Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 6, 2013

Blues Hari Rabu & Triffle Nata De Coco

Salam..
Owhh,, terasa kebiruan di hari Rabu...
Biasanya hari Isnin, ummi hari Rabu,,
Sebabnya ummi baru naik keje hari ini setelah mc 2 hari..
Naik kerja macam-macam perkara perlu selesaikan..
Tapi ummi kena perlahan-lahan cari mood..
Untuk cari mood kita pergi jalan-jalan rumah kengkawan dulu.. Hehe..
Lepas tu ummi nak cerita Triffle pertama yang ummi buat.. 
 Sebenarnya dah lama dah amik resepi dari MamaZN..
Baru berpeluang mencuba,, 
Tapi Triffle ummi ni bukan Triffle buah-buahan..
Ummi tukar dengan Triffle Nata De Coco,,
Sebab nak habiskan stok yang ada ni.,

  
Triffle Nata De Coco

BAHAN-BAHAN:

1 buku kek gulung (Ummi pakai perisa coklat)
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1/2 gelas air
Nata De Coco/Buah-buahan secukupnya
1 kotak jelly jenama NONA (Ummi pakai perisa strawberi)
 
CARA-CARA: 
 
Lapis Pertama
Potong Kek gulung dan susun penuh dalam bekas.
Kalau nak cantik letak dalam bekas yang jernih.

Lapis Kedua Masak susu cair, 1 tin air dan gula sehingga mendidih.. Selepas mendidih masukkan bancuhan tepung kastard.
Kacau lagi sampai agak-agak pekat.
Part yang ni ummi fail sikit sebab tak tau rupa pekat tu macam mana,, hehe Bila dah agak pekat, curahkan dalam bekas yang dah ada kek gulung tadi

Lapis Ketiga
Masak pula Jelly Nona
Ikut arahan dekat belakang kotak tu..
Kalau tak pakai yang Nona, kena ikut juga arahan yang dah ada yek..
Kemudian curahkan atas adunan kastard.

Lapis Keempat Taburkan Nata De Coco/Buah-buahan dan sejukkan dan sedia dimakan.. Nyum,, Nyumm,,

Sedap.. Mula-mula ummi dan En. Bb macam sedikit gerun nak makan,,
Sebab takut tengok warna jelly yang terang benderang tu,,
Bukan takut apa, takut manis sangat,,
Tapi bila dah makan.. Takdela manis sangat,, 
Sedap.. Lepas ni boleh buat lagi..
Pada rakan-rakan yang tak gemar manis, resepi yang ummi ikut ni, memang tak manis sangat,,
Boleh cuba.. Mesti tak rugi..


4 comments:

  1. Menjadik!
    Tahniah! Kalu ada kiwi lagi cantek..
    Kene main dgn warna, baru bleh 'tarik' org nk mkn =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe,, itulah.. mula-mula takot nk buat.. tapi cekalkan hati...

      Delete