Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 24, 2012

Deko-Deko Bersama Qusyairi

Salam,,
Ohhh.. mood bercuti.. pejabat ummi hari ni sunyi.. Ramai yang ambil peluang sambung cuti.. 
Ummi tetap berkhidmat untuk anak bangsa.. hehe.. Yang sebenarnya cuti tahun ku sudah habis.. T_T
Semalam pagi ummi sekeluarga lepaking di rumah sahaja.. Sebelah petang baru keluar merayap,,
So, pagi semalam gigihlah kami bersuami isteri kemas bilik anak bujang sorang ni.. Dah dekat setahun duduk rumah ni, baru semalam baru dapat fully kemas bilik dia.. Memikirkan lusa dia dah nak hantar dia ke minggu orientasi.. Iye.. budak masuk Playschool sekarang ni pun ada minggu orientasi.. huhu.. Ummi berdebar.. Ummi risau.. Ummi sedih.. Tapi hari ni takmo cerita pasal perkara tu dulu,, Ummi nak share bilik pertama anak ummi.. Ahmad Qusyairi..

Dari arah pintu
Almari baju tu beli dekat Tesco harga RM69.90
Kereta kecil ada muka "smile", hadiah dari atuk n nenek.. Buzz Lite Year En. Bb punya.. hehe
Wall Sticker pun beli dekat Tesco, sepeket RM 8.90.
Kawan-kawan Qusyairi dah bertenggek sesama sendiri.. Softball beli dekat IKEA, RM12.90.
Kereta Hitam, hadiah daripada Ayah dan Ummi.
Sudut Mengenal Abjad
Dart ni beli dekat DAISO, RM5.00.. Muncung dart tu magnet aje...
 Bila dilihat-lihat semula.. Wallahh.. kemain banyak mainan budak tecik tenonet ni..
Tapi sebenarnya bilik ni tak complete lagi.. Kami tengah plan nak beli rak buku..
Sebenarnya buku-buku dia sekarang ada duduk dalam box-box bawah tingkap tu..
Belum keluarkan lagi.. Ni dia dah nak sekolah, mesti kena beli cepat-cepat..
Ok, sekian Deko-Deko Bersama Qusyairi Minggu Ini,, Ecehhh... Hehe..

Peace Yoooo.. Saya nak pegi sekolah hari Rabu ni..


No comments:

Post a Comment