Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 21, 2011

Tanpa Bicara # 4

Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa.. =)

T.I.G.A



Salam,
Permulaan minggu keempat bulan November. Dan... entry ummi bulan ini hanya TIGA...??? termasuk ini? huhu..Minta maaf banyak2.. Hari ni baru berkesempatan.. sibuk menjelang Aidiladha dan selepas raya.. Kerja, kursus, urusetia.. Owh.. sangat letih,.. bukan setakat blog sendiri tak dijengah.. blog kengkawan pun tidak disinggah.. Facebook pn hanya dilayari waktu pagi.. dan status di update sekiranya perlu sahaja.. Huhu.. Nak kata ummi ni orang penting di office, rasenye tak jugak.. hehe.. tapi tu la.. kerja ummi ni kadang2 bila die nak mai bertimbun, sampai tak menang tangan.. bila dah takde, tu yang dok melanguk tak buat ape2.. Rasenye sepanjang "kesenyapan" ini, banyak perkara yang berlaku.. banyak yang hendak di story.. takpe.. ummi cube pelan2 ingat balik apa yang berlaku.. Anywat, terima kasih kepada semua-semua yang sudi singgah walaupun ummi tak update entry.. Terima kasih banyak2 yek.. ^_^

Friday, November 4, 2011

Perkongsian Jumaat #3

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"♥


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Artikel ni ummi dapat dari Laman Muka Buku.. Sangat terkesan dengan setiap ayat yang disampaikan. Ummi bertemu dengan En. Bb dalam jangka masa yang singkat.. 6 bulan. Sebelum mengambil keputusan bertunang, dan 6 bulan kemudian bernikah.. Walau tak lama berkenalan, tapi ummi rasa sangat selesa dengan En. Bb. En. Bb seorang yang tak banyak cakap... Tapi ummi pulak sebaliknya.. Kami memang sangat berbeza. Kami masing-masing sedar kami tidak sempurna mana, banyak lagi perlu dipelajari tapi kami yakin kami boleh lengkap melengkapi antara satu sama lain.. Yang penting tawakal. usaha dan berdoa.. Banyak mana rintangan atau dugaan yang datang, jauh di sudut hati kami, kami tahu kasih sayang antara kami tetap utuh.. Insyallah..

Thursday, November 3, 2011

Gelora Jiwa

Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja


p/s: Tiba-tiba En. Bb dedicate lagu ini untuk Ummi.. Malu aii.. hehe

Friday, October 7, 2011

Perkongsian Jumaat #2

Salam Jumaat,
Hari ni ummi nak share lagi pasal surah-surah dalam Al-Quran iaitu Surah Insyirah Surah ni ada 8 ayat. Sekarangkan tengah musim exam. PMR, SPM. budak-budak U pun tengah final exam sekarang. Surah ni sangat sesuai diamalkan oleh ibu bapa yang anak-anak mereka sedang menduduki exam supaya anak-anak mereka tenang ketika menjawab soalan.

Ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan, ibu bapa di rumah boleh melakukan amalan-amalan seperti berikut:

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.



Ok. Selamat mencuba. Ummi doakan anak-anak yang sedang menghadapi apa jua peperiksaan akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin..




p/s: Agak-agak masa En. Q nanti ada lagi ke PMR n SPM yek...?

Wednesday, October 5, 2011

Wanita Itu Istimewa

Salam dan Selamat Pagi.. Artikel ni ummi jumpa kat FB.. Ummi share sket yek kat sini..


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Orang selalu cakap pompuan ni lemah la.. ngada-ngada la kalau menangis.. tapi bagi ummi,, dengan menangis seluruh rasa yang menghimpit dada dapat dilepaskan.. dan pada ummi jugak dengan menangis dapat release tension.. tak kesah la orang nak cakap ape kan.. yang penting hati kita lapang bler dah lepaskan sume.. lagipun kte menangis bukan pkai mata orang lain kan..? yang penat mata kita.. hidung kte.. lagi satu.. menangis pun bukan pakai duit pun... So, wanita-wanita kat luar sana,,, menangislah selagi kamu mampu.. Allah berikan air mata yang banyak untuk kita seiring dengan ketabahan yang luar biasa yang ada pada kita,, 

Tuesday, October 4, 2011

Hujan

Salam..
Pagi ni ummi bangun tidur dan pergi keje dalam suasana yang amat nyaman.. Hujan turun mencurah-curah kat JB ni dari awal pagi.. dalam kul 4 lebih camtu.. sangat sejuk.. En. Q pun tak bangun lagi masa ummi dengan En. Bb pergi kerja,, Bestnya kalau hari ni tak payah kerja.. Duduk melepak-lepak kat rumah dengan En. Q.. ohh.. indahnya.. tapi apakan daya.. kerja tetap kerja.. walaupun hujan masih lebat masa ummi naik kereta tapi alhamdulillah,, perjalanan tetap lancar tanpa sebarang kesesakan.. Sekarang ni pun hujan masih turun mencurah-curah.. Alhamdulillah.. Semalam bos baru ummi tak jadi lapor diri.. Mayb tengah bulan.. Maka, kedebaran yang masih bersisa ni,, Ummi carry forward bawak ke tengah bulan la yek.. hehe. Hujan-hujan camni kalau dapat makan roti cecah sup rusuk mesti nikmatkan..? Adoii... perut dah bunyik2 ni.. nak minta isi.. Sempena hujan ni, jom layan lirik lagu Hujan nyanyian Sudirman..


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...