Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 26, 2013

Sarapan Hari Ini

Salam,
Hari ini, ummi baru masuk pejabat.. Semalam ada urusan sedikit yang perlu diselesaikan..
Alhamdulillah bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup nafas lagi hari ini...
Sejak En. Bb kena transfer tempat kerja di Shah Alam, rutin pagi ummi sedikit berubah,,
Kalau dulu, lepas hantar Qusyairi atau kadang-kadang sebelum hantar beliau ke PlaySchool, kami bertiga beranak akan pergi sarapan dekat kedai dulu..
Lepas tu, baru hantar Qusyairi dan datang pejabat..
Sekarang tidak lagi.. Pagi-pagi ummi dah tak sarapan dekat luar lagi..
Sama ada bawak bekal, atau beli bungkus dekat Cafe dalam kampus,,
Huhu,, Tak seronok kan makan sensorang kat kedai..
Ummi rasa macam ada orang tengok ummi,, Hehe.. Sangat perasan..
Hari ini pun ummi bawak bekal.. Madam Emak yang masak.. 
Ringkas-ringkas sahaja.. Cukuplah nak mengalas perut sampai tengahari,,

Ni sarapan hari ni..

Yang ini, hari khamis lepas..


Sunday, February 24, 2013

Kemenangan GA Yang Pertama Bagi Tahun Ini.. Walawwehh...

Salam..
Ok. Cerita ini sebenarnya cerita minggu lepas yekk..
Tetapi biasalah ummi kan very the lambat..
Bz kononnyer.. Hari ni barulah nak update entry kemenangan..
Ahh... tak kira,, lambat ke idak...
Yang penting ummi menang.. Hoyehhh...
Ini adalah kemenangan GA pertama ummi untuk tahun ini..
Wahhh,.. kemain ek..
Orang lain dah banyak.. Ummi baru satu dah kecoh..
Tak pelah.. excited punya pasal..
Ummi pun bukan rajin join GA.. Hehe..
GA ni anjuran Kak Nad a.k.a MamaZakwaNayli. 
Blogger otai tu.. Satu hari banyak update entry,,
Ni kena berguru ni.. hehe..
GA Kak Nad ni pun tak susah mana..
Ala-ala cikgu tanya "Siapa nak minum Milo angkat tangan?"
Then, anak-anak murid pun cakap "Nak.. Nak"
Cuma Kak Nad tanya, "Siapa Nak FM London?"
Yaaa gitu,, ramai-ramai komen la Saya Nakk.. Saya Nakk.
Hehe.. gitu jek pon.. Dah menang.. 
 
Tengok sini..

Besarkan anak panah tu.. Bangga ok... Hehe..
Hadiah pun dah selamat diterima hari Rabu baru ni...
Tadda....


Suka okies.. Kalau orang bagi hadiah, siapa tak suka kan?
Alhamdulillah..
Hehe,,, Terima kasih Kak Nad,,
Nanti buat GA lagi tau.. 


Saturday, February 23, 2013

Harinya Telah Tiba..

Salam..
Lama betul tak update blog ni.. 
Banyak perkara yang melibatkan kerjaya dan keluarga yang perlu diselesaikan..
Alhamdulillah ummi dah dapat biasakan diri,,
Hari ni, cukup seminggu En. Bb tak tinggal sama-sama dengan kami...
Dah selamat pun lapor diri di Shah Alam 18/2/2013 hari tu..
Jumaat yang lepas, ada buat sedikit jamuan perpisahan untuk beliau.. 
Ummi pun turut kepokepoci pergi jamuan tu,,
Nak bagi sokongan, sebab beliau kena berucap dalam majlis tu.. Hehe..

Tengah bagi ucapan..
Dapat hadiah,,, tapi kabur.. maklumlah telefon murah aje..

Antara hadiah yang diterima..

Hadiah dari Ummi & Qusyairi..


Hmmm.. sekejap jek masa berlalu.. 
Semoga masa ini akan terus cepat berlalu 
supaya kami sekeluarga boleh berkumpul bersama-sama kembali,, sob.. sob..
Kepada En. Bb..
Tahniah di atas kejayaan kamu..
Ummi dan En. Q sentiasa menyokong kamu walau apa jua yang kamu lakukan,,
Semoga Allah SWT memelihara dan melindungi kamu walau di mana kamu berada..
Semoga urusan kamu sentiasa dipermudahkan..
Kami menanti untuk sama-sama tinggal bersama kamu kembali,,
Sayang kamu kuat-kuat..

Punch Card terakhir di UiTM Kampus Johor Bahru,,
 



Wednesday, February 13, 2013

Tanpa Bicara #15

Salam,
Memperkenalkan..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
 Pendekar Qusyairi...
Waccaaa..


Friday, February 8, 2013

Perkongsian Jumaat #13

Salam Jumaat..
Semalam tidak bersiaran.. Perlu selesaikan beberapa kerja yang ada due date..
Sekejap sahaja sudah hujung minggu.. 
Hari ni ummi nak share satu perkongsian yang agak menarik..
Yang ummi jumpa semasa BW di sini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Panduan Supaya Khusyuk Semasa Berdoa


Mata – Cari mana-mana titik atau garisan di tapak tangan dan fokuskan mata anda pada titik tersebut.
Mulut – Membaca doa dan memahami doa yang dibacakan
 Tangan – Menadahnya bersungguh-sungguh ikhlas dengan penuh kehambaan.
Otak – Menggambarkan apa yang didoakan.
Telinga – Mendengar apa yang dibacakan.
Hati – Ikhlas dan mengharap serta yakin doa akan dimakbulkan.

