Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

Sikit marah.. Sikit marah..

Salam..
Selamat Pagi.. Hari ni mood nak buat entry tiba-tiba mencanak naik.. tapi bukan entry Cuti-Cuti Malaysia Sabah.. Tu kena sambung lain entry sebab nak pilih gambar macam nak pitam sikit.. hehe... Pagi ni nak cerita pasal En. Qusyairi.. Budak kecik ni, makin panjang akal.. Macam-macam ayat dah keluar dari mulut dia.. Kelmarin dia panggil nenek dia a.k.a Madam Emak, Sayang.. hehe.. lawak.. Perkataan biasa dia sebut, tak tahu.. alamak haiii.. muahah.. Super comel.. Semalam, kami tiba di rumah awal sedikit daripada biasa.. Madam Emak bagi lauk, ummi tinggal masak nasi..
Tiba masa nak makan, En. Qusyairi ni sibuk nak makan, sibuk juga nak main..

So, ummi cakap, "Meh sini ummi suap, nanti tangan kotor"..
En. Bb pun sahut, "Nanti tangan kotor nak pegang-pegang mainan"..
En. Qusyairi dengan muka selamba turun dari kerusi makan sambil membebel..
"Ikt arah..(sikit marah)..  Ikit arah...(sikit marah)"..

Pastu dia terus pegi main.. Ummi dah terkedu.. Yang En. Bb dah gelak.. 
Lama lepas tu baru ummi cakap.. Bertuah punya budak.. hahah... Kelako.. 
Sape la ajar cakap macam dengan dia,.. Anak haii anakk.. 
Sampai pagi ni, ummi n En. Bb masih boleh gelak kalau teringat dia membebel.. 
Tapi bila fikir-fikir ummi selalu ke marah dia??? 
Toink,, Toink.. Terkena batang hidung sendiri.. huhuh..

Sayang kamu ketat2..

Wednesday, November 28, 2012

Tuhan Jagakan Dia

Ya, Allah, Peliharalah mereka, lindungilah mereka walau di mana mereka berada.
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Wednesday, November 21, 2012

Tanpa Bicara #12

Gambar dari Encik Google
Salam,
Lambat bersiaran.. Saja nak bagi korang sume jealous.. 
Esok orang-orang keje gomen dekat Johor dapat cuti.. Yeayyy...
Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor..
Selamat Bercuti untuk Warga Johor,, =)












Tuesday, November 20, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part#4 "Tagal", Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru.

Salam,
Sambung lagi kisah percutian kami di Sabah,, Dengan motto gambar yang telah diambil tak baik jika disimpan begitu sahaja,, haha.. 
Destinasi ke-4 kami ke Sungai Moroli,,  
Mula-mula KakLong Ummi cakap datang situ nak bagi ikan makan.. 
Hek elehh.. dalam hati ummi berkata..
 Ape daa datang jauh-jauh semata nak bagi ikan makan..
 Tapi bila dah datang.. amboiii.. Tahap kejakunan terserlah okehhh.. 
Ape tak nya.. Ikan kelah sebesar-besar kaki tu datang dekat-dekat kita sambil mulut patuk2 dekat tangan kita yang ada makanan tu... Mana Mak Jemah ni tak jakun.. Apa kehal jinak benor ikan ni..
Nak masuk kat situ kena bayar tapi tak ingat RM brape.. hehe.. 
Bila bayar tiket dapat seorang sebungkus makanan ikan..
Serius seronok sungguh,, dapat pegang ikan kelah besar-besar,,
Sungai ni sungai terpelihara..
So, memang tak boleh tangkap ikan dekat situ,,
Makanan pun tak boleh bagi sesuka hati,, 
Tak boleh ko main nak campak roti gardenia yang dah nak expired tu.. haha..
Jom layan gambar.. Gambar ikan tak dapat tunjuk kat sini,, 
Sebab dalam kamera adik ummi..


Jambatan gantung pun ada..








Gigitan Manja dari Cik Kelah..



Next Destination: Poring Hot Spring

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Sumber Gambar: En. Google
Salam,
Sekejap lagi kita akan menyambut Maal Hijrah.
Hari di mana buku catatan semua amalan kita akan ditutup dan diganti dengan buku yang baru..
Dengan ini, sebelum buku catatan ummi ditutup.
Ummi menyusun jari memohon kemaafan daripada rakan-rakan yang membaca blog ummi..
Kiranya ada tulisan ummi yang menyinggung hati mana-mana pihak,,
Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT..

