Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Hari Pertama Qusyairi Berorientasi

Salam,
Selamat Pagi Rabu dan selamat kembali bertugas kepada yang bekerja.. hehe
Pagi tadi, ummi dah selamat hantar buah hati ummi, Ahmad Qusyairi dekat Playschool CIC .
Huhu.. Terharu, sedih, risau semua bercampur baur dalam hati.. 
Qusyairi akan berorientasi selama 3 hari bermula hari ini hingga hari Jumaat..
Dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.. 4 jam sahaja..
Lepas tu beliau akan mula bersekolah sebenar pada 2hb Januari 2013..
Pagi tadi beliau selamba sahaja.. Bangun pagi.. Mandi.. Semua berjalan dengan lancar..
Tiba di kawasan sekolah, pergi sarapan dulu.. Makan ayam goreng, telur goreng dan bihun goreng beserta secawan milo suam.. Ummi bekalkan juga sepeket biskut dan air masak..
Semalam dah kemas beg dan alat tulis.. Semuanya bertulis nama.. 
Baju, pampers dan tuala juga ummi bekalkan.. 
Apabila sampai di sekolah, beliau selamba beri salam dan terus masuk..
Ummi suruh salam Teacher-teacher, dia ikutkan..
Lepas tu,, huhuhuu... bab ni yang sedih.. Huwwwaaa..
Beliau dengan selambanya terus jalan menyertai rakan-rakan baru yang belum dikenali itu,,,
Meninggalkan ummi dan En. Bb tersipu-sipu di depan pintu,.. Huwwaa,,
Setelah dua tiga kali dipanggil baru beliau berpatah balik untuk bersalam dengan ummi dan En. Bb..
Itu pun dengan mata memandang ke arah rakan-rakan dan segala macam benda dalam sekolah tu..
Huwaaaa... anak ummi dah besar.. Baik sangat dia..
Ummi dah standby nak cuti hari ini kalau- kalau dia menangis atau apa-apa..
Tapi ummi lega, dapat tinggalkan dia dengan sedikit rasa tenang di hati..
Tak sabar menanti jarum jam menginjak ke nombor 12.30 tengahari.. =)
Ya, Allah.. Peliharalah anakku Ahmad Qusyairi walau di mana jua dia berada..
Walau apa jua yang dilakukannya.. Lindungilah dia dari segala mala petaka dan gangguan syaitan..
Aminn..


No comments:

Post a Comment