Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 29, 2012

Takde Mood Baca Suratkhabar

Salam Jumaat,
Serius takde mood nak baca surat khabar hari ni..
Pagi Jumaat yang mulia ni.. Macam-macam berita yang menyakitkan dan menyedihkan ummi..
Tak sanggup nak baca.. Baru page satu, tengok berita baby 1 tahun kena belasah.. Puncanya? Baby tu nangis sebab lapar.. Huhu.. Zalim,, Benci.. Sedih.. Page kedua pulak, mayat baby baru lahir kena buang depan masjid.. Siap ada nota minta tolong kebumi cara islam.. Huwwwaaaaaaaaa.. tambah sedih.. terus tutup suratkhabar.. terus taip entry ni.. Sedih.. Sayu.. Geram.. Marah. Semua ada.. Nape manusia sekarang zalim sangat.. Apalah salah anak-anak itu kannn.. huhu..

ANAK KECIL

Pabila ada hal yang indah
Dari buruknya dunia ini
Hilang semua hati gundah
Melihat mereka menari

Tiada bunga yang seharum
Wangi tubuh mereka
Pabila mereka tersenyum
Bercahayalah dunia ini

Tangis dari mulut mereka bangkitkan semangat di hati
Alasan tuk bahagiakan mereka
Tawa dari mulut mereka mampu redam benci di hati
Alasan ciptakan damai di bumi

Pabila ada hal yang suci
Dari kotornya dunia ini
Jernih hati polos mereka
Belum terjamah oleh dosa

Tiada tari yang seindah
Gerak lincah tubuh mereka
Disaat mereka tertidur
Terdengar malaikat bernyanyi
 
Sumber: MUSIKLIB

Thursday, June 28, 2012

Pelajar Sekarang..Huhhh...



Salam,
Rasanya hari ni, entry lepas geram..
Huhh.. Tengok tajuk macam bestkan..
Actually, ummi tengah penat kepala layan kerenah student-student kat sini..
Ummi bukan kalangan tenaga pengajar okies.. Tak layak eden ni.
Ummi cuma seorang staf  bahagian kewangan yang perlu menguruskan yuran student..
Mak aii.. student sekarang kan... Memang tak tahu takutkan...
Ummi dulu student juga.. Uitm jugak.. Tapi sentiasa alert.. Segala macam memo yang ditampal kat mana-mana harus dibaca hatta Iklan Jual Burger sekali pun.. Asal ada kertas ditampal kat dinding o mana-mana mesti baca takut terlepas info..
Student sekarang...? huhhhh... tampal la kat depan mata sekali pun.. Harammm tak baca punya..
Contoh hari ni, last kena bayar yuran adalah pada 25/06/2012.. Tarikh akhir validasi kursus  hari ni 28/06/2012. (Kalau budak uitm mesti faham apa yang ummi bebel ni). Ehhh,... cantik datang jumpa ummi, dengan muka berlagaknya terus tanya soalan cam kat bawah ni,,,

Pelajar :  Saya dah bayar yuran, tapi kenapa tak boleh validasi...???
Ummi   :  bila kamu bayar? 
Pelajar :   Semalam petang ke pagi.. Ayah bayarkan".. 

Wahhh... yuran bapa bayo tau... 

Ummi : Awak tahu tak bila tarikh akhir bayar yuran?
Pelajar : Tak tahu... (Muka sebal)
Ummi :   Awak semester berapa?"
Pelajar:  Semester 3
Ummi   : Semester 3? Awak tak baca memo ke? Kalau awak semester 1 saya boleh terima... Bla.. Bla... Bla..
Pelajar:  Saya tak baca pun memo.. Bila saya boleh buat validasi ni? Hari ni last...
Ummi   :$$%%++++###  bENGANG MACam CiPAN

Adik-adik, jangan nak cakap zaman dulu dengan zaman sekarang lain yek..
Mana-mana kita pergi pun, adab sopan kena ada.. Sebagai pelajar, kenalah tau peraturan nak belajar..
Kalau kamu semua masih sekolah menengah, masih boleh diterima,, 
Ini kamu semua dah berada di alam universiti... Semester 3 pulak tu..
Jangan semua benda kamu nak hadap depan kamu aje.. Kamu semua kena peka..
Ummi dulu masa belajar, tak pernah sekalipun Mr. Abah pegi bayarkan yuran ummi... Ummi pergi sendiri. Sebelum semester baru masuk, dah settle dah semua tu,, Masa tu takut sangat tak boleh belajar lagi kalau tak buat seperti yang disuruh.. 
Kamu semua tak payah nak lemak sangat, belajar berdikari,,, Kalau kamu rasa susah sangat nak ikut rule sebagai seorang pelajar, baik kamu berhenti sekarang.. Jangan membazir duit mak ayah kamu..

p/s: Panjang lebar betul entry kali ni.. Geram punya pasal..
 

