Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Ahmad Qusyairi dan Sambutan Maulidurrasul di CIC Larkin

Salam Maulud..
Ummi lambat bersiaran lagi.. Ketinggalan keretapi..
Semalam bercuti.. hari ini pun masih ada yang sambung cuti.. 
Di pejabat ummi, hanya ada ummi dan dua orang staf saja.. 
Incik Boss pon masih sambung cuti.. Hoyehhh... hehe..
Hari Rabu kelmarin langsung tiada kesempatan nak berinternet.. 
Talian TM dekat area pejabat ummi ada masalah teknikal katenyer..
Hari ini Ahmad Qusyairi ada sambutan Maulidurrasul dekat sekolah..
Kiranya ini adalah program pertama beliau di sekolah..
Bangun pagi tadi ummi siap-siapkan pakai baju raya - beliau panggil baju melayu tu baju raya.. hehe
Teacher dah SMS semalam suruh pakai baju Melayu..
Sampai sekolah ummi pulak yang excited.. 
Sebab nampak bunga manggar dan Banner..
Teacher cakap nanti nak berarak.. 
Camne gaya anak ummi tu berarak.. 
Tapi ummi dah pesan dekat En. Q tu pegang tangan kawan kuat-kuat.. Jangan lepas..
Alhamdulillah semua ok.. Sebab bila ambil waktu balik tadi..
Senyum lebar aje beliau..
Rupa-rupanya dah makan Nasi Beriyani Gam kat sekolah...
Tahniah ummi ucapkan kepada Pihak Pengurusan CIC Larkin
kerana berjaya menganjurkan majlis ini.. 
Tradisi makan dalam dulang sangat mengamit memori ummi..
Alhamdulillah Ahmad Qusyairi berpeluang merasainya..
Semoga penganjuran majlis seperti ini berkekalan setiap tahun.. Insyallah..

Tengah buat persembahan
Ahmad Qusyairi 4 dari kiri..
Dia aje buat peace.. =)
Nak makan pun sempat buat peace.. hehe
Alhamdulillah.. anak-anak zaman sekarang berpeluang lagi makan dalam dulang..
Anak-anak muslimah CIC manis bertudung,, Comel..
Teacher-teacher di CIC.. Tahniah..
 Gambar kredit kepada : FB CIC LARKIN
 


Monday, December 31, 2012

2012 Hampir Ke Penghujung

Salam,
Hujan rahmat sedang turun mencurah-curah dengan lebatnya 
di bumi Johor Bahru pada petang tahun baru..
Alhamdulillah...
Nyaman dan sejuk jek rasa..
Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi..
Cepat sungguh masa berlalu..
Pejam celik.. Pejam celik.. Sudah ke hujung tahun.. 
Meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.
Bagi ummi sekeluarga tiada satu hari pun dalam tahun ini yang pahit..
Syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kehidupan yang bahagia buat ummi sekeluarga..
Semoga tahun 2013 kehidupan kami bertambah baik..
Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
Azam tahun baru ummi?
Ummi ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun ini.
Insyallah ummi akan berusaha lebih ke arah itu..
Oh, ya.. tahun 2013 akan bertambah lagi sejarah dalam hidup kami.
Di mana tahun 2013 kami akan menghantar Sweet Little Qusyairi ke Playschool..
Insyallah semoga semuanya baik-baik sahaja..
Kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog picisan ummi,,
Terima kasih diucapkan..
Semoga kalian juga diberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Tinggal 2012 Yang Manis
Selamat Datang 2013 Yang Menawan

Selamat Bercuti Kepada Yang Bercuti
Johor Tak Ambil Cuti Tahun Baru
Jadi, Selamat Bekerja Untuk Ummi.. Huhu..

Hasil Tabungan 2012 = RM 102.50 =)



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Sumber Gambar: En. Google
Salam,
Sekejap lagi kita akan menyambut Maal Hijrah.
Hari di mana buku catatan semua amalan kita akan ditutup dan diganti dengan buku yang baru..
Dengan ini, sebelum buku catatan ummi ditutup.
Ummi menyusun jari memohon kemaafan daripada rakan-rakan yang membaca blog ummi..
Kiranya ada tulisan ummi yang menyinggung hati mana-mana pihak,,
Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT..