"Ya, Allah kuatkan diri ku ketika sedih dan susah.
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan 
ketikaku memerlukan kebahagiaan. 
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang"





Nota Ummi: Mula untuk menghitung hari menghadapi perpisahan sementara =(

Wednesday, February 6, 2013

Blues Hari Rabu & Triffle Nata De Coco

Salam..
Owhh,, terasa kebiruan di hari Rabu...
Biasanya hari Isnin, ummi hari Rabu,,
Sebabnya ummi baru naik keje hari ini setelah mc 2 hari..
Naik kerja macam-macam perkara perlu selesaikan..
Tapi ummi kena perlahan-lahan cari mood..
Untuk cari mood kita pergi jalan-jalan rumah kengkawan dulu.. Hehe..
Lepas tu ummi nak cerita Triffle pertama yang ummi buat.. 
 Sebenarnya dah lama dah amik resepi dari MamaZN..
Baru berpeluang mencuba,, 
Tapi Triffle ummi ni bukan Triffle buah-buahan..
Ummi tukar dengan Triffle Nata De Coco,,
Sebab nak habiskan stok yang ada ni.,

  
Triffle Nata De Coco

BAHAN-BAHAN:

1 buku kek gulung (Ummi pakai perisa coklat)
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1/2 gelas air
Nata De Coco/Buah-buahan secukupnya
1 kotak jelly jenama NONA (Ummi pakai perisa strawberi)
 
CARA-CARA: 
 
Lapis Pertama
Potong Kek gulung dan susun penuh dalam bekas.
Kalau nak cantik letak dalam bekas yang jernih.

Lapis Kedua Masak susu cair, 1 tin air dan gula sehingga mendidih.. Selepas mendidih masukkan bancuhan tepung kastard.
Kacau lagi sampai agak-agak pekat.
Part yang ni ummi fail sikit sebab tak tau rupa pekat tu macam mana,, hehe Bila dah agak pekat, curahkan dalam bekas yang dah ada kek gulung tadi

Lapis Ketiga
Masak pula Jelly Nona
Ikut arahan dekat belakang kotak tu..
Kalau tak pakai yang Nona, kena ikut juga arahan yang dah ada yek..
Kemudian curahkan atas adunan kastard.

Lapis Keempat Taburkan Nata De Coco/Buah-buahan dan sejukkan dan sedia dimakan.. Nyum,, Nyumm,,

Sedap.. Mula-mula ummi dan En. Bb macam sedikit gerun nak makan,,
Sebab takut tengok warna jelly yang terang benderang tu,,
Bukan takut apa, takut manis sangat,,
Tapi bila dah makan.. Takdela manis sangat,, 
Sedap.. Lepas ni boleh buat lagi..
Pada rakan-rakan yang tak gemar manis, resepi yang ummi ikut ni, memang tak manis sangat,,
Boleh cuba.. Mesti tak rugi..


Friday, February 1, 2013

Steamed Chocolate Moist Cake




Salam, 
Bersiaran di hari Jumaat yang penuh barakah..
Hari ini di pejabat ummi ada buat Sambutan Maulidurrasul..
Sambung cerita tentang birthday Qusyairi..
Tahun ni ummi decide nak buat sendiri kek hari jadi beliau..
Memang dalam kepala dan set nak buat Kek Coklat Kukus,,
So, sebulan sebelum kejadian ummi dah cari-cari resepi paling mudah dalam internet..
Dan akhirnya, jumpa di Blog Kak Shahriah MasterChef..
Terliur ummi tengok kek tu dalam blog beliau.. 
Kemain koo.. nak buat ikut Chef popular katanyer..
Ummi tengok bahan mudah, dan cara buat pun mudah..
Pada pendapat ummi jek lah kan..
Tak percaya jom skodeng resepi.
          
STEAMED CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :
(Diayak bersama)

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ummi guna Van Hauten
1 sudu kecil garam halus -  ummi takde garam halus pakai jek apa yang ada. hehe

 
BAHAN B :

2 biji telur saiz A
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan gula pasir
5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak jagung

CARA - CARA :

Campurkan Bahan B dan pukul sehingga gula hancur dan sebati.
Masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil. 
Sentiasa di kacau. lebih kurang 3-4 minit.
Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit minyak.
Panaskan pengukus dengan api besar.
Kukus selama 30 minit kemudian kecilkan api.
Kukus lagi 30 minit.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum buat decoration

BAHAN COKLAT GANACHE :
200 g coklat masakkan
100ml susu cair
1 camca teh mentega


CARA - CARA :
 Satukan semua bahan dalam periuk dan masak secara double boiling. Kacau sehingga coklat cair dan warna menjadi kilat dan pekat. Sejukkan dan boleh curah atas kek.


Rasanya pun sedang-sedang elok..
Tak manis sangat,, Cuma ummi tak dapat nak amik gambar rupa sebelah dalam..
Yekla.. takkan ummi nak potong pastu cantum balikkan.. hehe.
Apapun alhamdulillah.. Ahmad Qusyairi pun suka kek ummi tu.
Dia suka ada ultraman atas kek.. 
Ummi pun puas hati dengan hasil air tangan ummi..
Walaupun tak berapa sempurna.. Hehe..