Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Aku banyak terkesan dengan cerita kat atas ni. Aku memang seorang yang agak mudah menangis. Kalau marah sangat aku menangis. Kadang bila time happy sangat pun aku mudah menangis.Apatah lagi kalau aku sedang bersedih. Tengok cite hindustan pon kadang2 leh meleleh.. hehe.. Orang jawa cakap Kememe o cengeng.. sket2 nangis.. huhu.. Tapi pada aku, bile aku menangis, aku boleh lupekan masalah aku. Lupekan kesakitan aku. Kesedihan aku. Kepedihan aku. Aku bukan seorang yang gemar berkongsi perasaan aku. Nak cerita dengan mudah ape yg aku rase. Tak pernah minta orang faham isi hati aku. Selalunya aku bercerita kat En. Hubby.. tapi kadang2 ade jugak yang aku pendam sendiri.. Kalau aku sedih o marah,, aku takkan banyak bercakap. Aku cume perlukan mase untuk diri aku sendiri. Aku mahu nangis sepuas2 hati.. Selalunye bler aku lepas menangis, aku akan lupe semua... Lupe semua kesakitan, kelukaan aku.. Aku rse lega.. Aku akan mudah lupa semua perbuatan yang menyakitkan aku. Aku akan kembali gembira,, Dan aku dengan mudah akan maafkan perbuatan orang yang wat aku sedih.. Tapi kadang2 tak semua orang suke lihat o dengar orang perempuan menangis.. menyampah, tak suke.. Bagi mereka menangis hanya menampakkan kite lemah, mengada2 dan untuk menyelamatkan keadaan.. Setakat ni, aku tak pernah menangis sebab suke2.. Aku menangis sebab aku nak luah segala yang terbuku kat dada.. Bukan semua orang boleh dengar cerita orang lain.. So, daripada aku cerita kat orang, baik aku menangis,, Biarla ape orang nak kata, bila menangis ibarat sebiji batu besar yang menghempap dada aku hilang camtu jek.. Ibarat angin lalu.. Biarlah aku menangis kalau dengan menangis itu boleh wat aku gembira.....
No comments:
Post a Comment