Bacalah doa akhir tahun selepas Asar dan diikuti doa awal tahun selepas Maghrib hari ini.
Boleh tengok di sini:

Monday, September 3, 2012

Gambar Raya Aidilfitri 2012

Salam,
Seperti dijanjikan.. Ummi nak kongsi gambar masa Syawal Pertama yang lalu.. Orang lain dah berkurun kongsi, ummi baru nak upload hari ini.. Teruk betul... hehe.. Bila tengok-tengok balik takde la banyak mana.. haha.. Okey. Jom layan.. 

Madam Emak & Mr. Abah
Adik beradik perempuan Ummi
Family Kecil Ummi Bersama Atuk & Nenek Qusyairi
Dari kiri: MakNgah, MakLong & MakUda
Pak Usu yang kerja di Hari Raya
Ampunkan kami penunggu gua... eh salah.. Ampunkan ummi sayang.. hehe
KAMI =)
 Itu sahaja dari ummi. Sekian.. hehe..










Friday, August 31, 2012

Tanpa Bicara #12

Selamat Hari Jadi Malaysia
Ummi bangga jadi rakyat Malaysia
Semoga Allah S.W.T memelihara keamanan negara kita.. Amin..



p/s: Ni entry Auto Published =)

Thursday, August 30, 2012

Cerita Syawal 2012 Kami

Salam,
Wahhh.. Hari ni baru nak bersiaran kembali.. Kemain Warm Up bagai,, Sampai 3 hari kooo.. Cettt.. heheh.. Actually tiada mood la.. Gambar pun ada sekeping jek yang ummi ada.. Itu pun ummi ambil kat FB.. Yang banyak dalam Tab.. Tapi Tab En. Bb bawak pergi kursus pulak.. Semalam pagi dia pergi kursus.. Ummi dan En. Q merempat lagi kat umah Madam Emak.. Dah janji nak share cerita raya kan? Ummi buat dalam bentuk catatan ok. Nanti bila gambar dah ada, ummi letak kat entry lain..

1 Syawal
Ummi raya kat JB dulu dengan family ummi.. Lepas Solat Sunat Aidilfitri, apalagi makan-makan la kan.. Lepas kenyang baru lah upacara bermaaf-maafan dan bagi membagi duit raya... Masa ni yang untung tentu-tentu En. Q kita.. hehe.. Lepas sudah semua, baru bergerak pergi rumah Mak Ngah nak melawat Atuk Ummi yang duduk sama-sama Mak Ngah.. Selesai semua kami pergi pulak rumah Makcik dan Tok Saudara Ummi.. Sampai rumah selepas maghrib.. Penat tapi seronok.. 

2 Syawal
Seawal jam 11.00 pagi ummi dah bergerak balik kampung sebelah En. Bb.. Awal ke 11.00 pagi tu? hehe.. Sampai kampung dalam kul 1 lebih macam tu,, Tunggu pulak kedatangan Madam Emak dan kuncu-kuncu beliau yang dah janji nak beraya rumah MIL hari tu.. Tunggu punya tunggu lepas Asar baru sampai.. Ape daaa lambat noo.. hehe. Madam Emak gerak dari rumah MIL dalm 6.30 camtu.. Malam tu, pakcik-pakcik En. Q ajak main mercun.. Oh,, tidak mungkin.. En. Q ni sangat penakut.. Main bunga api pun tak mahu.. Oleh sebab En. Q asyik menangis aje, kami bawak dia pergi beraya rumah Abang Ipar.. Tak jauh pun dari rumah MIL..

3 Syawal
Badan En. Q dah start hangat.. tapi tak panas sangat.. Ummi n En. Bb agak dia terperanjatkan bunyi mercun yang pakcik-pakcik dia main.. Sebab malam semalam dia memang takut betul.. Klinik takde yang bukak.. Nasib baik Kak Ipar ada bekalan ubat demam.. Bagi dulu ubat sebelum kami satu family nak pergi beraya pulak.. Alhamdulillah nampak ok sikit. Cuma dia tak aktif dan selesema sikit.. Pergi beraya dekat Felda Medoi, rumah Tok-tok saudara En. Bb.. Malam tu, kami sambung lagi beraya rumah Adik dan Abang Ipar lagi satu.. 

