Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, August 31, 2012

Derma Darah Selamatkan Nyawa

Salam,
Ummi tak ingat la ummi jumpa artikel ni dekat mana.. Rasa macam dalam Laman Muka Buku.. Ummi share dekat sini yek.. Tentang jenis darah. Ummi berdarah O. Ummi tak pasti ummi O+ atau O-.. Hehe.. Dulu ummi ingat darah ni ada 1 jenis jek.. Kalau A, A sahaja.. Tak tau pulak ada A+ la, O- la.. hehe.. Kalau ummi tengok dekat sini, darah jenis macam O- boleh derma kat sesiapa sahaja, tapi hanya boleh terima darah dari kumpulan O- sahaja.. Jenis Darah En. Bb A+.. boleh terima darah dari kumpulan O jugak.. Nanti ummi nak periksa betul-betul la jenis darah ummi O apa sebenarnya.
Bagus jugak ada jadual macam ni, sekurang-kurangnya orang yang tak tau macam ummi ni, dah ada sedikit pengetahuan dalam jenis-jenis darah, jenis darah yang boleh diterima dan diberi. Semoga jadual ni memberi sedikit pengetahuan pada yang membaca..


Tanpa Bicara #12

Selamat Hari Jadi Malaysia
Ummi bangga jadi rakyat Malaysia
Semoga Allah S.W.T memelihara keamanan negara kita.. Amin..



p/s: Ni entry Auto Published =)

Thursday, August 30, 2012

Cerita Syawal 2012 Kami

Salam,
Wahhh.. Hari ni baru nak bersiaran kembali.. Kemain Warm Up bagai,, Sampai 3 hari kooo.. Cettt.. heheh.. Actually tiada mood la.. Gambar pun ada sekeping jek yang ummi ada.. Itu pun ummi ambil kat FB.. Yang banyak dalam Tab.. Tapi Tab En. Bb bawak pergi kursus pulak.. Semalam pagi dia pergi kursus.. Ummi dan En. Q merempat lagi kat umah Madam Emak.. Dah janji nak share cerita raya kan? Ummi buat dalam bentuk catatan ok. Nanti bila gambar dah ada, ummi letak kat entry lain..

1 Syawal
Ummi raya kat JB dulu dengan family ummi.. Lepas Solat Sunat Aidilfitri, apalagi makan-makan la kan.. Lepas kenyang baru lah upacara bermaaf-maafan dan bagi membagi duit raya... Masa ni yang untung tentu-tentu En. Q kita.. hehe.. Lepas sudah semua, baru bergerak pergi rumah Mak Ngah nak melawat Atuk Ummi yang duduk sama-sama Mak Ngah.. Selesai semua kami pergi pulak rumah Makcik dan Tok Saudara Ummi.. Sampai rumah selepas maghrib.. Penat tapi seronok.. 

2 Syawal
Seawal jam 11.00 pagi ummi dah bergerak balik kampung sebelah En. Bb.. Awal ke 11.00 pagi tu? hehe.. Sampai kampung dalam kul 1 lebih macam tu,, Tunggu pulak kedatangan Madam Emak dan kuncu-kuncu beliau yang dah janji nak beraya rumah MIL hari tu.. Tunggu punya tunggu lepas Asar baru sampai.. Ape daaa lambat noo.. hehe. Madam Emak gerak dari rumah MIL dalm 6.30 camtu.. Malam tu, pakcik-pakcik En. Q ajak main mercun.. Oh,, tidak mungkin.. En. Q ni sangat penakut.. Main bunga api pun tak mahu.. Oleh sebab En. Q asyik menangis aje, kami bawak dia pergi beraya rumah Abang Ipar.. Tak jauh pun dari rumah MIL..

3 Syawal
Badan En. Q dah start hangat.. tapi tak panas sangat.. Ummi n En. Bb agak dia terperanjatkan bunyi mercun yang pakcik-pakcik dia main.. Sebab malam semalam dia memang takut betul.. Klinik takde yang bukak.. Nasib baik Kak Ipar ada bekalan ubat demam.. Bagi dulu ubat sebelum kami satu family nak pergi beraya pulak.. Alhamdulillah nampak ok sikit. Cuma dia tak aktif dan selesema sikit.. Pergi beraya dekat Felda Medoi, rumah Tok-tok saudara En. Bb.. Malam tu, kami sambung lagi beraya rumah Adik dan Abang Ipar lagi satu.. 