Bacalah doa akhir tahun selepas Asar dan diikuti doa awal tahun selepas Maghrib hari ini.
Boleh tengok di sini:

Cuti-cuti Malaysia Part#3 Sabah Tea Garden

Salam,
Baru nak bersambung entry pergi Sabah,, Insyallah lagi 3 - 4 entry habis lah.. Muahahha..
Oklah kan.. Daripada tak update langsung,, Kan ke rugi... Ok.. Destinasi ke - 3 seperti di atas.. Sabah Tea Garden ni terletak di Ranau...  Kira-kira 2 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu... Yang menariknya di sini, teh-teh yang dikeluarkan tak sama langsung dengan di Cameron. Janganlah cari teh strawberi ke, blueberry ke semua tu tiada.. Dekat sini diaorang keluarkan teh herba.. Macam Teh serai, teh halia, teh misai kucing dan sebagainya.. Harga pula tak mahal sangat,, RM7.50 dah boleh dapat 25 uncang teh halia.. Lagi satu, ummi tak pasti betul atau tidak,, Teh perisa yang ada dekat sini takde jual di Semenanjung.. Ummi pun memang tak pernah jumpa,, Teh Sabah biasa tu adalah. Takpe nanti ummi buat kajian betul atau tidak.. Jom layan gambar.. Panjang pula mukadimah tadi.. hehe

Ni Pintu Masuk
Pintu Masuk ke Tea House

Ladang Teh
Jangan expect sama macam dekat Cameron..

Muka baru baik demam



Baik Tuan!!


Kami
My Big Family =)

Antara perisa teh yang dikeluarkan

Cenderahati pun ada di sini.





 Next Destination: "Tagal", Sungai Morolo, Kg. Luanti Baru.

Wednesday, November 7, 2012

Cuti-cuti Malaysia Part#2 Tip Of Borneo

Salam,
Destinasi ke-2 kami di Sabah adalah Tip Of Borneo.. Kira macam penghujung Negeri Sabah.
Tempat ni terletak dalam daerah Kudat.. agak jauh jugak perjalanan.. Dalam 2 jam lebih macam tu..
Kalau ummi di Johor ni, penghujung negeri dekat Tg. Piai.. Dekat Sabah di panggil Tip Of Borneo.
Pemandangan dekat sana,, Subhanallah cantik sangat,, Ciptaan Allah S.W.T.. Ambil gambar pakai handphone biasa-biasa pun dah cantik apatah lagi kalau pakai kamera mahal..











Next Destination: Sabah Tea Garden

Tuesday, November 6, 2012

Cuti-cuti Malaysia Sabah Part#1 @ Rumah Terbalik

Salam..
Bertemu lagi kita.. Alhamdulillah.. Walaupun dah lama blog ummi terbiar sepi.. Hari ni tergerak hati nak update... Begitulah hidup sebagai blogger tak berapa tegar.. Bercinta betul kalau nak update blog.. Gambar banyak. Tapi idea takde.. Hari ini ummi nak cerita tentang percutian keluarga ummi ke Sabah pada 12 - 16 Oktober yang lepas.. Dah hampir 2 minggu  cerita ni terperap dalam folder.Kami naik flight jam 9.20pm, 12/10/2012. Sampai dalam pukul 12 lebih.. Esoknya 13/10/2012 pukul 11.00 pagi kami dah gerak ke destinasi pertama iaitu Rumah Terbalik. 
Untuk pengetahuan Rumah Terbalik ni terletak dekat kawasan Telibong, daerah Tamparulli..
Baru dirasmikan 9 Mac 2012.. Best pergi rumah ni.. Dalam rumah semua benda terbalik.. Cuma Aircond sahaja tak terbalik.. Tapi sayang tak boleh ambil gambar dalam kawasan rumah..
Tak perlu tulis banyak-banyak.. Cerita lama.. hehe.. Biar gambar berbicara..

Harga Tiket
Tiket
Tulisan semua terbalik
Add caption

Budak kecik yang sibuk nak ketuk gong jugak
Rumah Terbalik

Kete Plat Johor pun terbalik
Hiargghhh
Ada ampai terbalik kat dinding rumah ni..
Basikal terbalik
Kami lima beradik tapi tak terbalik.. hehe

Cenderahati - Poskad
Cenderahati - Pasu


Cenderahati - Tshirt
Cenderahati - Fridge Magnet.. Harus ummi beli.. hehe

Next Destination: Tip Of Borneo