Tuesday, June 26, 2012

Figura Upin-Ipin - Complete Set

Salam,
Sebelum ni, ummi ada cerita pasal nak beli Figura Upin Ipin kat sini..
Akhirnya berjaya juga merembat kesemua figura tersebut.. Rembat itu bermaksud membeli yek.. Bukan dapat free.. Satu set dapat ayam goreng, kentang goreng, milo n figura upin atau ipin.. Harga RM10.30. Kalau nak beli figura aje, harga RM6++.. Tak baloi kan..? So, Every week ummi n En. Bb pasti tak kan lupa sebab nak kumpul semua empat figura.. Haha.. Berjaya okies.. Qusyairi rileks jek sebenarnya,, Yang beria-ia confirmlah ummi dan ayah beliau.. =)

Setiap Figura tu ada nama... Tapi lupa pulak.. hehe

Wednesday, June 20, 2012

Tanpa Bicara #12

Chicken Foldover Special Made For Ummi =)

Tengok tu.. Ada special tagging tau,, Nak tau nape ummi punya special?
Sebab..................

 Ha, itu la sebabnya.. Ummi tak suka bawang yang bergelimpangan dalam foldover tu..
Request tak nak letak bawang.. Boleh rupanya.. hehe.. Rasa macam istimewa jek kan.. hehe

Tuesday, June 19, 2012

Maafkan Ummi =(


Salam,
Lama betul tak update.. Last week hari Khamis n Jumaat ummi cuti,,
Tu budak tecik tenonet tu demam+selsema+batuk.. huhu..
Hari Rabu malam ummi merempat umah Madam Emak sebab En. Bb kena outstation..
Malam tu dia dah start batuk-batuk.. Kerap bangun minta nenen n air..
Pagi tu ummi terus bawak pergi klinik.. Masa sarapan pagi, dapat la makan tiga empat suap nasi lemak+bihun goreng.. On the way nak pegi klinik ummi belikan dia nugget kat KFC.. Tu pun cuma makan Seketul n 10 batang kentang goreng.. Balik klinik, start tak nak makan apa-apapun kecuali air masak n nenen,, Huhu.. Masa tu makan ubat ok lagi.. Tapi bila petang sikit badan naik panas.. 
Nak letak Cool Fever pun taknak.. Nak letak tuala basah pun marah,., Huwwaa,,
Tu gambar kat atas tu pun ummi dapat letak bila dia leka.. Cool Fever paksa letak kat belakang badan..
Hari Jumaat petang, ummi bawak lagi pegi klinik.. Masuk ubat kat tuttt...
Tukar ubat antibiotik n ubat batuk.. Balik tu ajak dia makan kat MamaChop PapaGrill.. 
Dia makan alahai,, seketul kecil ayam besar jari dia.. huhu..
Lepas tu terus tak nak makan pape sampai hari Sabtu pagi.. Hari Sabtu dah kebah sikit..
Hari Ahad petang baru fully recover untuk demam n selsema.. Batuk masih ada sampai sekarang.. 
Risau ummi bila Qusyairi demam aje.. Tak nak makan. Tak nak makan ubat.. Badan dah kurus dah,, huhu Alhamdulillah masa hari Ahad petang tu, ummi tanya nak makan apa dia jawab nak makan Acik (Nasi), Ayam kat kepci (KFC).. hehe.. Petang tu barulah dia makan nasi n ayam goreng.. Sekarang ni masih batuk lagi.. Agak kuat jugak.. Ummi betul susah hati sebab dia tak nak makan ubat.. Payah betul nak bagi.. Kesian ummi tengok dia kena paksa ngan Ummi n En. Bb,, Nangis-nangis.. Kena marah sikit-sikit,,, Sedih tul ummi,, Ummi pun marah Qusyairi,,  Ummi risaukan syairi,, Takmo syairi demam balik.. batuk semua.. Tu yang ummi keraskan hati paksa jugak.. Ummi sayang Qusyairi sebab tu ummi buat camtu.. Maafkan ummi yek sayang.. Cepatlah sembuh.. 
Ya, Allah sembuhkanlah anakku dan hindarilah dia dari sebarang penyakit.. Amin..

