Salam,
Bersiaran lagi.. Alhamdulillah.. 5 Febuari 2012 lepas bersamaan 12 Rabiulawal 1433H, selesai sudah majlis kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi Qusyairi yang ke 2 tahun.. Ummi syukur sangat-sangat segala niat dan hajat yang ummi dah simpan sekian lama tercapai jugak.. Kenduri doa selamat sempena rumah baru dan birthday qusyairi.. Dah lama rancangnya. Baru ada rezeki nak buat. Alhamdulillah.. Ummi buat kecil-kecilan jek.. Majlis bermula jam 2.30 petang.. Bacaan diketuai oleh rakan sekerja ummi.. Menu pula nasi minyak + ayam masak merah + Dalca + Acar nenas hasil air tangan Madam Emak. Kuih muih hasil sumbangan Madam Mak Mertua, Bihun goreng hasil air tangan ummi... dan macam-macam lagi.. Sempena hari keputeraan Rasulullah S.A.W yang jatuh pada hari tersebut,, kami semua mengambil kesempatan berselawat ke atas Baginda di penghujung majlis.. Hanya 5 keping gambar yang berjaya di ambil sepanjang majlis tersebut.. Ummi sangat tidak sempat disamping tiada kamera.. hehe.. Takpela.. yang penting niat ummi dan En. Bb dah terlaksana.. Alhamdulillah. Semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.. Untuk Ahmad Qusyairi.. Ummi sayang sangat sama kamu.. Semoga kamu jadi anak yang soleh.. Aminn
Happy birthday...wish tahun ni nak adik lagi. hehehe...
ReplyDeleteTq uncle..
ReplyDelete