Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 30, 2012

Cerita Syawal 2012 Kami

Salam,
Wahhh.. Hari ni baru nak bersiaran kembali.. Kemain Warm Up bagai,, Sampai 3 hari kooo.. Cettt.. heheh.. Actually tiada mood la.. Gambar pun ada sekeping jek yang ummi ada.. Itu pun ummi ambil kat FB.. Yang banyak dalam Tab.. Tapi Tab En. Bb bawak pergi kursus pulak.. Semalam pagi dia pergi kursus.. Ummi dan En. Q merempat lagi kat umah Madam Emak.. Dah janji nak share cerita raya kan? Ummi buat dalam bentuk catatan ok. Nanti bila gambar dah ada, ummi letak kat entry lain..

1 Syawal
Ummi raya kat JB dulu dengan family ummi.. Lepas Solat Sunat Aidilfitri, apalagi makan-makan la kan.. Lepas kenyang baru lah upacara bermaaf-maafan dan bagi membagi duit raya... Masa ni yang untung tentu-tentu En. Q kita.. hehe.. Lepas sudah semua, baru bergerak pergi rumah Mak Ngah nak melawat Atuk Ummi yang duduk sama-sama Mak Ngah.. Selesai semua kami pergi pulak rumah Makcik dan Tok Saudara Ummi.. Sampai rumah selepas maghrib.. Penat tapi seronok.. 

2 Syawal
Seawal jam 11.00 pagi ummi dah bergerak balik kampung sebelah En. Bb.. Awal ke 11.00 pagi tu? hehe.. Sampai kampung dalam kul 1 lebih macam tu,, Tunggu pulak kedatangan Madam Emak dan kuncu-kuncu beliau yang dah janji nak beraya rumah MIL hari tu.. Tunggu punya tunggu lepas Asar baru sampai.. Ape daaa lambat noo.. hehe. Madam Emak gerak dari rumah MIL dalm 6.30 camtu.. Malam tu, pakcik-pakcik En. Q ajak main mercun.. Oh,, tidak mungkin.. En. Q ni sangat penakut.. Main bunga api pun tak mahu.. Oleh sebab En. Q asyik menangis aje, kami bawak dia pergi beraya rumah Abang Ipar.. Tak jauh pun dari rumah MIL..

3 Syawal
Badan En. Q dah start hangat.. tapi tak panas sangat.. Ummi n En. Bb agak dia terperanjatkan bunyi mercun yang pakcik-pakcik dia main.. Sebab malam semalam dia memang takut betul.. Klinik takde yang bukak.. Nasib baik Kak Ipar ada bekalan ubat demam.. Bagi dulu ubat sebelum kami satu family nak pergi beraya pulak.. Alhamdulillah nampak ok sikit. Cuma dia tak aktif dan selesema sikit.. Pergi beraya dekat Felda Medoi, rumah Tok-tok saudara En. Bb.. Malam tu, kami sambung lagi beraya rumah Adik dan Abang Ipar lagi satu.. 

4 Syawal
En. Q dah mula demam. Panas betul badan dia.. Melepek aje dia.. Hingus meleleh.. Kesian dekat dia.. Tak sampai hati.. Bawak pergi klinik.. Nasib dah ada yang buka.. Terkejut bila doktor cakap suhu 39.6.. Tak pernah dia demam sampai tinggi macam tu.. Apa lagi kena masuk ubat kat b****t la.. Dapat juga ubat tu bawak balik rumah.. Keluar dari klinik dia nampak playground, apalagi ajak singgah.. Dalam tak larat-larat tu ada hati jugak nak main.. Hari ini, tak pergi beraya mana-mana.. Tunggu orang datang aje dekat rumah..

5 Syawal
Demam En. Q dah kurang sikit.. Tinggal batuk dan selesema jek..Bercinta betul nak bagi dia makan ubat.. Silap-silap kami yang boleh demam.. Huhu.. Lepas Zuhur dan makan tenghari, kami gerak balik JB semula,, nak sambung raya dengan Family ummi.. Sampai rumah dekat maghrib sebab sebelum tu singgah Jusco shopping raya sikit.. Tak habis-habis.. hehe =p

6 Syawal
Dalam pukul 10.00 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Pontian.. Hari ni pergi beraya rumah Tok-tok saudara sebelah Mr. Abah.. Sebelum tu singgah rumah kakak saudara ummi.. Sampai-sampai terus dihidang dengan nasi lemak, sambal udang, kari ayam.. Perghh.. Memang terangkat n kenyang.. Bertolak pulang dari Pontian dekat nak Maghrib. Singgah ke Nusajaya sekejap sebab Along ummi nak tengok Legoland. Kami tengok dari dalam kereta jek.. Balik tu singgah rumah Makcik saudara ummi yang buat Open House.. Sebelum balik, Madam Emak ajak makan satay pulak.. Tapi ummi dah tak larat.. Kepala sakit sangat.. Makan satay 2 cucuk jek, pastu ajak En. Bb balik.. huhu

7 Syawal
Lepas sarapan, kami balik ke Home Sweet Home kami.. Balik singgah beli barang dulu.. Sebab petang tu Madam Emak n adik beradik ummi nak datang dan tidur rumah malam tu.. Sampai-sampai rumah hujan lebat.. sejuk.. Petang tu dia orang datang.. Malam ummi masak. Simple-simple jek. Sardin masak kicap, kangkung goreng, Tempe+kentang masak sambal, Telur Dadar, Paru Goreng dan special request dari En. Bb, daging kambing goreng suka hati.. hehe

8 Syawal
Hari ini, dalam kul 12 tengahari kami gerak ke Kota Tinggi.. Beraya rumah Mak cik saudara sebelah Madam Emak.. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.. Sampai sana dalam 2 lebih,, Hujan dah mula lebat.. Makcik Ummi hidangkan kami Laksa Johor dan Laksa Penang.. Sedap.. Kami balik pun hujan masih belum berhenti.. Balik tu kami lalu lebuhraya Desaru-Senai sebab Madam Emak belum pernah lalu situ.. Balik sampai rumah dekat pukul 6 lebih. Madam Emak terus balik JB. Tinggal kami bertiga.. Esok dah kerja..

Ha, cukup seminggu cerita hari raya ummi kan? Panjang berjela betul.. Harap tiada yang jemu.. Ummi tulis ni pun untuk anak-anak ummi baca suatu hari nanti.. hehe.. Cerita raya kawan-kawan ummi semua ummi dah baca.. Ummi tak tinggal jejak, tapi ummi baca.. hehe.. Kat bawah ni lah satu-satunya gambar yang ummi ada sekarang.. =)

Tema Tahun Ini: Ungu-Unguan
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga
 



2 comments:

  1. Padat jadual raya ya, best kalau sedara mara kedua2 belah dekat2 mudah nak berkunjung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang padat amat kak.. Rumah MIL tak la dekat sangat.. Mak kita di JB, MIL di Segamat.. Jauh juga.. Tapi merasa juga la suasana raya dikampung.. hehe

      Delete