Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 29, 2011

Spaghetti Bolognese

Salam,
Semalamkan masih cuti lagi..
So, ummi decide la nak wat Spaghetti.. Ummi memang suka makan spaghetti.. Tapi En. Bb tak gemar sangat..
Actually dah lama teringin nak makan spaghetti buatan sendiri. Buat sendiri lagi puas makan. Boleh tambah banyak kali. hehe.. En. Bb pun cakap sedap. Siap tambah lagi. hehe.. En. Q jek takmo makan. Die rasa pelik agaknya. hehe.. Ummi dapat resepi ni daripada kawan baik ummi. Resepinya mudah jek. Ummi share kat sini yek. Tak rugi ummi cuba.. Nyum.. Nyumm..

Gambar Bergoyang.. Hehe..
 UNTUK KUAH
  • 300 gram daging - dicincang 
  • 1/2 biji bawang besar * 
  • 3 ulas bawang putih * 
  • 1 biji cili merah * 
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 3 sudu besar tomato puree 
  • Air 
  • Garam 
  • Gula 
Nota: Bahan-bahan bertanda * dicincang halus.

UNTUK SPAGHETTI
  • Segenggam Spaghetti 
  • Air 
  • 1 sudu minyak masak 
CARA-CARA 
1. Rebus daging sehingga empuk
2. Tumis bahan-bahan bertanda *
3. Selepas naik bau, masukkan serbuk cili dan tomato puree. Kacau.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya. Jika masih pekat, tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Kacau sehingga semua sebati dan mendidih. Siap.
7. Panaskan air dan masukkan minyak masak.
8. Tunggu hingga mendidih baru masuk spaghetti.
9. Toskan dan lalukan spaghetti di bawah air sejuk supaya tidak melekat.
10. Sedia dihidang.

So, Selamat Mencuba.. (^_^)

3 comments:

  1. hehe...tp ak uat mcm ade kureng sket r...mb ak kene kawen dulu wehhh br ade rase..hahaha

    ReplyDelete