Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Harinya Telah Tiba..

Salam..
Lama betul tak update blog ni.. 
Banyak perkara yang melibatkan kerjaya dan keluarga yang perlu diselesaikan..
Alhamdulillah ummi dah dapat biasakan diri,,
Hari ni, cukup seminggu En. Bb tak tinggal sama-sama dengan kami...
Dah selamat pun lapor diri di Shah Alam 18/2/2013 hari tu..
Jumaat yang lepas, ada buat sedikit jamuan perpisahan untuk beliau.. 
Ummi pun turut kepokepoci pergi jamuan tu,,
Nak bagi sokongan, sebab beliau kena berucap dalam majlis tu.. Hehe..

Tengah bagi ucapan..
Dapat hadiah,,, tapi kabur.. maklumlah telefon murah aje..

Antara hadiah yang diterima..

Hadiah dari Ummi & Qusyairi..


Hmmm.. sekejap jek masa berlalu.. 
Semoga masa ini akan terus cepat berlalu 
supaya kami sekeluarga boleh berkumpul bersama-sama kembali,, sob.. sob..
Kepada En. Bb..
Tahniah di atas kejayaan kamu..
Ummi dan En. Q sentiasa menyokong kamu walau apa jua yang kamu lakukan,,
Semoga Allah SWT memelihara dan melindungi kamu walau di mana kamu berada..
Semoga urusan kamu sentiasa dipermudahkan..
Kami menanti untuk sama-sama tinggal bersama kamu kembali,,
Sayang kamu kuat-kuat..

Punch Card terakhir di UiTM Kampus Johor Bahru,,
 



Monday, December 31, 2012

2012 Hampir Ke Penghujung

Salam,
Hujan rahmat sedang turun mencurah-curah dengan lebatnya 
di bumi Johor Bahru pada petang tahun baru..
Alhamdulillah...
Nyaman dan sejuk jek rasa..
Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi..
Cepat sungguh masa berlalu..
Pejam celik.. Pejam celik.. Sudah ke hujung tahun.. 
Meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis.
Bagi ummi sekeluarga tiada satu hari pun dalam tahun ini yang pahit..
Syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kehidupan yang bahagia buat ummi sekeluarga..
Semoga tahun 2013 kehidupan kami bertambah baik..
Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
Azam tahun baru ummi?
Ummi ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun ini.
Insyallah ummi akan berusaha lebih ke arah itu..
Oh, ya.. tahun 2013 akan bertambah lagi sejarah dalam hidup kami.
Di mana tahun 2013 kami akan menghantar Sweet Little Qusyairi ke Playschool..
Insyallah semoga semuanya baik-baik sahaja..
Kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog picisan ummi,,
Terima kasih diucapkan..
Semoga kalian juga diberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Tinggal 2012 Yang Manis
Selamat Datang 2013 Yang Menawan

Selamat Bercuti Kepada Yang Bercuti
Johor Tak Ambil Cuti Tahun Baru
Jadi, Selamat Bekerja Untuk Ummi.. Huhu..

Hasil Tabungan 2012 = RM 102.50 =)



Wednesday, November 14, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part#3 Sabah Tea Garden

Salam,
Baru nak bersambung entry pergi Sabah,, Insyallah lagi 3 - 4 entry habis lah.. Muahahha..
Oklah kan.. Daripada tak update langsung,, Kan ke rugi... Ok.. Destinasi ke - 3 seperti di atas.. Sabah Tea Garden ni terletak di Ranau...  Kira-kira 2 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu... Yang menariknya di sini, teh-teh yang dikeluarkan tak sama langsung dengan di Cameron. Janganlah cari teh strawberi ke, blueberry ke semua tu tiada.. Dekat sini diaorang keluarkan teh herba.. Macam Teh serai, teh halia, teh misai kucing dan sebagainya.. Harga pula tak mahal sangat,, RM7.50 dah boleh dapat 25 uncang teh halia.. Lagi satu, ummi tak pasti betul atau tidak,, Teh perisa yang ada dekat sini takde jual di Semenanjung.. Ummi pun memang tak pernah jumpa,, Teh Sabah biasa tu adalah. Takpe nanti ummi buat kajian betul atau tidak.. Jom layan gambar.. Panjang pula mukadimah tadi.. hehe

Ni Pintu Masuk
Pintu Masuk ke Tea House

Ladang Teh
Jangan expect sama macam dekat Cameron..

