Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

2012 Hampir Ke Penghujung

Salam,
Hujan rahmat sedang turun mencurah-curah dengan lebatnya 
di bumi Johor Bahru pada petang tahun baru..
Alhamdulillah...
Nyaman dan sejuk jek rasa..
Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi..
Cepat sungguh masa berlalu..
Pejam celik.. Pejam celik.. Sudah ke hujung tahun.. 
Meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.
Bagi ummi sekeluarga tiada satu hari pun dalam tahun ini yang pahit..
Syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kehidupan yang bahagia buat ummi sekeluarga..
Semoga tahun 2013 kehidupan kami bertambah baik..
Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
Azam tahun baru ummi?
Ummi ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun ini.
Insyallah ummi akan berusaha lebih ke arah itu..
Oh, ya.. tahun 2013 akan bertambah lagi sejarah dalam hidup kami.
Di mana tahun 2013 kami akan menghantar Sweet Little Qusyairi ke Playschool..
Insyallah semoga semuanya baik-baik sahaja..
Kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog picisan ummi,,
Terima kasih diucapkan..
Semoga kalian juga diberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Tinggal 2012 Yang Manis
Selamat Datang 2013 Yang Menawan

Selamat Bercuti Kepada Yang Bercuti
Johor Tak Ambil Cuti Tahun Baru
Jadi, Selamat Bekerja Untuk Ummi.. Huhu..

Hasil Tabungan 2012 = RM 102.50 =)



No comments:

Post a Comment