Perkongsian Jumaat #11
ROMANTIK GAYA SAIDINA UMAR DAN ISTERINYA - Sumber : Rahsia Perkahwinan
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang
suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak
henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh
pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka
membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula
menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka
bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan
yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka
semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa
dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik
sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina
Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara
Saidina Umar membalas.
Mendapati isteri Saidina Umar pun
begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya
dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi
aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata : “Tidak patut kalau aku tidak sabar
dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh
pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga
anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya
keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Itulah
cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang
begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah
tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya
tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina
Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya.
Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan
keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak
sampai ke tahap menderhaka kepada suami.
NotaUmmi: Seronok baca kisah ni.. Ummi bersyukur En. Bb selalu layan kerenah ummi yang kadang-kadang agak mengada-ngada sikit.. Hehe.. Maaf yek Bang,,
No comments:
Post a Comment