Muka baru baik demam



Baik Tuan!!


Kami
My Big Family =)

Antara perisa teh yang dikeluarkan

Cenderahati pun ada di sini.





 Next Destination: "Tagal", Sungai Morolo, Kg. Luanti Baru.

Wednesday, November 7, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part#2 Tip Of Borneo

Salam,
Destinasi ke-2 kami di Sabah adalah Tip Of Borneo.. Kira macam penghujung Negeri Sabah.
Tempat ni terletak dalam daerah Kudat.. agak jauh jugak perjalanan.. Dalam 2 jam lebih macam tu..
Kalau ummi di Johor ni, penghujung negeri dekat Tg. Piai.. Dekat Sabah di panggil Tip Of Borneo.
Pemandangan dekat sana,, Subhanallah cantik sangat,, Ciptaan Allah S.W.T.. Ambil gambar pakai handphone biasa-biasa pun dah cantik apatah lagi kalau pakai kamera mahal..











Next Destination: Sabah Tea Garden

Tuesday, November 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia Sabah Part#1 @ Rumah Terbalik

Salam..
Bertemu lagi kita.. Alhamdulillah.. Walaupun dah lama blog ummi terbiar sepi.. Hari ni tergerak hati nak update... Begitulah hidup sebagai blogger tak berapa tegar.. Bercinta betul kalau nak update blog.. Gambar banyak. Tapi idea takde.. Hari ini ummi nak cerita tentang percutian keluarga ummi ke Sabah pada 12 - 16 Oktober yang lepas.. Dah hampir 2 minggu  cerita ni terperap dalam folder.Kami naik flight jam 9.20pm, 12/10/2012. Sampai dalam pukul 12 lebih.. Esoknya 13/10/2012 pukul 11.00 pagi kami dah gerak ke destinasi pertama iaitu Rumah Terbalik. 
Untuk pengetahuan Rumah Terbalik ni terletak dekat kawasan Telibong, daerah Tamparulli..
Baru dirasmikan 9 Mac 2012.. Best pergi rumah ni.. Dalam rumah semua benda terbalik.. Cuma Aircond sahaja tak terbalik.. Tapi sayang tak boleh ambil gambar dalam kawasan rumah..
Tak perlu tulis banyak-banyak.. Cerita lama.. hehe.. Biar gambar berbicara..

Harga Tiket
Tiket
Tulisan semua terbalik
Add caption

Budak kecik yang sibuk nak ketuk gong jugak
Rumah Terbalik

Kete Plat Johor pun terbalik
Hiargghhh
Ada ampai terbalik kat dinding rumah ni..
Basikal terbalik
Kami lima beradik tapi tak terbalik.. hehe

Cenderahati - Poskad
Cenderahati - Pasu


Cenderahati - Tshirt
Cenderahati - Fridge Magnet.. Harus ummi beli.. hehe

Next Destination: Tip Of Borneo

Monday, September 3, 2012

Gambar Raya Aidilfitri 2012

Salam,
Seperti dijanjikan.. Ummi nak kongsi gambar masa Syawal Pertama yang lalu.. Orang lain dah berkurun kongsi, ummi baru nak upload hari ini.. Teruk betul... hehe.. Bila tengok-tengok balik takde la banyak mana.. haha.. Okey. Jom layan.. 

Madam Emak & Mr. Abah
Adik beradik perempuan Ummi
Family Kecil Ummi Bersama Atuk & Nenek Qusyairi
Dari kiri: MakNgah, MakLong & MakUda
Pak Usu yang kerja di Hari Raya
Ampunkan kami penunggu gua... eh salah.. Ampunkan ummi sayang.. hehe
KAMI =)
 Itu sahaja dari ummi. Sekian.. hehe..