Diari Seorang Ummi
Thursday, April 10, 2014
Sunday, March 9, 2014
#pray4MH370
Masih berharap kapal terbang ni dah mendarat di atas padang yang luas..
Tetapi di luar liputan komunikasi..
Ya, Allah,,
Permudahkanlah segala-galanya buat mereka ini..
Amin..
Thursday, February 13, 2014
Seronok tak jadi Suri Rumah Sepenuh Masa?
Assalammualaikum WBT..
Ummi tengah serabut ni.. Nak semak kerja-kerja yang melambak atas meja ni..
Tetiba terfikir seronok nya kalau jadi suri rumah sepenuh masa..
Tapi ada orang cakap surirumah lagi letih..
Ummi pernah ambil cuti 3 hari saja nak rehat-rehat..
Jadual ummi masa tu lebih kurang camni..
6.30 pagi - Bangun Solat Subuh, kejut En. Bb. Buat air untuk dia.
7.30 pagi - En. Bb pergi kerja, ummi sambung tidur jap sebab tengok En. Q sedap tidur.
8.30 pagi - Bangun balik buat sarapan, basuh baju.
9.00 pagi - Pergi kedai beli lauk untuk masak
10.00 pagi - Sidai baju dan mandikan En. Q
11.00 pagi - Mula masak
12.00 tengahari - Sapu sampah dan mop rumah
1.00 tengahari - Lepak, main-main dan makan dengan En. Q
2.00 petang - Solat
3.00 petang - Tidur balik
5.00 petang - En. Bb pulang.
6.00 petang - Makan malam
7.00 malam - Solat dan rehat
9.00 malam - Gosok Baju En. Bb
10.00 malam - Tidur
Hehe.. tu lah rutin ummi sepanjang ummi cuti tu..
Ummi ingat ada cakap dengan En. Bb, seronoknya duduk rumah..
Yeklah, tak perlu fikir pasal kerja..
Tu lah, tu semua angan-angan aje..
Selagi ummi tak habis bayar segala hutang bagai..
Jangan mimpi nak berhenti kerja duduk rumah. Hehe..
Tengok orang sebelah ni,, senyum jek walau tengah bz.. hehe
Wednesday, February 12, 2014
I'M BACK
Assalammualaikum WBT..
Hampir setahun blog ummi ni terbiar..
Tahun 2013 dah berlalu..
Macam-macam kenangan manis dan pahit ummi lalui..
Huiii....
Letih nak ingat balik satu persatu..
Tapi ummi cuba ringkaskan apa yang berlaku selepas catatan terakhir ummi yang ini..
Mei 2013
En. Q mula berhenti sekolah.. Beliau asyik tak sihat dan meragam.. Mungkin rindu kat En. Bb..
Jun 2013
Ummi dapat tawaran sambung belajar secara PLK dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Ogos 2013
Ummi dan En. Bb dapat perkhabaran gembira tentang kehadiran si Kecil dalam rahim ummi.. (^_^)
September 2013
En. Q demam berlarutan hampir sebulan
Si Kecil tidak dapat bertahan dalam rahim ummi.. huhu
Kelas PLK ummi bermula
Oktober 2013
Pasukan Audit Dalam UiTM datang buat pengauditan kat pejabat ummi.. Sakit kepala + Sakit otak..
Disember 2013
Peperiksaan akhir ummi bermula.
Ha, macam-macamkan yang terjadi.. hmm.. semua yang berlaku ada hikmah. Sekarang staf-staf kat pejabat ummi semua tengah sibuk and kalut sedikit sebabnya kami akan mula berpindah ke kampus baru awal bulan Mei nanti..
Yang pasti ummi akan cuba update blog ummi ni sekerap yang bole...
"Selamat Kembali Ummi"
Thursday, April 25, 2013
Selamat Hari Jadi Sayang
Assalam
Hari ni merupakan Ulang tahun kelahiran En. Bb yang ke - 30.
Wahh... dah 3 series rupanya suami ku ini..
Hehe..
Sudah 5 tahun menyambut ulangtahun kelahiran bersama beliau..
Tiada apa yang ummi dapat berikan selain
Doa ikhlas penuh kasih sayang..
Semoga En. Bb ummi diberikan kesihatan yang baik..
Panjang umur agar sentiasa dapat menjaga kami..
Dimurahkan rezeki..
Dilindungi Allah SWT..
Semoga diusia baru ini, En. Bb sentiasa peroleh kejayaan di dunia dan insyallah di akhirat..
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Sayang..
Seminggu baru siap kad ni.. hehe |
Wednesday, April 24, 2013
Empat Tahun Sudah Berlalu
Assalam..
Genap sebulan blog ini bersawang dan tidak disentuh langsung..
Benar-benar mengabaikan dunia blogging..
Kali ni mood ummi terbang jauh betul.
Hari ni baru dia balik itupun perlahan-lahan..
Ummi tak nak ketinggalan mengabadikan tarikh hari ini dalam blog ummi...
4 tahun yang lepas, hari Jumaat, 24 April 2009..
Waktu ni, ummi tengah bersiap-siap..
Bersiap-siap sedia untuk melangkah ke kehidupan yang baru..
Kehidupan baru bersama orang yang ummi baru kenal 6 bulan..
Hari ini, 4 tahun sudah berlalu..
Masih kukuh ikatan suci ini,,
Akan semakin kukuh dari tahun ke tahun..
Insyallah..
Tahun ini pertama kali menyambut berasingan..
En. Bb di sana.,.. Ummi & Qusyairi di sini,,
Semoga bahtera rumah tangga kami ini akan kekal bahagia sampai syurga.
Amin.
Monday, March 25, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)