Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 12, 2012

Tanpa Bicara #13

Adakah dia bakal Penjaga Gol No. 1 Kebangsaan?
Tidak mustahil.. Insyallah.. Aminn.. =)



Tuesday, December 11, 2012

Dugaan.. =')

Salam,,
Allah S.W.T kalau nak bagi dugaan dekat kita tak kira bila, dekat mana atau bagaimana..
Semalam petang selepas lunch, dalam pukul 2 lebih, dekat pejabat ummi hujan turun selebat-lebatnya. Disertai dengan angin dan guruh,, Tiba-tiba kawan ummi panggil ummi suruh tengok kereta yang ummi parking betul-betul bawah bangunan kolej..
Ummi yang tak tahu hujung pangkal pergilah tengok dari jauh jek..
Nampaklah ada tingkap dari hostel jatuh betul-betul depan kereta ummi..
Tapi ummi tak perasan apa-apa yang tak kena dekat kereta ummi..

Ummi pergi dekat-dekat.. Huwwaaa..
Baru nampak dengan jelas apa yang terjadi.. huhu..

Lampu dan Cover Lampu depan Pecah,
Bumper koyak, fender tepi kemek dan lari sedikit..

Memang Allah SWT nak duga kami,, Di tengah-tengah bulan di mana gaji lagi 2 minggu..
Di mana bila dapat gaji nanti bonus pun dapat juga.. Insyallah..
Di mana bumper kereta tu baru tukar dan duit terbang bukan sedikit..


Alhamdulillah.. Allah SWT bagi dugaan kecil supaya kami suami isteri beringat..
Perlu muhasabah diri.. Perbaiki mana-mana lompong dalam diri kami..
Atas nasihat rakan-rakan, kami akan cuba dapatkan gantirugi daripada pemilik bangunan pejabat kami.. Sebabnya kami menyewa sahaja di sini.. 
Insyallah semuanya akan baik-baik sahaja.. 
Kepada rakan-rakan ummi yang prihatin, terima kasih diucapkan..
Doakan agar kami dapat menempuhi dugaan ini dengan redha.. Aminn..





Monday, December 10, 2012

Pemanggang Ajaib

Salam dan Selamat Hari Isnin..
Adakah hari ni hari Isnin Yang Biru untuk anda? Hehe,,.
Ramai rakan-rakan blog yang ummi tengok dah up pasal cerita Pemanggag Ajaib ni..
Ummi baru nak cerita hari ini.. Padahal belinya dah lama juga..
Dah rasmikan dah pun..Hehe.. Tapi gambar  yang di bawah ni, ummi ambil daripada En. Google..
Tak teringat nak ambil gambar yang ummi punya sebab masa tu kemain excited nak guna.. hehe
Terima kasih kepada tuan puan gambar.. Ummi beli dengan rakan pejabat ummi..
Yang bestnya setiap pembelian disertakan dengan resepi memasak menggunakan pemanggang ni,,
Ummi dah rasmikan ummi punya pemanggang ni dengan masakan ala-ala barat gitu..
Tak pernah buat daging bbq.. Bila dah beli pemanggang ni, haruslah cuba kan..
Dengan gigih sebelum hari perasmian tu, ummi dan En. Bb cari resepi buat daging bbq yang paling simple iaitu beli jek sos bbq jenama Knorr.. Heheh..
Cuma ummi tambah letak halia n bawang putih sikit..
Perap 3 jam dalam peti ais..
 Lepas tu kukus, grill, panggang..
Kukus, grill, panggang,, heheh


Dan inilah hasilnyaa... Tarraaaa...


Menu: Daging Panggang Hangus, Kentang Wedges, Salad & Spaghetti Carbonara

Memandang kami masih tak berapa pandai guna pemanggang tu,
daging yang pada mulanya elok, terhangus pulak sebab terlebih panggang.. Hehe..
Takpelah, baru cubaan pertama.. Lepas ni ada masa lagi kita boleh cuba,,
Ummi ingat nak try buat kuih bakar pulak pakai pemanggang ni..
Kalau jadi, ummi share dekat sini, kalau tak jadi..
Faham-faham jekla yek.. Huwwaaa....

Sunday, December 9, 2012

Kerja di Hari Ahad

Salam Hujung Minggu..
Wahh,, Satu pencapaian yang hebat,, Update entry di hujung minggu,, Hehe..
Actually ummi sedang bekerja sekarang ni,,
Menjadi fasilitator untuk satu program pelajar..
Sekarang ni, budak-budak ni tengah buat aktiviti dalam kumpulan,,


Ummi cilok-cilok masa update satu entry.. Hehe..
En. Bb pun kerja jugak hari ni,,
Sejak pagi tadi., Ummi mula petang..
Tinggallah En. Q di rumah Madam Emak,,
Sebak dia kena tinggal tadi..
Tapi ummi tahu kejap jek tu.. Hehe..

Gambar hasil rembatan di FB adik ummi.. hehe
 Tengok tu.. Kemain... Berjersi Malaysia..
Ambil semangat untuk Perlawanan Malaysia vs Thailand malam ni,,
Tak sabar nak tengok.. Selamanya Sokong Malaysia...
Nak sambung tugas balik.. Sesi perbincangan pulak lepas ni..
Cau Cin Cau.. =)


Saturday, December 8, 2012

Belon Pasar Malam

Salam,
Wahhhh.. kemain rajin ummi menaip entry di pagi hari cuti..
Godek-godek telefon genggam, jumpa gambar ni..
 

Lepas tu teringat pulak hari ini, hari Sabtu,,
Petang ni dekat rumah Madam Emak ada Pasar Malam..
Dulu-dulu rajin pergi dengan kakak atau adik ummi..
Sekarang tinggal kenangan aje., 
Kalau sesekali tido rumah Madam Emak hari Sabtu malam, baru kami singgah..
Nape ummi panggil belon tu belon pasar malam?
Ummi biasa jumpa belon tu dekat Pasar Malam jek..
Beli satu RM1.00.. Murahkan?
Ni beli dekat Pasar Malam Taman Dahlia..
Sebelah taman jek dengan rumah Madam Emak..
Pasar Malam kat sini hari Rabu..
Actually setiap kali pergi, En. Q memang selalu ngecek ummi dan ayah beliau nak beli belon ni..
Hari tu belikan jugak.. Tak sampai hati.. Lagipun bukan mahal sangat,,
Elok lah dia minta yang murah ni, karang dia minta yang mahal-mahal.. Langsung tak beli..
Ummi cakap dengan En. Bb, belikan satu, nanti akan-akan datang entah ada entah tak belon camni..
Sekarangkan belon-belon camni dah kurang.
Yang selalu nampak belon Angry Bird, UpinIpin..
Mahal pulak tu harga...
Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak ribena...
Rasa-rasa macam ummi tak pernah ada pun.. 
Sebab daripada beli belon, baik beli mee goreng RM1..
Kenyang makan.. Betul tak??? Heheh...


Friday, December 7, 2012

Qusyairi & Friends!!!

Salam,
Hari ni rehat lama sikit.. Ada masa update la entry lagi..
Walaweh 2 entry dalam sehari.. Cayalah ummi.. hehe..
Actually gambar ni dah lama.. Tak ingat bila ambil.. Tapi mesti-mesti masa weekend..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah blog picisan ummi ni...
Even jarang update, hari-hari ummi singgah rumah kawan-kawan cuma tak tinggal jejak sahaja.. 

Semua-semua tu kawan Qusyairi..
Dia tutup muka sebab tak nak interframe.. Bagi can dekat kawan-kawan.. hehe
Ada satu jek yang kawan ummi satu ketika dulu,,
Dan ada satu jugak yang memang kami beli untuk beliau,,
Patrick kami beli dekat Melaka,,
Yang kaler hijau mata tiga tu En. Bb bagi ummi masa zaman dolu-dolu.. hehe
 Ummi turunkan dekat Qusyairi..
Yang Spiderman & AngryBird, Madam Emak n Mr. Abah yang beli untuk cucu mereka..
Anak lelaki punya patung, takkan ada lah Teddy Bear or Barbie bagai.. 
Sekarang kawan-kawan Qusyairi dah duduk dalam bilik..
En. Bb dah siap deko bilik anak bujang ni,,,
Tapi takde katil jek lagi,,
Nanti ummi buat entry pasal bilik En. Q pulak yek..
Selamat Berhujung Minggu.. =)           












 






Durian Crepe Vs Duren Duren

Salam,
Woowww.. Lama sudah tak update blog...
Entry pertama di bulan Disember.. Banyak betul entry tertunggak..
Entry ke Sabah pun tak habis cerita.. huhuhu,, 
Sedih betul ummi dengan blog ummi dan diri ummi sendiri.. huhu..
Bulan Disember tahun ni dah macam bulan Durian..
Mana-mana pergi mesti nampak orang jual durian..
Dekat pejabat ummi, hari ni ada pesta durian..
Sseorang kena bayar RM10..
Tapi ummi tak join sebab dah makan banyak dekat umah Madam Emak.. 
Free aje tak payah bayor.. hehe
Lepas tu, banyak betul menu-menu terhasil daripada durian,,
Yang paling menjadi fenomena sekarang Durian Crepe..
Tengok FB ramai yang update pasal DC ni,,
Tengok blog pun macam tu jugak..
Semua orang berlumba-lumba nak makan n ada jugak yang belajar buat,,
Yekk.. ummi jugak tidak terkecuali,,
Tapi rasa-rasanya bukan ummi,,, En. Bb.. haha
Semalam dapat jugak merasa apa itu Durian Crepe..
Kesiankan.. hehe..
Ummi beli dengan kawan ummi..
Kawan ummi pulak beli dengan kawan dia.. paham tak ek.. hehe
1 pack/7pcs = RM10.00
Tu jari En. Bb yek.. hehe
Kesimpulannya, ummi makan segigit sahaja.. hehe
En. Bb makan 4 biji.. selebihnya bagi member pejabat rasa.
 Rasanya not bad... Sedap.. Rasa durian yang sangat ketara..
Ada durian dalam tu,, Dari 5 bintang, En. Bb bagi 4 sahaja.. 
Oklah kan.. Sekurang-kurangnya bila orang tanya dah makan DC ke belum..
Kitaorang pun leh bangga cakap dah makan.. hehe.
Tapi DC ni tak memenuhi cita rasa..
En.Bb cakap Duren Duren lagi sedap..
Nak tau tak apa itu Duren Duren..

Duren Duren yang ada anak panah tu

 Duren Duren ni Donat yang ada inti durian,,
Boleh beli dekat Big Apple..
Inti dia sama jek ngan DC.. Yang bezanya, DC kulit lempeng,,
DD kulit donat,, Untuk DD, En. Bb bagi 5star..
Ha, dah nampakkan dia lebih suka yang mana..
Ummi pulak, dua-dua ummi tak berkenan... Haha