Friday, June 8, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - Kumpulan MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Salam,
Kalau ada yang perasan, lagu ni salah satu OST untuk drama Ameera kat Tv3..
Mula-mula ummi tak amik port sangat pasal lagu ni, tapi bila dengar officemate ummi buka lagu ni,, Macam best.. Ummi pn apa tunggu lagi.. Cari kat internet.. Ingat lagu biasa-biasa aje... Baca lirik n faham betul-betul... Huwwaa... sedih rupanya.. tengok video clip lagi la sedih... Ummi ingat lagu ni, lagu orang seberang nun.. Indonesia.. En. Bb pn cakap macam tu.. Lagipun kami tak pernah dengar nama penyanyi MOJO.. Pagi ni, ummi google2 cari.. rupa-rupanya MOJO ni kumpulan Malaysia... Bangga sehh.. Kalau nak tau, lagu ni ciptaan Edry KRU.. Edry pn salah seorang anggota kumpulan ni.. Kagum.. Lagu ni kalau dihayati betul-betul memang sedih.. Kisah seseorang yang kehilangan orang yang paling disayangi dalam hidup dia daN jika dia dapat pengganti pun dia masih takkan lupa orang yang dia hilang tu... Huwwaaa.. T_T.. Dengar la yek.. Memang best..

Ni la Kumpulan MOJO

Thursday, June 7, 2012

Doa Untuk Emak


Hari ini 07/06/2012 genap usia Madam Emak 55 tahun.. 
Sama tahun dengan Malaysia mendapat kemerdekaan..Kiranya tahun ni Malaysia pun akan sambut kemerdekaan untuk kali ke - 55..
Beza 2 bulan lebih jek camtu,,
Alhamdulillah Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik untuk Madam Emak hingga ke hari ini..
Ya, Allah... Ya, Tuhanku
Kamu panjangkan usia ibuku, anugerahkanlah ibuku kesihatan yang baik..
Lindungilah ibuku dari segala malapetaka dan gangguan syaitan..
Jagalah ibuku agar sentiasa berada dalam rahmat dan lindunganMu,,
Kamu berikanlah kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Ibuku..
Amin, Ya Rabbal Alamin...
Mak..
Terima kasih kerana sentiasa menjadi ibu yang terbaik untuk kami adik beradik..
Terima kasih kerana menjadi ibu yang terhebat untuk kami semua..
Achik saayaaanggg mak sangat-sangat..

Friday, June 1, 2012

Tutti Frutti - Dah rasa dah..

Salam,
Orang lain sume dah lama dah merasa aiskrim ni.. Ummi baru dapat makan last week.. haha.. Ketinggalan keretapi betul.. Mula-mula masa baru-baru keluar tak excited langsung nak mencuba.. Macam tak bernafsu.. Tambah-tambah lagi orang cakap mahal.. Lagi la ummi pk berkali-kali.. hehe.. Bukan kedekut,, tapi jimat.. Tapi bila tawaran untuk mencuba aiskrim tersebut diutarakan oleh En. Bb dengan niat mahu belanja anak isteri.. Ummi apa lagi haruslah sengih sampai telinga.. haha.. Yekla orang lain dah rasa, kita mesti kena rasa juga.. Kalau sedap, boleh cuba lagi, kalau idak.. Tak kesah pun sebab dah rasa. Kann.. Balik kerja singgah sekejap kat Tutti frutti Bandar Seri Alam. Tapau makan dalam kereta aje.. Untuk first time tu, kami try perisa Death by Chocolate n Vanilla.. Pastu tabur dengan Oreo Ceunch n Almond.. Rasa? Hmm, Ummi tak gemar death by chocolate.. Vanilla ok. Bila dah try makan, harus nak mencuba perisa lain kan? Percubaan kedua try Mint Chocolate, Coconut n Tart.. Ha, topping letak almond banyak2.. haha., Kali ni baru rasa best sket,. Sume sedap.. Rasa-rasanya,, boleh cuba yang lain-lain pulak la pas ni.. Tapi Tutti Frutti ni tak termasuk dalam list kegilaan ummi la.. Tetap tak boleh lawan Chocolate Indulgence dan Cheezy Choc kat SR.. Very yummy... =)

RM 11.95

Si Tecik Tenonet yang rasmikan dulu.. hehe