Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 7, 2011

Perkongsian Jumaat #2

Salam Jumaat,
Hari ni ummi nak share lagi pasal surah-surah dalam Al-Quran iaitu Surah Insyirah Surah ni ada 8 ayat. Sekarangkan tengah musim exam. PMR, SPM. budak-budak U pun tengah final exam sekarang. Surah ni sangat sesuai diamalkan oleh ibu bapa yang anak-anak mereka sedang menduduki exam supaya anak-anak mereka tenang ketika menjawab soalan.

Ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan, ibu bapa di rumah boleh melakukan amalan-amalan seperti berikut:

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.



Ok. Selamat mencuba. Ummi doakan anak-anak yang sedang menghadapi apa jua peperiksaan akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin..




p/s: Agak-agak masa En. Q nanti ada lagi ke PMR n SPM yek...?

Wednesday, October 5, 2011

Wanita Itu Istimewa

Salam dan Selamat Pagi.. Artikel ni ummi jumpa kat FB.. Ummi share sket yek kat sini..


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Orang selalu cakap pompuan ni lemah la.. ngada-ngada la kalau menangis.. tapi bagi ummi,, dengan menangis seluruh rasa yang menghimpit dada dapat dilepaskan.. dan pada ummi jugak dengan menangis dapat release tension.. tak kesah la orang nak cakap ape kan.. yang penting hati kita lapang bler dah lepaskan sume.. lagipun kte menangis bukan pkai mata orang lain kan..? yang penat mata kita.. hidung kte.. lagi satu.. menangis pun bukan pakai duit pun... So, wanita-wanita kat luar sana,,, menangislah selagi kamu mampu.. Allah berikan air mata yang banyak untuk kita seiring dengan ketabahan yang luar biasa yang ada pada kita,, 

Tuesday, October 4, 2011

Hujan

Salam..
Pagi ni ummi bangun tidur dan pergi keje dalam suasana yang amat nyaman.. Hujan turun mencurah-curah kat JB ni dari awal pagi.. dalam kul 4 lebih camtu.. sangat sejuk.. En. Q pun tak bangun lagi masa ummi dengan En. Bb pergi kerja,, Bestnya kalau hari ni tak payah kerja.. Duduk melepak-lepak kat rumah dengan En. Q.. ohh.. indahnya.. tapi apakan daya.. kerja tetap kerja.. walaupun hujan masih lebat masa ummi naik kereta tapi alhamdulillah,, perjalanan tetap lancar tanpa sebarang kesesakan.. Sekarang ni pun hujan masih turun mencurah-curah.. Alhamdulillah.. Semalam bos baru ummi tak jadi lapor diri.. Mayb tengah bulan.. Maka, kedebaran yang masih bersisa ni,, Ummi carry forward bawak ke tengah bulan la yek.. hehe. Hujan-hujan camni kalau dapat makan roti cecah sup rusuk mesti nikmatkan..? Adoii... perut dah bunyik2 ni.. nak minta isi.. Sempena hujan ni, jom layan lirik lagu Hujan nyanyian Sudirman..


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Monday, October 3, 2011

Berdebar-debar...



Salam,,
Permulaan kerja dalam bulan Oktober.. Hmm.. hari ni jugak maybe bos baru ummi akan lapor diri.. kalau tak hari ni mayb tengah bulan.. tapi bos lama ummi cakap ari ni.. adoyyai.. nebes aii.. bos lama ummi diarahkan pindah ke tempat lain... dan die pun memang nak pindah sebab keluarga die ade kat sane.. So, ummi dapat la bos baru.. dari ari Jumaat ari tu rase berdebar-debar.. orangnye lelaki.. Ade pangkat kat pangkal nama pulak tu.. huhu.. yekla.. ummi dah biase ngn bos lame yang sporting.. tak sombong ngn staff.. tak lokek.. dan yang paling penting,, tak kesah anak buah nk ke mane2 asalkan keje beres.. hehe.. bile dapat bos baru.. of course la aii risau.. lain bos lain kepimpinannya.. buatnye yang baru ni garang n straight to the point jek.. adoii kne kejutan budaya la kami kat sini nanti.. huhu... Ummi harap2 bos baru ummi ni lagi baik dari bos lame.. hehe... bukan bos lame tak baik.. So, sepanjang ari ni sampai tengahari nnti kedebaran itu akan ade.. klau lepas lunch bos tak lapor diri lagi.. maksudnya tengah bulan nnti kite sambung debar balik.. hehhe..