4 Syawal
En. Q dah mula demam. Panas betul badan dia.. Melepek aje dia.. Hingus meleleh.. Kesian dekat dia.. Tak sampai hati.. Bawak pergi klinik.. Nasib dah ada yang buka.. Terkejut bila doktor cakap suhu 39.6.. Tak pernah dia demam sampai tinggi macam tu.. Apa lagi kena masuk ubat kat b****t la.. Dapat juga ubat tu bawak balik rumah.. Keluar dari klinik dia nampak playground, apalagi ajak singgah.. Dalam tak larat-larat tu ada hati jugak nak main.. Hari ini, tak pergi beraya mana-mana.. Tunggu orang datang aje dekat rumah..

5 Syawal
Demam En. Q dah kurang sikit.. Tinggal batuk dan selesema jek..Bercinta betul nak bagi dia makan ubat.. Silap-silap kami yang boleh demam.. Huhu.. Lepas Zuhur dan makan tenghari, kami gerak balik JB semula,, nak sambung raya dengan Family ummi.. Sampai rumah dekat maghrib sebab sebelum tu singgah Jusco shopping raya sikit.. Tak habis-habis.. hehe =p

6 Syawal
Dalam pukul 10.00 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Pontian.. Hari ni pergi beraya rumah Tok-tok saudara sebelah Mr. Abah.. Sebelum tu singgah rumah kakak saudara ummi.. Sampai-sampai terus dihidang dengan nasi lemak, sambal udang, kari ayam.. Perghh.. Memang terangkat n kenyang.. Bertolak pulang dari Pontian dekat nak Maghrib. Singgah ke Nusajaya sekejap sebab Along ummi nak tengok Legoland. Kami tengok dari dalam kereta jek.. Balik tu singgah rumah Makcik saudara ummi yang buat Open House.. Sebelum balik, Madam Emak ajak makan satay pulak.. Tapi ummi dah tak larat.. Kepala sakit sangat.. Makan satay 2 cucuk jek, pastu ajak En. Bb balik.. huhu

7 Syawal
Lepas sarapan, kami balik ke Home Sweet Home kami.. Balik singgah beli barang dulu.. Sebab petang tu Madam Emak n adik beradik ummi nak datang dan tidur rumah malam tu.. Sampai-sampai rumah hujan lebat.. sejuk.. Petang tu dia orang datang.. Malam ummi masak. Simple-simple jek. Sardin masak kicap, kangkung goreng, Tempe+kentang masak sambal, Telur Dadar, Paru Goreng dan special request dari En. Bb, daging kambing goreng suka hati.. hehe

8 Syawal
Hari ini, dalam kul 12 tengahari kami gerak ke Kota Tinggi.. Beraya rumah Mak cik saudara sebelah Madam Emak.. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.. Sampai sana dalam 2 lebih,, Hujan dah mula lebat.. Makcik Ummi hidangkan kami Laksa Johor dan Laksa Penang.. Sedap.. Kami balik pun hujan masih belum berhenti.. Balik tu kami lalu lebuhraya Desaru-Senai sebab Madam Emak belum pernah lalu situ.. Balik sampai rumah dekat pukul 6 lebih. Madam Emak terus balik JB. Tinggal kami bertiga.. Esok dah kerja..

Ha, cukup seminggu cerita hari raya ummi kan? Panjang berjela betul.. Harap tiada yang jemu.. Ummi tulis ni pun untuk anak-anak ummi baca suatu hari nanti.. hehe.. Cerita raya kawan-kawan ummi semua ummi dah baca.. Ummi tak tinggal jejak, tapi ummi baca.. hehe.. Kat bawah ni lah satu-satunya gambar yang ummi ada sekarang.. =)

Tema Tahun Ini: Ungu-Unguan
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga
 



Monday, August 27, 2012

Warm Up Raya 2012

Salam,
Ni entry panaskan blog dulu.. hehe.. Berjumpa lagi kita kan.. Alhamdulillah..
Fuhhh... cepat sungguh hari berlalu... Hari ni dah kena kerja..
Huwwwaa.. Rasa nak sambung cuti lagi.. Pejabat pun suam-suam kuku aje..3 orang staf jek yang ada.. Yang lain sume sambung cuti lagi.. Emergency Leave katanya.. Muahaha.. Gambar raya sekejap-sekejap lagi ummi update yek.. Atau esok-esok hari.. haha.. Cari mood dulu.. Ramai dah up entry hari raya.. Seronok baca.. Cerita ummi,, Tunggu okies.. =)

Cornflakes Madu
Gambar tersebut ada kaitan juga dengan hari raya kan? hehe,, Setelah hampir 3 tahun lebih berumah tangga, ini adalah biskut raya pertama hasil air tangan ummi.. Muahaha.. Itupun buat projek kat rumah Madam Emak masa En. Bb ke Key Ell.. Jadilah.. Senang amat buatnya.. Tahun-tahun depan dah rancang nak buat kuih ni banyak-banyak.. Tak payah beli kuih raya.. Banyak juga dah membebel ni.. Nak transfer gambar raya jap.. T kalau rajin ummi update entry Raya 2012 kami..

