Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 20, 2012

Kek Gula Hangus

Salam,
Ummi rasa sekarang ni, mood baking membaking ummi makin bercambah lah.. kebetulan kat rumah stok-stok nak buat kek ada.. tu yang rajin terlebih nak buat.. Padahal ummi bukan makan sangatpun kek tersebut.. hehe.. Hari Ahad lepas ni, petang-petang lepas masak, tak de buat pape.. En. Q ngn En. Bb pulak tidur.. Ummi kelentang kelentung la sensorang kat dapur.. Cuba buat kek gula hangus.. Seingat ummi, ummi tak pernah buat sebelum ni... Resepi pun ummi dah tak ingat amik kat mana.. huhu... Jom tengok hasilnya..

Taddaa... nama pun kek gula hangus.. maka, atasnya perlu la hangus.. hahah
Haha,,, sila abaikan permukaannya itu.. Orang cakap kek ni ada macam-macam nama, kek sarang semut.. kek sukun.. ummi lupa nak amik gambar dekat-dekat.. tapi Madam Emak ngn En. Bb cakap jadi.. haha.. ok la tu.. rasa tak manis sangat.. Kalau ada yang nak mencuba, boleh lah try resepi ni..


KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 camca besar mentega

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Ini akan mengambil sedikit masa. untuk hasil yang baik, harap bersabar ya.

Apabila semua gula telah bertukar jadi karamel, masukkan air panas (masuk sekali gus, jangan teragak-agak) & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Seterusnya...

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur

Cara-cara:

1. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. 
3.Perap adunan selama 3-4 jam. <------- ummi pun tak pasti apa tujuannya.. hehe
4. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Selamat mencuba... ^_^

2 comments: