Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, February 13, 2014

Seronok tak jadi Suri Rumah Sepenuh Masa?

Assalammualaikum WBT..
Ummi tengah serabut ni.. Nak semak kerja-kerja yang melambak atas meja ni..
Tetiba terfikir seronok nya kalau jadi suri rumah sepenuh masa..
Tapi ada orang cakap surirumah lagi letih..
Ummi pernah ambil cuti 3 hari saja nak rehat-rehat..
Jadual ummi masa tu lebih kurang camni..

6.30 pagi - Bangun Solat Subuh, kejut En. Bb. Buat air untuk dia.
7.30 pagi - En. Bb pergi kerja, ummi sambung tidur jap sebab tengok En. Q sedap tidur.
8.30 pagi - Bangun balik buat sarapan, basuh baju.
9.00 pagi - Pergi kedai beli lauk untuk masak
10.00 pagi - Sidai baju dan mandikan En. Q
11.00 pagi -  Mula masak
12.00 tengahari - Sapu sampah dan mop rumah 
1.00 tengahari - Lepak, main-main dan makan dengan En. Q
2.00 petang - Solat
3.00 petang - Tidur balik
5.00 petang - En. Bb pulang.
6.00 petang - Makan malam
7.00 malam - Solat dan rehat
9.00 malam - Gosok Baju En. Bb
10.00 malam - Tidur

Hehe.. tu lah rutin ummi sepanjang ummi cuti tu.. 
Ummi ingat ada cakap dengan En. Bb, seronoknya duduk rumah..
Yeklah, tak perlu fikir pasal kerja..
Boleh jaga En. Q sendiri.. Boleh rehat-rehat ikut suka hati..
Tu lah, tu semua angan-angan aje..
Selagi ummi tak habis bayar segala hutang bagai..
Jangan mimpi nak berhenti kerja duduk rumah. Hehe..
Tengok orang sebelah ni,, senyum jek walau tengah bz.. hehe





Wednesday, February 12, 2014

I'M BACK


Assalammualaikum WBT..
Hampir setahun blog ummi ni terbiar..
Tahun 2013 dah berlalu..
Macam-macam kenangan manis dan pahit ummi lalui..
Huiii....
Letih nak ingat balik satu persatu..
Tapi ummi cuba ringkaskan apa yang berlaku selepas catatan terakhir ummi yang ini..

Mei 2013  
En. Q mula berhenti sekolah.. Beliau asyik tak sihat dan meragam.. Mungkin rindu kat En. Bb..
  
Jun 2013
Ummi dapat tawaran sambung belajar secara PLK dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Ogos 2013
Ummi dan En. Bb dapat perkhabaran gembira tentang kehadiran si Kecil dalam rahim ummi.. (^_^)

September 2013
En. Q demam berlarutan hampir sebulan 
Si Kecil tidak dapat bertahan dalam rahim ummi.. huhu 
Kelas PLK ummi bermula

Oktober 2013
Pasukan Audit Dalam UiTM datang buat pengauditan kat pejabat ummi.. Sakit kepala + Sakit otak..

Disember 2013
 Peperiksaan akhir ummi bermula.

Ha, macam-macamkan yang terjadi.. hmm.. semua yang berlaku ada hikmah. Sekarang staf-staf kat pejabat ummi semua tengah sibuk and kalut sedikit sebabnya kami akan mula berpindah ke kampus baru awal bulan Mei nanti.. 
Yang pasti ummi akan cuba update blog ummi ni sekerap yang bole... 

"Selamat Kembali Ummi"