4 Syawal
En. Q dah mula demam. Panas betul badan dia.. Melepek aje dia.. Hingus meleleh.. Kesian dekat dia.. Tak sampai hati.. Bawak pergi klinik.. Nasib dah ada yang buka.. Terkejut bila doktor cakap suhu 39.6.. Tak pernah dia demam sampai tinggi macam tu.. Apa lagi kena masuk ubat kat b****t la.. Dapat juga ubat tu bawak balik rumah.. Keluar dari klinik dia nampak playground, apalagi ajak singgah.. Dalam tak larat-larat tu ada hati jugak nak main.. Hari ini, tak pergi beraya mana-mana.. Tunggu orang datang aje dekat rumah..

5 Syawal
Demam En. Q dah kurang sikit.. Tinggal batuk dan selesema jek..Bercinta betul nak bagi dia makan ubat.. Silap-silap kami yang boleh demam.. Huhu.. Lepas Zuhur dan makan tenghari, kami gerak balik JB semula,, nak sambung raya dengan Family ummi.. Sampai rumah dekat maghrib sebab sebelum tu singgah Jusco shopping raya sikit.. Tak habis-habis.. hehe =p

6 Syawal
Dalam pukul 10.00 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Pontian.. Hari ni pergi beraya rumah Tok-tok saudara sebelah Mr. Abah.. Sebelum tu singgah rumah kakak saudara ummi.. Sampai-sampai terus dihidang dengan nasi lemak, sambal udang, kari ayam.. Perghh.. Memang terangkat n kenyang.. Bertolak pulang dari Pontian dekat nak Maghrib. Singgah ke Nusajaya sekejap sebab Along ummi nak tengok Legoland. Kami tengok dari dalam kereta jek.. Balik tu singgah rumah Makcik saudara ummi yang buat Open House.. Sebelum balik, Madam Emak ajak makan satay pulak.. Tapi ummi dah tak larat.. Kepala sakit sangat.. Makan satay 2 cucuk jek, pastu ajak En. Bb balik.. huhu

7 Syawal
Lepas sarapan, kami balik ke Home Sweet Home kami.. Balik singgah beli barang dulu.. Sebab petang tu Madam Emak n adik beradik ummi nak datang dan tidur rumah malam tu.. Sampai-sampai rumah hujan lebat.. sejuk.. Petang tu dia orang datang.. Malam ummi masak. Simple-simple jek. Sardin masak kicap, kangkung goreng, Tempe+kentang masak sambal, Telur Dadar, Paru Goreng dan special request dari En. Bb, daging kambing goreng suka hati.. hehe

8 Syawal
Hari ini, dalam kul 12 tengahari kami gerak ke Kota Tinggi.. Beraya rumah Mak cik saudara sebelah Madam Emak.. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.. Sampai sana dalam 2 lebih,, Hujan dah mula lebat.. Makcik Ummi hidangkan kami Laksa Johor dan Laksa Penang.. Sedap.. Kami balik pun hujan masih belum berhenti.. Balik tu kami lalu lebuhraya Desaru-Senai sebab Madam Emak belum pernah lalu situ.. Balik sampai rumah dekat pukul 6 lebih. Madam Emak terus balik JB. Tinggal kami bertiga.. Esok dah kerja..

Ha, cukup seminggu cerita hari raya ummi kan? Panjang berjela betul.. Harap tiada yang jemu.. Ummi tulis ni pun untuk anak-anak ummi baca suatu hari nanti.. hehe.. Cerita raya kawan-kawan ummi semua ummi dah baca.. Ummi tak tinggal jejak, tapi ummi baca.. hehe.. Kat bawah ni lah satu-satunya gambar yang ummi ada sekarang.. =)

Tema Tahun Ini: Ungu-Unguan
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga
 



Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri


Salam..
Ummi masih bekerja hari ini.. Tapi sampai tengahari jek.. Dato' VC dah buat pengumuman bagi pelepasan awal hari ini. Terima kasih Dato'.. Ingatkan dapat balik awal ni nak balik rumah terus,, Banyak perkara kena selesaikan.. Pagi esok ingat nak bakar kek.. Untuk Madam Mak dan MIL.. Sekali En. Bb kena kerja luar hari ni.. Pergi KL pulak tu,, Huhu,,, Ada student kami accident dekat sana.. 3 orang.. Dengar khabar seorang masuk ICU.. Kesian dia orang.. Selaku staf yang menjaga Hal Ehwal Pelajar, En. Bb kena jadi wakil.. Huhuhu.. Sedih.. Terpaksa la ummi merempat rumah Madam Emak sampai malam.. Tapi takpela.. Ummi pun boleh tolong Madam Emak buat apa yang patut.. Ingat nak buat Kuih Cornflakes Madu kat rumah Madam Emak jap lagi.. Semoga student-student yang accident tu selamat hendaknya.. Ummi juga doakan agar En. Bb selamat pergi dan pulang. Amin.. Di kesempatan ini, ummi menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat tulisan di blog picisan ummi ni menyinggung perasaan kalian.. Yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.. Sayangi nyawa kamu dan insan-insan disekeliling kamu.. Semoga Syawal yang akan tiba ini, memberi seribu rahmat buat kita semua.. Insyallah ummi akan kembali bersiaran pada 27 Ogos 2012.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..


Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Salam, 
Hari ni 13 Mei merupakan hari ibu. Hari ibu disambut pada setiap minggu ke-2 dalam bulan Mei. Macam2 pendapat yang ummi dengar pasal hari ibu ni. Ada yang cakap haram disambut. Ada yang kata boleh. Tapi bagi pendapat ummi, tak kesah nak sambut, asalka niat kita betul. Nak sambut untuk ibu kita sendiri, bukan maksud lain. Kalau nak ikutkan hari-hari, hari ibu kan? Banyak jasa ibu pada kita, so tak slah kalau kita nak set satu tarikh untuk raikan mereka? Ummi tak tau nak buat ape lagi hari ni, tapi yang pasti malam ni nak tido umah Madam Emak. hehe. Tengokla malam nanti plan ngan kakak n adik ummi. Sempena Hari Ibu ni, ummi nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Madam Emak, Puan Junaidah bt Sulong kerana sentiasa ada di sisi ummi selama 26 tahun hidup di muka bumi ini.. Kepada MIL, Puan Kamariah bt Md Sun, terima kasih kerana sudi menerima ummi dalam keluarga kita. Semoga Mak dan Mak mertua ummi sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T. Diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Amin. Ummi sayang mak-mak ummi sangat2... Dan kepada semua ibu, mama, emak, ummi dan mumy seluruh dunia, Selamat Hari Ibu.. :-)


Wednesday, February 8, 2012

Kenduri Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Qusyairi

Salam,
Bersiaran lagi.. Alhamdulillah.. 5 Febuari 2012 lepas bersamaan 12 Rabiulawal 1433H, selesai sudah majlis kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi Qusyairi yang ke 2 tahun.. Ummi syukur sangat-sangat segala niat dan hajat yang ummi dah simpan sekian lama tercapai jugak.. Kenduri doa selamat sempena rumah baru dan birthday qusyairi.. Dah lama rancangnya. Baru ada rezeki nak buat. Alhamdulillah.. Ummi buat kecil-kecilan jek.. Majlis bermula jam 2.30 petang.. Bacaan diketuai oleh rakan sekerja ummi.. Menu pula nasi minyak + ayam masak merah + Dalca + Acar nenas hasil air tangan Madam Emak. Kuih muih hasil sumbangan Madam Mak Mertua, Bihun goreng hasil air tangan ummi... dan macam-macam lagi.. Sempena hari keputeraan Rasulullah S.A.W yang jatuh pada hari tersebut,, kami semua mengambil kesempatan berselawat ke atas Baginda di penghujung majlis.. Hanya 5 keping gambar yang berjaya di ambil sepanjang majlis tersebut.. Ummi sangat tidak sempat disamping tiada kamera.. hehe.. Takpela.. yang penting niat ummi dan En. Bb dah terlaksana.. Alhamdulillah. Semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.. Untuk Ahmad Qusyairi.. Ummi sayang sangat sama kamu.. Semoga kamu jadi anak yang soleh.. Aminn

Thursday, December 29, 2011

En. Hubby dan Naruto Shippuden

Salam,
Bersiaran lagi pagi ni.. Naruto Shippudden... Mesti kalian semua pernah dengar kan? Siapa yang En. Suami nya suka bangat dengan kartun ni? Sila angkat mouse.. Hehe.. Ummi pun tumpang angkat.. Haduii... Sejak kahwin dengan En. Bb ni, ummi baru tau,, dia rupanya adalah seorang peminat tegar Naruto.. Fuhh...

