Salam Jumaat..
Semalam tidak bersiaran.. Perlu selesaikan beberapa kerja yang ada due date..
Sekejap sahaja sudah hujung minggu..
Hari ni ummi nak share satu perkongsian yang agak menarik..
Yang ummi jumpa semasa BW di sini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Panduan Supaya Khusyuk Semasa Berdoa
Mata – Cari mana-mana titik atau garisan di tapak tangan dan fokuskan mata anda pada titik tersebut.
Mulut – Membaca doa dan memahami doa yang dibacakan
Tangan – Menadahnya bersungguh-sungguh ikhlas dengan penuh kehambaan.
Otak – Menggambarkan apa yang didoakan.
Telinga – Mendengar apa yang dibacakan.
Hati – Ikhlas dan mengharap serta yakin doa akan dimakbulkan.
"Ya, Allah kuatkan diri ku ketika sedih dan susah.
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan
ketikaku memerlukan kebahagiaan.
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang"
Nota Ummi: Mula untuk menghitung hari menghadapi perpisahan sementara =(
nice sharing..boleh amalkan nanti dgn betul..thanks..:-)
ReplyDeleteWelcome sis..
Delete