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri


Salam..
Ummi masih bekerja hari ini.. Tapi sampai tengahari jek.. Dato' VC dah buat pengumuman bagi pelepasan awal hari ini. Terima kasih Dato'.. Ingatkan dapat balik awal ni nak balik rumah terus,, Banyak perkara kena selesaikan.. Pagi esok ingat nak bakar kek.. Untuk Madam Mak dan MIL.. Sekali En. Bb kena kerja luar hari ni.. Pergi KL pulak tu,, Huhu,,, Ada student kami accident dekat sana.. 3 orang.. Dengar khabar seorang masuk ICU.. Kesian dia orang.. Selaku staf yang menjaga Hal Ehwal Pelajar, En. Bb kena jadi wakil.. Huhuhu.. Sedih.. Terpaksa la ummi merempat rumah Madam Emak sampai malam.. Tapi takpela.. Ummi pun boleh tolong Madam Emak buat apa yang patut.. Ingat nak buat Kuih Cornflakes Madu kat rumah Madam Emak jap lagi.. Semoga student-student yang accident tu selamat hendaknya.. Ummi juga doakan agar En. Bb selamat pergi dan pulang. Amin.. Di kesempatan ini, ummi menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat tulisan di blog picisan ummi ni menyinggung perasaan kalian.. Yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.. Sayangi nyawa kamu dan insan-insan disekeliling kamu.. Semoga Syawal yang akan tiba ini, memberi seribu rahmat buat kita semua.. Insyallah ummi akan kembali bersiaran pada 27 Ogos 2012.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..


Wednesday, August 15, 2012

Tanpa Bicara #11

Sarapan Jommm... =P

Pagi ini Qusyairi lepak kat pejabat ummi sebab nenek kena pergi check up dekat klinik..


Tuesday, August 14, 2012

Dugaan Kecil Di Bulan Ramadhan

Salam,
Hari ni bersiaran dengan kesihatan yang terjejas sedikit.. Sakit tekak + Selsema..
Biasanya kalau sakit tekak camni, ummi terus g klinik.
Nanti dapat ubat hisap perisa anggur tu, insyallah pulih,,
Memandangkan bulan puasa, tengoklah petang nanti lepas kerja baru ajak En. Bb pergi..
Semalam lepas En. Bb balik solat Terawih, dan selepas Qusyairi tidur, ummi dengan En. Bb buat operasi mengemas bilik tidur kami.. Mana yang bersawang habis kena tebas..
Sudah berwajah baru bilik kami.. Bukan baru sangat pun.. Cuma ubah kedudukan perabot aje..
Langsir dan cadar masih belum ditukar.. Tunggu 2 hari sebelum raya nanti..
Maybe terdedah pada habuk tu yang jadi sakit tekak + selesema tu..
Hidung ummi ni memang sensitif dengan habuk dan seangkatannya,,
Sepanjang berkahwin rasanya En. Bb yang paling banyak sapu + mop rumah,,
Terima kasih sayang.. ^_^
Dia paham isteri dia ni kalau kena habuk jek, mula lah mata berair, hidung merah..
Lepas tu tangan mesti nak gosok-gosok hidung,. hehe..
Moga-moga cepatlah sakit tekak n selsema ummi ni sembuh,,
Ada lagi operasi yang masih belum selesai kat rumah tu..
Terima kasih Ya, Allah kerana memberi ujian kecil ini buat penghapus dosaku.. Alhamdulillah..

Monday, August 13, 2012

Mood Raya Sudah Datang...