Ni la dia Naruto tu,,
En. Hubby sanggup tidur lambat semata-mata nak tengok kartun kegemaran dia ni tau... Siap download beratus-ratus episod dari internet.. Ummi tak berapa paham sebenarnya kartun ni.. Lagi satu, ummi kurang gemar sebab kartun orang.. Tapi upin ipin tu ummi suka.. haha.. Ummi ingatkan En. Bb sorang yang suka Naruto.. Rupanya abang ipar, adik ipar, bos En. Bb dan ramai lagi kaum-kaum lelaki yang sudah agak-agak berusia yang minat dan masih lagi menonton cerita ni.. Aduss.. Apa la yang best agaknya.. Dia orang kalau dah bercerita pasal Naruto.. Kemain syok.. Macam kita orang perempuan kalau cerita pasal Novel Ombak Rindu la kan.. hehe... Takpelah dia minat Naruto pun.. Kang dia dah minat benda lain, haruslah ummi risau.. hehe..

Ni la kek hari jadi untuk En. Bb masa 25 April 2011.. Dia sayang nak makan sebab ada Naruto.. hehe
Gambar kredit dekat Kak Su.. Kalau nak order cup cakes, bolehlah order dengan dia.. Sedap sangat...

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman.... 

Ummi ingat lagi masa darjah 6 ummi ada masuk pertandingan nasyid kat sekolah ummi, kumpulan kami nyanyi lagu ni.. sebab lagu ni lagu wajib. Tapi kalah la pulak. hehe.. Anyway, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H. Apa aktiviti kawan-kawan hari ni? Ummi tak pasti lagi.. Kena tunggu 'green light' dulu. hehe

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharram

Salam,
Esok semua umat Islam akan menyambut tahun baru 1433 H dalam kalendar Islam. Alhamdulilllah. Ummi berdoa semoga tahun baru ni dapat memberi keberkatan dalam kehidupan ummi sekeluarga. Ummi juga doakan rakan-rakan ummi agar dikurniakan kebaikan dalam tahun baru ni. Aminn.. Kat sini ummi nak share doa yang kita perlu baca untuk menyambut ketibaan tahun baru dalam kehidupan kita ni.

DOA AKHIR TAHUN



Doa Akhir Tahun ni dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
DOA AWAL TAHUN 
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

Wednesday, September 28, 2011

30 Syawal 1432H

Salam,,
Kejap jek kan dah 30 Syawal.. Masa pose ari tu rase macam lame jek kan? hehe.. Raya korang camne tahun ni? masih ade lagi ke open house ari ni? ummi last g open house eh,,,, open office ari Isnin ari tu.. raya tahun ni pn ummi satu family tak g berjalan sangat... Boleh dikatakan sume jemputan open house kami tak dapat hadir sebab ade kekangan.. minggu pertama jek kteorang berjalan tu pn kat kampung En. Hubby n kampung ummi.. minggu ke-2 dok sibuk wat kuih apam.. Pastu minggu ke - 3 g cuti-cuti malaysia.. minggu ke - 4 baru dapat g umah kengkawan.. tapi tu pun 3 buah umah jek.. hehhe... jadilah kan.. niat nak ziarah..  hari ni pn masih dengar lagu raye kat radio.. esok dah takde kan? Pasni insan-insan yang terpilih menjadi tetamu Allah kat Tanah Suci dah sibuk berangkat pergi.. bler dah hujung-hujung tahun ni, baru terasa cepat btol masa berlalu.. Tahun ni ummi rase raya kiteorang semakin meriah,, Yekla En. Q dah besar.. terkedek2 jalan pakai baju Melayu.. Tahun lepas die tak pandai jalan lagi.. Insyallah tahun depan dah pandai cakap pulak.. hehe.. Apepun cite raya setiap orang berbeza... Ade yang gembira.. Ada yang sebaliknya... Ummi doakan kawan-kawan yang baca blog ummi ni sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan dan Syawal 1433H pulak.. Insyallah...

Jumpa lagi raya tahun depan..



p/s: cite g cuti-cuti malaysia ummi pending dlu yek..

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia

Salam,

Saya sayang Malaysia sebab saya rakyat Malaysia. ~peace~
Ummi nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia yang baca ummi punye blog ni..
Yekla kalau tak bace camne ummi nak ucapkan.. hehe..
Esok orang-orang gomen satu Malaya sume cuti... termasuk la ummi berlaki bini.. haha..
Petang ni kiteorang nak gerak ke destinasi percutian untuk menyahut seruan kerajaan supaya bercuti dalam Malaysia.. sebenarnya bajet tak cukup.. Okeh, doakan perjalanan kami selamat dan lancar sumenye yek..
Selamat bercuti jugak untuk yang bercuti..