Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

Qusyairi Belajar Mengira

Salam...
Huhu,,, hari ni, ummi seorang-seorang jek kerja kat office.. Staf yang lain semua bercuti.. Bos pulak ada kerja luar pejabat.. Tinggallah daku.. kerja seorang diri.. Jadi office girl, jadi clerk, jadi operator, pegawai khidmat pelanggan, semua ummi.. hhehe.. mujur staf unit lain pun ramai yang sambung cuti hari ini, jadi takdelah kronik sangat beban kerja ummi hari ni,, Actually, ummi nak cerita pasal En. Q ummi tu yang dah mula mengira sekarang ni.. Alhamdulillah dalam usia 2 tahun 2 bulan Qusyairi dah boleh mengira 1 - 10... Kena praktis sikit jek lagi.. Supaya dia boleh ingat dengan betul.. Kadang-kadang dia ni ngada-ngada sket.. Tapi ummi mestilah harus pandai pujuk. Ummi selalu suruh dia mengira 1 - 0 kalau dia nak sesuatu dari ummi.. Nanti dia kira la.. Terutamanya time nak b/f mesti dia kira punye.. Macam dalam video ni..

 

Masa ni dia nak b/f.. tu yang macam malas-malas sket di penghujungnya.. Kadang-kadang ummi saja kenakan dia.suruh kira banyak kali.. haha.. Lepas ni, target ummi ABC pulak... Setakat ni dia dah tahu mula A akhirnya Z.. yang tengah2 ada dia dapat baca, ada yang tah apa-apa.. ehhehe... Qusyairi, ummi sayang syairi tau.. Bila besar nanti jadi anak yang soleh yek.. ILYSM..

Saturday, April 28, 2012

Hasil Kreativiti Qusyairi

Salam,
Hari ni bersiaran dari Segamat.. Umah MIL.. Semalam balik kerja terus lincah balik kampung.. Mayb sampai hari Selasa.. Hehe.. Ummi belek-belek gambar dalam telefon genggam ummi, tiba-tiba ada gambar ni.. Entah bila En. Bb ambil pun ummi tak perasan, tapi yang pasti ummi dah tau tangan siapa yang buat mural (betul ke eja camni?) kat dinding rumah ummi..Huhu

Ni lah mural tu..
Inilah pelukisnya
Muka sedih kne marah ngn ayah.
Buat-buat makan tali lak..
Buat muka selamba.
Kannn.. dah agak dah.. mesti budak tecik ni yang lukis.. ntah bila buat projek pun ummi tak perasan,, First time dia menconteng bagai kat dinding.. selalu dia main lukis-lukis kat buku atau kertas dia.. Kesian dekat En. Bb.. Beliaulah yang terpaksa mengecat semula dinding rumah ni.. Tapi sekarang ni, alhamdulillah.. budak tecik tu tak buat projek macam ni.. Tak tau lah En. Bb jampi apa kat dia masa ni,,, hehehhe

Friday, April 27, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam, 
Semalam kan ummi ada cakap pasal projek rahsia kat sini.. Sanggup ummi cuti untuk merealisasikan projek tersebet yang pertama kali ummi buat.. Inilah hasilnya..


Sebulan lebih ummi cari resepi paling mudah nak buat chocolate moist cake.. akhirnya jumpa yang ini.. Senang banget nak bikin.. Yang penting tak pakai telur. Dan yang bestnya tak payah guna pakai mixer or blender pun.. Just kacau pkai whisk jek.. Rasapun sedap.. Besday boy cakap best cuma kurang manis sket.. Tapi bila dah makan dengan topping ok jek. Untuk percubaan kali pertama bagi suri rumah amatur macam ummi ni, kira boleh dibanggakan..ayat puji diri sendiri,, heheh Untuk topping pun ummi cari yang paling mudah.. Sebab semua pertama kali, tu yang herot berot jek rupa kek tersebut.. Deco pun tak seberapa.. hehe Apapun ummi puas hati untuk percubaan pertama ummi ni.. Next time boleh buat lagi,. 
Jom tengok resepi yang ummi ambil dari sini.
 Selamat Mencuba..