Salam,
Wahhhh.. Kurang seminggu lagi nak raya.. Cepat sungguh Ramadhan berlalu.. Pagi-pagi tadi nak pergi kerja dah dengar lagu DJ Dave kat radio.. Makin semangat.. hehe.. Pastu sampai pejabat member sebelah bilik pulak pasang lagu raya lagi.. Suka.. Suka.. Tapi ada beberapa perkara kena selesaikan sebelum hari Jumaat ni.. Nak listkanlah.. Semoga tak lupa.. Hehe.. Macam banyak lagi jek tak buat.. Kemas rumah tak selesai lagi... Biskut raya tak pegi beli lagi..Tahun ni kali pertama yang kami tak tempah kuih raya macam tahun-tahun lepas.. Buat pun tak jugak.. Tunjuk jek la nanti.. hehe. Persiapan untuk En. Qusyairi dah selesai.. Tinggal nak cari capal untuk En. Bb.. Si Tecik tu dah pandai nak beraya.. Lagu raya pun dah kenal... hehe.. Ummi punya? Nak cari tudung dan baju kurung lagi barang sehelai.. hehe.. Kalau sempat.. kalau tak lepas raya pun boleh.. Tahun ni turn beraya di sebelah ummi. Raya kedua baru pulang ke Segamat.. Hoyehh...
Lagu Raya pilihan ummi untuk tahun ini ialah Air Mata Syawal dendangan Dato' Siti Nurhaliza...

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Orang suka dengar lagu rancak.. Ummi dengar lagu sedih pulak kan.. hehe.. Tak sedih pun tapi suka dengar lagu ni.. Hehe.. Tahun lepas suka dengar lagu Khairil Johari Johar
Tahun ni tukar pulak.. hehe..

Friday, August 10, 2012

Perkongsian Jumaat #9

Salam,
Sekadar berkongsi untuk mengingatkan diri ini dan juga rakan-rakan sekalian..


Thursday, August 9, 2012

Semak Tarikh Luput Tong Gas

Salam,
Hari ini ummi nak berkongsi maklumat yang ummi jumpa dekat Laman Muka Buku..
Ummi tak tahulah kalau orang lain tahu ke tidak tentang perkara ini, tapi ummi memang tak pernah tahu yang tong gas tu ada tarikh luput. Huwwaaa.. Malu.. Selama ni tahu guna aje.. Dah la kami memang selalu yang 14 kg.. Lepas tu pakainya dalam 6 bulan lebih kurang.. Yekla ummi kan rajinlah sangat masak.. huhu.. Sumber maklumat ni ummi dapat dari Langkawi Story. Sangat berguna pada ummi.. hehe.. Balik kerja ni terus nak terjah dapur nak tengok tong gas ummi.. Jom kita tengok sama-sama cara nak semak tarikh luput tong gas dekat rumah kita..


Tuesday, August 7, 2012

Juadah Iftar 15 Ramadhan

Salam,
Ok. Dengan bangganya mempersembahkan juadah Iftar 15 Ramadhan kami yang dimasak oleh Chef Ummi.. Haha.. Setelah 15 Ramadhan baru lah dapur ummi berasap masak untuk berbuka.. Dipersilakan jamu mata.. Jangan telan air liur yek.. Pagi lagi ni.. Makruh tau..


Tu la dia juadah buka puasa kami masa 15 Ramadhan.. Ni lah entry pertama berkaitan juadah berbuka puasa yang ummi masak sendiri,.. Hari-hari lain main tunjuk atau Madam Emak masak.. Ummi decide masak best sikit hari tu, sebab semalamnya (14 Ramadhan) kami sekeluarga menerima berita gembira yang akan ummi update nanti yek.. Kelentang-kelentung kat dapur.. Nasib baik Qusyairi tido masa tu.. hehe.. Hasilnya Nasi Tomato, Jelatah Timun+Carrot+Kobis, Begedil Daging+Kentang dan Koktail Campuran. Siap bawak ke sahur.. Dan ada lebih lagi untuk sarapan dan makan tengahari En. Q kita yang tak puasa itu.. heheh.. Alhamdulillah.. Ntah bila lagi dapur tu nak berasap balik.. hehe..





p/s: Sekejap je Ramadhan berlalu kan.. Hari ni dah hari ke - 18..

Monday, August 6, 2012

Selamanya Sokong Malaysia


Tahniah Dato'.. Saya bangga sama kamu..
Sana sini orang sibuk update tentang cerita kekalahan Dato' Lee Chong Wei..
Sebagai rakyat Malaysia, ummi turut terkesan dengan kekalahan tersebut,,
Sedangkan ummi yang tak main pun sedih apatah lagi tuan punya badan yang mainkan?
Tapi masa tengok game semalam, ummi tahu Dato' LCW dah buat sehabis baik..
Sehabis hebat untuk mengharumkan nama negara Malaysia..
Tapi nasib tak menyebelahi Dato' LCW kali ini..
Melihat kesedihan dan kekecewaan yang tergambar di wajah beliau,
ummi tau beliau mesti rasa serba salah dengan rakyat Malaysia...
Jangan risau Dato' kami semua menyokong Dato'..
Ummi sangat bengang dengan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab yang mempolitikan kekalahan beliau di Olimpik..
Kalah menang adat bertanding.. 
Tak usahlah kita terlalu taksub dengan politik sampai sukan pun nak dibabit sama.. 
Melalui sukanlah kita semua tak kira kaum, tak kira bangsa bersatu..
 Melaluilah sukanlah baru nampak Satu Malaysia..
Apapun, tahniah Dato' Lee Chong Wei..
Kalah ke, Menang ke.. Sokonglah Malaysia selama-lamanya..
 
