Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

Tiramisu

Salam,
Aduii.. Malasnya nak kerja ari ni.. Yekla.. Cuti dah lama. Dari hari Jumaat.. huhu.. Qusyairi demam dari ari khamis.. Tu yang Ummi cuti.. Alhamdulillah.. dah beransur sihat.. sebelum ni takmo makan.. Hari ni Madam Emak cakap dia nak makan dah.. Okies, Actually ummi buat projek ni Hari Rabu lepas.. huhu.. lupa pulak nak story kat sini.. Terliur dengan hasil air tangan MamaRifqy ni.. Owh.. beliau berjaya membuat ummi tergoda untuk mencuba resepi tersebut.. Sodap pun sodap.. En. Hubby pun suka.. Pasni nak buat lagi... Tapi ada musykil sikit la.. Sebab tengok yang MamaRifqy punya bila potong macam keras.. Nape ummi punya sememeh aje.. hehe..



Walau sememeh manapun.. Rasa tetap menjadi okies.. Bukan Ummi cakap.. Officemates n En. Bb yang cakap.. hehe.. Sodapp.. Rasa macam tak cukup tau.. Try la buat.. Mesti jadi punyer.. Ni resepi yang ummi guna.. 

Bahan-bahan
1 peket biskut cream crackers jenama Hup Seng (Ummi tak pakai biskut lady finger)
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
2 bungkus serbuk NESLO 3 in 1 (Nak pakai milo ke, nescafe ke pun bole)
Serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
  1. Bancuh serbuk NESLO dengan satu cawan air panas....ketepikan dulu
  2. Pukul gula+cheese+whipping cream sampai kembang 
  3. Celup biskut ke dalam air tadi & susun dalam bekas
  4. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  5. Tabur serbuk koko pastu ulang step 3 & 4
  6. Tutup dengan aluminium foil dan sejukkn dalam fridge semalaman
  7. Hiaskan dengan serbuk koko bila hendak dihidangkan

2 comments:

  1. maybe texture beskut tu lembik sgt masa rendam or tekure creamcheese tu cair sgt...
    klu boleh suhu peti sejuk kena tinggi sikit la.
    letk bwh bahagian ice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kalau buat, memang letak kt tempat ice dulu.. bila keluarkan rasa macam aiskrim pulak.. hehe

      Delete