Bahan : loyang 6-7 inci

    * 1 cawan tepung gandum
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    * 1/2 cawan serbuk koko - ummi guna Van Houlten     * 2 sudu besar susu tepung
    * 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
    * 1 cawan gula perang
    * 1 sudu kecil esen vanilla
    * 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ummi guna chocolate
    * secubit garam
    * 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ummi guna minyak jagung     * 1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ummi guna jus lemon

Cara membuatnya :

   1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
   2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
   3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
   4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco @ chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
   5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
   6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
   7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. 

TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair - ummi guna minyak jagung 1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebih kurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.

Thursday, April 26, 2012

Selamat Ulangtahun Chenta (^_^)

Salam,
Semalam 25 April 2012 merupakan Hari Jadi En.Bb yang Ke-29.. Tapi semalam ummi tak keje..
Ada projek rahsia.. hehhe.. tapi dah last-last minit kantoi,, hahha... 

En. Bb malu nak potong sensorang..
 Kepada En. Bb ummi doakan supaya Bb sentiasa diberi kesihatan yang baik, panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T dan sentiasa menjadi seorang anak, suami, ayah dan sahabat yang baik untuk semua orang di sekeliling Bb,, Insyallah..



p/s: Shanntekk tak kek tu? ummi buat sendiri tau.. heheh

Tuesday, April 24, 2012

3rd Anniversary.. Alhamdulillah..

Selagi bisa kita melangkah,
Selagi bisa udara kita hirup,
Selagi itulah aku akan bersamamu,
Selagi itulah cinta ku utuh buatmu,
Walau jauh mana kita terpisah,
Walau banyak mana dugaan melanda,
Walau berat mana beban menimpa,
Aku akan masih setia denganmu,
Aku akan teguh berdiri di sampingmu,
Aku akan tetap yakin akan dirimu,
Andai  hidup tidak selalu bahagia,
Berjalanlah dengan harapan,
Andai hati tidak lagi mampu bertahan,
Ukirkanlah sebuah senyuman,
Andai diri sakit terluka,
Belajarlah untuk lebih memaafkan,
Andai tiada siapa yang mahu menyayangi,
Jangan lupa diriku masih ada…

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke – 3 Sayang..

24/04/2009

Monday, April 16, 2012

BE Pertama di Tahun 2012

Salam,
Hari Isnin tiba lagi.. Kemain ummi sekarang, hapdet blog seminggu sekali.. hehe... Minta ampun yek.. Sibuk sikit la,,, Kadang-kadang malas.. adoii,, Ummi rasa dah lama tak bukak akaun Nuffnang.. Yekla,, buat apa nak tengok hari-hari kan,, bukan income ribu-ribu pon,,, haha,, Pagi ni tergerak la nak tengok.. Sekali perasan ada BE.. Yang pertama dalam tahun 2012.. hehe.. Kesian kan,,, orang lain dah lama dapat.. blog ummi bulan April baru dapat.. Apa tak nya.. hapdet pun jarang-jarang.. Ada hati nak dapat BE kan.. Apapun syukur alhamdulillah.. Terima Kasih Nuffnang (^_^)

Tuesday, April 10, 2012

Tuesday Blues... Lalalala

Salam,
Lama yang amat tak hapdet blog.. Hari ni baru naik kerja.. Semalam cuti.. Ni pun amik sedikit masa nak hapdet,, Serius ummi busy.. Sendiri cuai..Sebab tak ingat hari ini banyak kena attend mesyuarat.. Huhu..
Baru nak berTuesday Blues ari ni... Hehe.. Ok. Nak g sambung kerja semula... Pukul 11.00 ada mesyuarat. Petang pun ada.. huwwaa..  Semoga hari ini semua kerja ummi selesai.. Barulah rasa seronok nak bercuti esok.. Daa..

Huhu.. Tapi meja ummi tak sampai tahap kritikal camni..