Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, February 1, 2013

Steamed Chocolate Moist Cake




Salam, 
Bersiaran di hari Jumaat yang penuh barakah..
Hari ini di pejabat ummi ada buat Sambutan Maulidurrasul..
Sambung cerita tentang birthday Qusyairi..
Tahun ni ummi decide nak buat sendiri kek hari jadi beliau..
Memang dalam kepala dan set nak buat Kek Coklat Kukus,,
So, sebulan sebelum kejadian ummi dah cari-cari resepi paling mudah dalam internet..
Dan akhirnya, jumpa di Blog Kak Shahriah MasterChef..
Terliur ummi tengok kek tu dalam blog beliau.. 
Kemain koo.. nak buat ikut Chef popular katanyer..
Ummi tengok bahan mudah, dan cara buat pun mudah..
Pada pendapat ummi jek lah kan..
Tak percaya jom skodeng resepi.
          
STEAMED CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :
(Diayak bersama)

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ummi guna Van Hauten
1 sudu kecil garam halus -  ummi takde garam halus pakai jek apa yang ada. hehe

 
BAHAN B :

2 biji telur saiz A
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan gula pasir
5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak jagung

CARA - CARA :

Campurkan Bahan B dan pukul sehingga gula hancur dan sebati.
Masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil. 
Sentiasa di kacau. lebih kurang 3-4 minit.
Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit minyak.
Panaskan pengukus dengan api besar.
Kukus selama 30 minit kemudian kecilkan api.
Kukus lagi 30 minit.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum buat decoration

BAHAN COKLAT GANACHE :
200 g coklat masakkan
100ml susu cair
1 camca teh mentega


CARA - CARA :
 Satukan semua bahan dalam periuk dan masak secara double boiling. Kacau sehingga coklat cair dan warna menjadi kilat dan pekat. Sejukkan dan boleh curah atas kek.


Rasanya pun sedang-sedang elok..
Tak manis sangat,, Cuma ummi tak dapat nak amik gambar rupa sebelah dalam..
Yekla.. takkan ummi nak potong pastu cantum balikkan.. hehe.
Apapun alhamdulillah.. Ahmad Qusyairi pun suka kek ummi tu.
Dia suka ada ultraman atas kek.. 
Ummi pun puas hati dengan hasil air tangan ummi..
Walaupun tak berapa sempurna.. Hehe..    

 

1 comment: