Salam,,
Allah S.W.T kalau nak bagi dugaan dekat kita tak kira bila, dekat mana atau bagaimana..
Semalam petang selepas lunch, dalam pukul 2 lebih, dekat pejabat ummi hujan turun selebat-lebatnya. Disertai dengan angin dan guruh,, Tiba-tiba kawan ummi panggil ummi suruh tengok kereta yang ummi parking betul-betul bawah bangunan kolej..
Ummi yang tak tahu hujung pangkal pergilah tengok dari jauh jek..
Nampaklah ada tingkap dari hostel jatuh betul-betul depan kereta ummi..
Tapi ummi tak perasan apa-apa yang tak kena dekat kereta ummi..
Ummi pergi dekat-dekat.. Huwwaaa..
Baru nampak dengan jelas apa yang terjadi.. huhu..
Lampu dan Cover Lampu depan Pecah, |
Bumper koyak, fender tepi kemek dan lari sedikit.. |
Memang Allah SWT nak duga kami,, Di tengah-tengah bulan di mana gaji lagi 2 minggu..
Di mana bila dapat gaji nanti bonus pun dapat juga.. Insyallah..
Di mana bumper kereta tu baru tukar dan duit terbang bukan sedikit..
Alhamdulillah.. Allah SWT bagi dugaan kecil supaya kami suami isteri beringat..
Perlu muhasabah diri.. Perbaiki mana-mana lompong dalam diri kami..
Atas nasihat rakan-rakan, kami akan cuba dapatkan gantirugi daripada pemilik bangunan pejabat kami.. Sebabnya kami menyewa sahaja di sini..
Insyallah semuanya akan baik-baik sahaja..
Kepada rakan-rakan ummi yang prihatin, terima kasih diucapkan..
Doakan agar kami dapat menempuhi dugaan ini dengan redha.. Aminn..
sabar ye kak...
ReplyDelete