Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 13, 2012

Mood Raya Sudah Datang...

Salam,
Wahhhh.. Kurang seminggu lagi nak raya.. Cepat sungguh Ramadhan berlalu.. Pagi-pagi tadi nak pergi kerja dah dengar lagu DJ Dave kat radio.. Makin semangat.. hehe.. Pastu sampai pejabat member sebelah bilik pulak pasang lagu raya lagi.. Suka.. Suka.. Tapi ada beberapa perkara kena selesaikan sebelum hari Jumaat ni.. Nak listkanlah.. Semoga tak lupa.. Hehe.. Macam banyak lagi jek tak buat.. Kemas rumah tak selesai lagi... Biskut raya tak pegi beli lagi..Tahun ni kali pertama yang kami tak tempah kuih raya macam tahun-tahun lepas.. Buat pun tak jugak.. Tunjuk jek la nanti.. hehe. Persiapan untuk En. Qusyairi dah selesai.. Tinggal nak cari capal untuk En. Bb.. Si Tecik tu dah pandai nak beraya.. Lagu raya pun dah kenal... hehe.. Ummi punya? Nak cari tudung dan baju kurung lagi barang sehelai.. hehe.. Kalau sempat.. kalau tak lepas raya pun boleh.. Tahun ni turn beraya di sebelah ummi. Raya kedua baru pulang ke Segamat.. Hoyehh...
Lagu Raya pilihan ummi untuk tahun ini ialah Air Mata Syawal dendangan Dato' Siti Nurhaliza...

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Orang suka dengar lagu rancak.. Ummi dengar lagu sedih pulak kan.. hehe.. Tak sedih pun tapi suka dengar lagu ni.. Hehe.. Tahun lepas suka dengar lagu Khairil Johari Johar
Tahun ni tukar pulak.. hehe..

No comments:

Post a Comment