniform sekolah..

Wednesday, January 9, 2013

Tanpa Bicara #14

Sumber: Encik Google
Salam,,
Minggu yang sangat sibuk untuk ummi dan rakan-rakan sepejabat..
2 minggu ni Audit Negara datang untuk membuat pengauditan dekat kampus kami,,
Jadi mungkin 2 minggu ni ummi jarang-jarang dapat BW dan update entry,,,
Ni pun curi-curi masa.. Entah bila lagi dapat update..
Semoga rakan-rakan ummi yang singgah di sini sentiasa dalam 
keadaan sihat dan selamat hendaknya,,
Amin..

Friday, January 4, 2013

Perkongsian Jumaat #12

Salam Jumaat,
Ummi nak share sesuatu yang ummi ambil dari laman muka buka Mencari Keredhaan Ilahi..
Semoga di Hari Jumaat yang berkat ini, kita mendapat manfaat dan rahmat dari Allah SWT..
Amin.. Insyaallah..


Thursday, January 3, 2013

20 Perkara Yang Akan Berubah Selepas Mempunyai Anak

Salam,
Owh.. Hari kedua persekolahan, nampaknya masih belum tenang lagi,,
Jalan raya sedikit tenang,, Cuma yang tak tenang anak ummi, Qusyairi, Huhu,,
Pagi tadi hantar dia meraung bagai nak rak,, huwwaaa,,
Takpelah nak.. Untuk kebaikan kamu juga.. 
Ummi bukan saja-saja nak hantar kamu pergi sekolah..
Ok. Sebelum sebak melanda ummi..
Ada baiknya ummi berkongsi satu artikel yang ummi dapat dari sini..
 Masa ummi tengah mengandungkan Qusyairi,
Ummi selalu dengar orang pesan dekat ummi, 
Tidurlah cukup-cukup sekarang,, Sebab bila dah ada baby, mesti tidur tu takkan cukup punya..
Yek, betul. Di awal kelahiran Qusyairi, memang kami suami isteri kekurangan tidur..
Tapi sekarang alhamdulillah.. Qusyairi pun dah besar sedikit..
Bila dah ada anak ni, banyak perubahan yang akan berlaku dalam diri kita,,
Sama ada kita sedar, ataupun tidak,,
Kita akan ada perubahan dari segi ekonomi, rutin hairan dan tanggungjawab..
Tapi bila seluruh kehidupan dan kasih sayang kita, 
kita berikan sepenuh tumpuan kepada anak kita,,
Sebenarnya, banyak perkara menarik yang berlaku..
Jom tengok perkara menarik tersebut..

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 Yekk.. semua perkara di atas ni,, Semua berlaku pada ummi!!
Terima kasih Ya, Allah atas anugerah tidak ternilai ini..

Ahmad Qusyairi bin Ahmad Nazrul

Wednesday, January 2, 2013

Drama Air Mata Di Pagi Hari Pertama Persekolahan

Salam,
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2013 untuk Negeri Johor..
Di Laman Muka Buku ramai yang update status anak-anak ke sekolah..
Kesesakan lalu lintas.. Buku-buku sekolah zaman sekarang..
Pendek kata semua berkaitan hari persekolahan..
Ummi dan En. Bb awal-awal dah mengambil langkah berjaga-jaga..
Untuk mengelak dari terjebak dengan kesesakan lalu lintas..
Mari kita beramai-ramai tidur rumah Madam Emak malam tadi.. Hehe..
Pagi ni bangun awal.. Kejut En. Qusyairi..
Mula-mula dah ada dengar-dengar beliau tidak mahu ke sekolah...
Pagi tadi pun sama.. Pujuk baik-baik..
Mandikan.. Pakaikan baju.. Salam semua manusia di rumah Madam Emak...
Kami pun bergerak ke destinasi..
Hari pertama sesi persekolahan 2013 pasti agak mencabar bagi pelajar..
Sebabnya, hujan turun mencurah-curah di Johor Bahru ni..
Hujan yang mana, kalau cuti sekolah memang semua pakat tarik selimut sambung tido.. hehe..
Selesai sarapan semua.. Segalanya baik-baik sahaja..
Tetapi tiba sahaja di sekolah, En. Qusyairi dah nampak seorang dua rakan-rakan beliau menangis..
Maka, dengan itu, drama tarik menarik baju,, Drama air mata,,
Semuanya bermula.. Kejap tangan dia memeluk leher ummi..
Huhu.. Syahdu,, Sedih,, Bercampur baur.. Sobb.. Sobb..
Tapi ummi tabahkan hati, kuatkan semangat,, 
Tinggal aje beliau di situ bersama Teacher-teacher yang sporting,,
Nanti pukul 12.00 ummi pergi ambil beliau,,
Semoga En. Qusyairi tabah menghadapi 4 jam bersama rakan-rakan baru
dan Teachers di hari pertama persekolahan 2013 ini..
Ya, Allah, Lindungilah anakku Ahmad Qusyairi..
Peliharalah dia walau di mana dia berada dalam apa jua yang dia lakukan..
Amin, Ya Rabbal Alamin..

Bersiap sedia untuk potong rambut sempena ke sekolah buat kali pertama.. Gambar di ambil pada petang semalam, 1/1/2013

 
 

Tuesday, January 1, 2013

Tua Mengejar Kita

Salam,
Alhamdulillah.. Masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas lagi hari ini..
Entry pertama di tahun baru., Woww..  Kepada rakan-rakan yang menyambut hari lahir hari ini,
Selamat Hari Jadi diucapkan.. Staff ummi ada seorang yang sambut hari ni..
Berubah tahun, bermakna meningkat lagi umur kita..
Semalam ummi ada terdengar lagu Tua Mengejar Kita dendangan Fauziah Latiff dekat radio mana tak hingat,, Hehe,,
Macam sesuai jek dengan mood tahun baru ni,,
Jom tengok lirik.. Kalau nak dengar lagu, boleh pergi sini =)
Selamat Membaca & Semoga Terhibur..

 Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan bun
tu..