 

TERUJAAAA...!!!! Pertama Kali Menang Contest...

Salam,
Actually nak publish entry ni hari Jumaat,.. Sekali black out daaa... Nasib baik dah save.. Nak share kat sini... Hari tu (Jumaat la) ummi menang sat kuiz ni... Dianjurkan oleh MamaZN.. Kuiz suruh teka gambar artis yang MamaZN jumpa.. Ada dapat hint.. Ummi saja-saja join.. Tapi tak confident leh menang pun.. Sekali bila pemenang diumumkan.. Wahh.. Nama ummi pun ada okies... Tengok sini.. Walaupun saguhati.. Tapi sangat2 teruja okies.. Sebab sebelum ni tak pernah menang pun.. hehe.. Apa lagi tangan terus lincah call En. Bb.. En. Bb gelakkan aje.. sebab dengarkan keterujaan ummi ni.. hehe.. Sepanjang jadi blogger inilah kali pertama rasa menang contest tau.. Rasa macam nak lompat-lompat.. heheh.. Kepada Kak Nad, terima kasih banyak yek.. Sebab anjurkan kuiz macam ni.. Saya mohon izin copy paste dari blog akak.. Akan datang saya pasti join lagi.. hehe



p/s: Kalau orang lain rasa biasa-biasa jek, tapi ummi memang terharu plus excited sebab pertama kali.. hehe

Friday, August 3, 2012

Berbuka Bersama Qusyairi

Salam,,
Ini merupakan entry pertama berkaitan makanan di bulan Ramadhan.. Hehe... Dah 14 Ramadhan kan.. Sekejap jek.. Actually gambar-gambar ini telah dirakamkan pada  3 Ramadhan yang lalu... Wahh.. Lepas 10 hari baru nak up entrykan.. Nampak sangat busy.. hehe.. Boleh dikatakan hari-hari berbuka dekat rumah Madam Emak, so makanannya haruslah beliau yang masak kan.. Tahun ni tekak ummi selera pulak makan nasi masa berbuka.. Tahun-tahun sudah ummi lebih gemar makan mee/bihun.. Bila time berbuka orang yang paling sibuk mesti la En. Qusyairi kita.. Wahh.. belum azan dia dah sibuk nak makan.. Tak diberi karang asyik ulang tanya sampai tak larat jawab.. Jadi untuk mengelakkan soalan berulang baik kita bagi jek beliau makan dulu.. hehe..

Gaya Santai
Gaya Sopan
Gaya Makan
Gaya Buat Best

Wednesday, August 1, 2012

Setelah 12 Ramadhan

Salam,,,
Wahhhhh... Hampir 2 minggu tidak mengupdate blog.. Mulai 1 Ramadhan baru kini ummi baru update.. Syabas.. hehe.. Ummi betul kehabisan mood nak mengarang.. Entry bercuti pun tak usik lagi... Tapi ummi masih berblig walking singgah kawan-kawan.. Jadi silent reader aje.. hehe.. Nak kata letih sangat itu idak ler.. Cuma bulan puasa ni kemalasan tu naik setahap lagi.. huhuh.. Tengok blog kawan-kawang yang update menu berbuka semua best-best.. Ummi tak berkesempatan lagi la nak update.. Masak pun tidak nak update apa kan? hehe,, Takkan hari-hari nak tunjuk makan beli.. Sejak bulan puasa ni ummi satu family banyak berbuka rumah Madam Emak.. Bukan nak jimat,, sebab malas nak bersesak-sesak kat jalan raya tu masa balik kerja.. Heheh.. Lagipun Madam Emak memang selalu ajak kami berbuka kat umah beliau.. Tak baik kan kalau membantah cakap orang tua (ayat nak sedapkan hati.. hehe). Ok la.. Nanti kalau ummi ada mood, ummi update lagi yek.. Terima kasih pada yang sudi singgah walaupun entry Salam Ramadhan tu dah dekat 2 minggu tak bertukar.. huhu.. Daaa..