Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 6, 2012

Top 10 Makanan Kegemaran Ahmad Qusyairi

Salam,
30hb Ogos yang lepas ni, genap Ahmad Qusyairi 2 tahun 7 bulan..
Alhamdulillah.. Makin cerdik.. Mulut pun dah makinbising.. Pok Pek. Pok.. Pek..
Kadang-kadang ada aje benda yang dia nak sibukkan.. Hehe..
Ok. Ummi nak cerita selera anak bujang ummi ni..
Makin besar,.. Makin besar jugak seleranya.. Bab makan alhamdulillah.. Time dia lapar bagi lah makan apa sahaja, insyallah memang dia makan.. Tapi kalau tak lapar, janganlah bagi apa-apa kalau dia tak minta.. Memang alamat, mengamuk la beliau.. hehe. Jom, tengok carta 10 makanan kegemaran Qusyairi di usia 2tahun 7 bulan.. =)

 1. Oreo - Biskut ni sekali makan 5 - 6 keping pun boleh habis. Kadang-kadang dia makan semua, kadang-kadang dia makan cream jek. hehe

 
 2. Telur - Paling suka telur goreng hancur campur kicap. Kalau time dia lapar tak kena waktu macam tengah malam, lauk ni la dia habiskan..

3. Ayam goreng - Tak kesah la, kfc ke, mcd ke, buat sendiri ke,,, memang suka.. Lebih lagi bahagian drumstick.. memang bersungguh makan. Yang bagusnya, kulit beliau tak makan.. Ummi yang makan.. hehe
 


4. Air Milo - Memang sangat suka.. Kalau boleh hari-hari mahu.. Tapi ummi terpaksa kurangkan sebab nanti dia susah nak poo poo... huhu

5. Biskut Captain Munch - Tapi Qusyairi panggil biskut boboi.. hehe.. Biskut ni pun suka.. tapi jenis yang macam chipsmore tu jek.. yang lain tak suka..  Kalau tak de biskut oreo, biskut ni jadi penyelamat..


6. Donut - Sarapan pagi Qusyairi senang jek.. bagi jek sebiji donat.. Insyallah dia boleh habiskan.. Kalau jalan-jalan kat Tesco, mesti dia ajak singgah Big Apple.. Tapi ummi tak gemar pulak.. hehe


7. Air Soya - Ni air wajib kena minum hari-hari.. Kalau rasa-rasa tekak dia taknak minum susu tepung, dia minta la air soya.. Doktor pun ada nasihat bagi banyak minum soya, sebab Qusyairi ni susah poo poo.. 


8. Taufufa - Selain air soya, taufufa pun dia suka sekarang ni.. Masa kecil dulu ummi bagi, di keluarkan balik.. Tapi sekarang, kalau beli semangkuk macam gambar kat bawah ni, separuh tu dia punya.. hehe


9. Twisties Hijau - Inilah satu-satunya Junk Food yang dia suka.. Bagilah keropok lain, dia tak makan punya.. Yang ini yang dia kejar kalau pergi Tesco.. Tapi ummi buat kawalan keselamatan la.. Tak selalu dapat makan.. Sebulan adalah dalam 2 - 3 kali jek.. 


10. Calsiyum -  Ummi kenalkan makanan ni sejak dia setahun lebih.. Sekarang ni lagi selalu minta.. Makan sendiri tak mau disuap.. Tapi kalau ada angin dia, beli jek lebih, makannya tak mau.. huhu

Semua gambar sumber daripada Yahoo Image = )



1 comment:

  1. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete