Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 29, 2011

Qusyairi Mengada-ngada.. =P

Tengok.... menade-nadekan.. hehe
Salam, 
Ni insiden masa ummi n En. Bb nak mamam Spaghetti yang ummi masak semalam.. Si Q ni, orang nak suapkan die.. bole die menangis-nangis takmo.. Nak makan sendiri.. Dah bagi makan sendiri, bukan die nak makan, nak buat main.. Last-last bila kena tegur ngan ummi dah menangis pulak.. Terus takmo makan.. Hadoi.. Rugi tu.. hehe...

Spaghetti Bolognese

Salam,
Semalamkan masih cuti lagi..
So, ummi decide la nak wat Spaghetti.. Ummi memang suka makan spaghetti.. Tapi En. Bb tak gemar sangat..
Actually dah lama teringin nak makan spaghetti buatan sendiri. Buat sendiri lagi puas makan. Boleh tambah banyak kali. hehe.. En. Bb pun cakap sedap. Siap tambah lagi. hehe.. En. Q jek takmo makan. Die rasa pelik agaknya. hehe.. Ummi dapat resepi ni daripada kawan baik ummi. Resepinya mudah jek. Ummi share kat sini yek. Tak rugi ummi cuba.. Nyum.. Nyumm..

Gambar Bergoyang.. Hehe..
 UNTUK KUAH
  • 300 gram daging - dicincang 
  • 1/2 biji bawang besar * 
  • 3 ulas bawang putih * 
  • 1 biji cili merah * 
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 3 sudu besar tomato puree 
  • Air 
  • Garam 
  • Gula 
Nota: Bahan-bahan bertanda * dicincang halus.

UNTUK SPAGHETTI
  • Segenggam Spaghetti 
  • Air 
  • 1 sudu minyak masak 
CARA-CARA 
1. Rebus daging sehingga empuk
2. Tumis bahan-bahan bertanda *
3. Selepas naik bau, masukkan serbuk cili dan tomato puree. Kacau.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya. Jika masih pekat, tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Kacau sehingga semua sebati dan mendidih. Siap.
7. Panaskan air dan masukkan minyak masak.
8. Tunggu hingga mendidih baru masuk spaghetti.
9. Toskan dan lalukan spaghetti di bawah air sejuk supaya tidak melekat.
10. Sedia dihidang.

So, Selamat Mencuba.. (^_^)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman.... 

Ummi ingat lagi masa darjah 6 ummi ada masuk pertandingan nasyid kat sekolah ummi, kumpulan kami nyanyi lagu ni.. sebab lagu ni lagu wajib. Tapi kalah la pulak. hehe.. Anyway, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H. Apa aktiviti kawan-kawan hari ni? Ummi tak pasti lagi.. Kena tunggu 'green light' dulu. hehe

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharram

Salam,
Esok semua umat Islam akan menyambut tahun baru 1433 H dalam kalendar Islam. Alhamdulilllah. Ummi berdoa semoga tahun baru ni dapat memberi keberkatan dalam kehidupan ummi sekeluarga. Ummi juga doakan rakan-rakan ummi agar dikurniakan kebaikan dalam tahun baru ni. Aminn.. Kat sini ummi nak share doa yang kita perlu baca untuk menyambut ketibaan tahun baru dalam kehidupan kita ni.

DOA AKHIR TAHUN



Doa Akhir Tahun ni dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
DOA AWAL TAHUN 
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

Friday, November 25, 2011

Tak Sabarnya...

Salam,
Yeayy.. petang ni En. Bb dah gerak balik dari Kuala Terengganu.. Tadi call dia, dia cakap kat sana hujan lebat gak.. Huhu.. Ummi doakan rombongan kursus dari sana selamat sampai ke Johor Bahru.. Nasib baik esok cuti...Boleh la berehat-rehat... Yang paling kesian mesti En. Q kan...? Asal ummi call dia, dia sebut Ayahh.. Ayah,, adoii.. suara ummi ngan ayah same ke sayang? takpe malam ni Ayah dah balik.. Ummi n En. Bb cuti sampai Isnin, So, boleh la bawak budak tecik tenonet tu pergi jalan-jalan.. hehe.. Untuk En. Bb, ummi ada note sket untuk kamu.. Harap bila kamu baca kamu tau perasaan kami bagaimana.. hehe.. Malu la pulak..

Inilah hasilnya bila orang tengah takde kerja,, hehe.

Perkongsian Jumaat #4

::::Selamat Tinggal Sayang:::::


Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.
'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

=============================================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'
Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

 ===========================================================================
 2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.
Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.
'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
 ==================================
'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.
'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
========================================================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!
Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.
Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'
Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan...

Sumber Asal: ILUVISLAM

==========================================================================

Cerita yang menarik dan menyentuh hati ummi. Betul orang cakapkan? Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal kemudian takde gunanya.Ummi sejak dari sekolah-sekolah sampai sekarang mmg sangat tak suka ngn asap rokok apetah lagi ngan perokok.. Ummi mmg menyokong iklan-iklan yang dibuat pasal rokok ni. tapi yang pelik makin ramai pulak orang yang hisap kan..huhu..Yang ummi paling tak tahan, kalau g makan kt kedai, orang sebelah meja boleh pulak nak menghembus asap rokok kat meja kita.. Kadang ummi rasa nak hembus aje muka orang tu balik.. Lemas & Rimas.. tu yang ummi boleh gambarkan betapa ummi tak suka ngan asap rokok.. Sangat menyakitkan hidung.. Ummi bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang tidak hisap rokok. Alhamdulillah... Allah S.W.T perkenankan doa ummi.. (",)

Thursday, November 24, 2011

Satu Masa Dulu

Salam,
Ummi tengok-tengok gambar lama-lama dalam FB ummi.. Tetiba jumpa gambar ni..

v

v

v

v

v

Tadddaa.....

Amacam Sasa tak badan saya...?
Heheh,,,, Gebu yaa.. amat.. mase ni baru 2 bulan +++... Fully Bf.. Badan berketul tak hengat.. Tapi sekarang idak la macam ni lagi rupenye.. Sekarang ni dah slim sket.. Yekla dah pandai ukur jalan.. Mana ade peluang nak lepak2 gini gaye.. Baring sambil berenang-renang atas tilam.. hehe... Ummi? tak yah cter la.. Tgk gambo sudah tau makin slim dan akan slim la smpai bler2 selagi En. Q ni tak berenti bf.. huhu.. Tapi apepun ummi bersyukur.. Alhamdulillah... Ummi sangat menyokong ibu2 yang fully bf anak-anak ni.. Jimat sesangat.. So, pasni ibu-ibu yang nak dapat baby lagi ni, berusahalah untuk bf anak-anak kite yek.. Aminn..

Wednesday, November 23, 2011

Merempat Lagi.. (^_^)

Salam,
Lupa nak cerita.. abis dok sibuk nak cite pasal bola... hehe.. Pagi tadi En. Bb dah selamat berangkat g Kuala Terengganu.. Ada kursus kat sana.. Tinggal la ummi dan En. Q merempat duduk kat umah Madam Emak sampai ari Jumaat ni.. huhu..Madam Emak sekeluarga suka la sebab cucu sorang tu tidur kat umah.. Bulan lepas En. Bb g hiking.. Bulan ni kursus. Ummi? Kurus la gamaknye. hehe.. Budak2 ofis ummi pun pegi sekali.. Abis tinggal ummi sorang.Rasa macam lambat btol waktu berlalu.. Haishh.. Kuatkan la iman ummi. ada ummi start kereta, balik umah Madam Emak kang ni.. haha.. Jahat kan.. Korang kalau husband takde, korang rasa camne? Ummi rasa rindu pulak.. hehe.. Bila orang tu ada depan mata.. asyik nak lawan mulut jek.. hehe.. Ummi doakan perjalanan En. Bb n rakan-rakan lancar dan selamat. Amin..





p/s: Risau ni sebab dengar-dengar kat Terengganu dah banjir.. huhu

Syabas Malaysia...!!!


Salam,
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ummi ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah memenangi Pingat Emas dalam Sukan SEA 2011 hari Isnin ari tu.. Serius,, ummi tak pernah tengok bola lama macam tu.. Dah la lama, berdebar-debar pulak.. takde seminit pun dalam sepanjang game tu yang ummi tak berdebar.. hehe.. over kann? ummi ngan En. Bb & En. Q tgk kat umah aje.. terjerit... terpekik.. takde sape kesah.. hehe.. En. Bb jenis berdebar tapi tak bising.. ummi yang memekak aje.. hehe.. time penalti lagi la.. Ummi tutup mata, tutup telinga nyorok belakang kerusi.. takot punyer pasal. hehe.. Sangat poyo... hehe.. Pastu bila dah menang.. kemain seronok.. terkinja-kinja tiga beranak.. siap berpeluk2 bagai.. macam la kiteorang yang menang pingat tu.. haha.. Sangat happening.. Yang En. Q.. selagi tak abs bola.. selagi tu terpekik-pekik.. Bollll... Bolll.. hehe.. baik indon gol.. Baik malaysia gol.. itu aje yg die sebut.. hehe.. Apepun ummi kagum la ngan player-player kita.. walaupun dah penat tetap bermain habis-habisan.. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.. Pasni kena lawan Syria pulak untuk Kelayakan Olimpik.. Good Luck...

Ni la pemain favaourite ummi.. Mohd Muslim Ahmad.. Kalau En. bB tengok ni, mesti berasap aje die.. hehe

Tuesday, November 22, 2011

Pantai Teluk Cempedak

Salam,
9 - 11 November ari tu ummi ade kursus kat Bukit Gambang Resort City. En. Hubby n En. Q pun join sekali. Best gak la pegi situ,, Cuma yang tak bestnye sume tempat untuk orang dewasa mandi tutup untuk renovation. Tapi untuk budak2 banyak. Ummi n En. Bb memang niat nak bawak En. Q mandi kat situ. Yang tak bestnya, ummi tak bawak kamera.. So, takde la gambo kami kat situ. Balik dari kursus tu, kami g ronda-ronda kat bandar Kuantan n singgah sekejap kat Pantai Teluk Cempedak. Dah lama ummi tak g sini.. Kali terakhir pegi masa belaja dlu.. rasenye dah 5 atau 6 tahun jugak la.. tempatnya masih sama. masih cantik.. pasirnye pun halus jek.. tapi kiteorang tak mandi pn kat situ.. sebab hujan renyai2.. just jalan2 jek.. dapat la jugak amik gambo barang sekeping dua pakai telefon canggih la sangat ummi.. hehe..

Orang suruh senyum die wat muka camtu pulak..
Ha, yang ni ok sket..
Masam pulak dah muka die..
K.A.M.I
Daa,,, Ayah,,,

Monday, November 21, 2011

Tanpa Bicara # 4

Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa.. =)

T.I.G.A



Salam,
Permulaan minggu keempat bulan November. Dan... entry ummi bulan ini hanya TIGA...??? termasuk ini? huhu..Minta maaf banyak2.. Hari ni baru berkesempatan.. sibuk menjelang Aidiladha dan selepas raya.. Kerja, kursus, urusetia.. Owh.. sangat letih,.. bukan setakat blog sendiri tak dijengah.. blog kengkawan pun tidak disinggah.. Facebook pn hanya dilayari waktu pagi.. dan status di update sekiranya perlu sahaja.. Huhu.. Nak kata ummi ni orang penting di office, rasenye tak jugak.. hehe.. tapi tu la.. kerja ummi ni kadang2 bila die nak mai bertimbun, sampai tak menang tangan.. bila dah takde, tu yang dok melanguk tak buat ape2.. Rasenye sepanjang "kesenyapan" ini, banyak perkara yang berlaku.. banyak yang hendak di story.. takpe.. ummi cube pelan2 ingat balik apa yang berlaku.. Anywat, terima kasih kepada semua-semua yang sudi singgah walaupun ummi tak update entry.. Terima kasih banyak2 yek.. ^_^

Friday, November 4, 2011

Perkongsian Jumaat #3

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"♥


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Artikel ni ummi dapat dari Laman Muka Buku.. Sangat terkesan dengan setiap ayat yang disampaikan. Ummi bertemu dengan En. Bb dalam jangka masa yang singkat.. 6 bulan. Sebelum mengambil keputusan bertunang, dan 6 bulan kemudian bernikah.. Walau tak lama berkenalan, tapi ummi rasa sangat selesa dengan En. Bb. En. Bb seorang yang tak banyak cakap... Tapi ummi pulak sebaliknya.. Kami memang sangat berbeza. Kami masing-masing sedar kami tidak sempurna mana, banyak lagi perlu dipelajari tapi kami yakin kami boleh lengkap melengkapi antara satu sama lain.. Yang penting tawakal. usaha dan berdoa.. Banyak mana rintangan atau dugaan yang datang, jauh di sudut hati kami, kami tahu kasih sayang antara kami tetap utuh.. Insyallah..

Thursday, November 3, 2011

Gelora Jiwa

Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja


p/s: Tiba-tiba En. Bb dedicate lagu ini untuk Ummi.. Malu aii.. hehe