Monday, November 22, 2010
Raya Korban dan Aqiqah...
Salam Aidiladha,
Maybe dah lambat tapi takpekan.. huhu.. Tahun ni sambutan Aidiladha kami satu family ala kadar jek.. Kiteorang raye kat Segamat umah MIL.. Tahun ni jugak aku n Encik Bb sepakat nak wat aqiqah untuk Syairi.. Alhamdulillah semua terlaksana dengan lancar.. Sampai jugak hajat n niat kami..Hari Khamis pulak, ade Majlis Korban kat ofis aku. 3 ekor lembu berjaya dikorbankan. Alhamdulillah. Semua staf yang tak cuti same2 gotong royong. Aku nk share sket info tentang aqiqah n korban ni.
- Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila telah naik matahari dengan kadar selesai dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang ringan iaitu 10, 11, 12 dan 30 Zulhijjah.
- Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban dan akikah adalah terdiri daripada al-Ana'am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Binatang lain seperti rusa, seladang dan seumpamanya tidak boleh dikategorikan dalam golongan al-Ana'am sekalipun ia jinak.
- Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta atau lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi.
Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
- Tempoh atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah, sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.
- Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.
- Perbezaan antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana Rasulullah s.a.w meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian. Selain itu juga diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging akikah.
Sumber: Utusan Malaysia
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama JAKIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment