Lilypie Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie 5th Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie 1st Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 30, 2012

Perkongsian Jumaat #8

Salam Jumaat,
Hari ini, ummi nak share satu cerita yang ummi dapat dari FB. Kisah Nabi Ibrahim melawat anak dan menantu baginda. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan manfaat kepada kita semua.

Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.


Sumber Cerita: Syahirul.Com


p/s: Indahkan bahasa kiasan yang digunakan Nabi Ibrahim? Ummi sangat tersentuh baca kisah ni. Tanggunjawab seorang isteri sangat besar. Jika kita tak sanggup untuk bersusah payah dengan suami kita,maksudnya kita tak mampu nak galas tanggungjawab itu. Ummi berdoa semoga Allah S.W.T kuatkan hati dan iman ummi agar mampu menjadi isteri yang solehah buat En. Bb.. Aminn..

Wednesday, March 28, 2012

Kalaulah Binatang Ada Facebook.. hehe

Salam,
Semalam ummi cuti, saja jek nak perabiskan cuti tahun.. hehe.. Tadi pagi masuk-masuk ofis terus bukak FB, 
pastu jumpa artikel ni,, Bila baca-baca, gelak sensorang. haha. Betul jugak kan? Kalaulah binatang pun ada FB macam kita ni, mesti status dia orang tulis macam ni kan? hehe..
  
Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..


Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak: isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam: Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru


Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap
malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,
sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku
Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink
panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun
tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2.
...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas
keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al
Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Sumber Asal: Dunia Kucing

Monday, March 26, 2012

Cekodok Kentang + Sosej.. Minum Petang Sabtu..

Salam,
Hari ni nak share resepi ciptaan ummi sendiri,.,, Haha.. Macam terror bebenor memasak sampai nak share kat sini.. Tapi omputih cakap Sharing is caring kan?


Bahan-Bahan:
1 biji kentang
2 batang sosej 
1 biji telur 
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-Cara:
 1. Rebus kentang sampai empuk dan kemudian lenyekkan
2. Potong sosej ikut suka
3. Campurkan semua bahan-bahan lain
4. Gaul sehingga sebati
5. Goreng sehingga warna kekuningan

Sekian, selamat mencuba bagi yang mahu mencuba resepi ciptaan ummi yang ntah pape ni.. hahah


Friday, March 23, 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM

Salam,
Kepada adik-adik yang baru dapat result SPM kelmarin, jom ramai-ramai pergi Ekspo Selangkah Ke UiTM di semua cawangan UiTM pada 24 - 25 Mac 2012.. Bagi adik-adik di sekitar Johor Bahru, ekspo kali ni bagi peringkat Kampus Cawangan Johor Bahru diadakan bersekali dengan Karnival Pengajian Tinggi di PERSADA Johor Bahru.


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik jek kat banner atau layari laman web UiTM.

Jom datang beramai-ramai dan buat pilihan yang tepat untuk masa depan.

Thursday, March 22, 2012

Meowww... Meowww... Bila Ayah Dah Takde Kerja...

Salam,
Tengok la hasil kreativiti En. Bb ummi ni.. Hehe

meoww.. meoww...
Abis muka En.Q ni.. haha. tapi chumel kan? Dia orang berdua ni, bangun pagi-pagi pastu main lukis-lukis..
Memang ada belikan water colour untuk En. Q.. Yang rajin melayan confirm la En. Bb,, sementara tunggu ummi buat sarapan.. Ni lah kerja 2 beranak ni.. Main lukis-lukis.. Conteng-conteng.. Bila En. Bb dah terlebih idea.. ha, tu jadi camtu.. Yang bestnya,, En. Q ni redha aje kne conteng kat muka.. haha.. Nasib baik belum mandi lagi.. Tu ummi tak marah sangat.. Kalau dah mandi, harus kne membebel.. Mujur jugak takde effect apa-apa kat pipi gebu En. Q ni.. Apapun yang penting En. Q enjoy buat aktiviti ni bersama En. B dan tak mengganggu keje-keje ummi di dapur.. heheh

Wednesday, March 21, 2012

Ayam,, oh,, ayam..

Salam,
Anak bujang ummi, En. Q ni sejak dah besar ni,,, suka betul makan ayam.. Kadang-kadang ummi bagi ikan pun dia cakap ayam.. Yang paling dia happy makan, confirm la ayam goreng.. tapi satu bahagian jek.. Bahagian drumstick.. kalau bahagian lain dia kurang gemar sikit.. mayb sebab susah nak pegang.. kalau drumstick tu kan macam ada tempat pegang.. Hehe.. Tapi bila dia makan, dia tak pandai nak pusing-pusing ayam tu.. satu bahagian aje.. walaupun tempat lain banyak lagi isi.. Kadang-kadang dekat cecah tulang dia makan jugak.. hehe


Tuesday, March 20, 2012

::::SEEFOOD:::: Keluar Pagi Balik Malam

Salam,
Weekend ari tu.. Hari Sabtu.. Kami memang dah plan nak bawak En. Q pergi tengok cerita Seefood.. Semangat tau.. Awal2 dah cakap ngan En. Bb nak keluar awal-awal pagi.. Dalam pukul 11 dah kuar dari umah. Ni kira kali ke-2 bawak beliau tengok movie.. Yang pertama cerita RIO. Bagi ummi, cerita ni..boleh la.. Gambar dapat 5 star.. Tapi jalan cerita 3 star jek.. Kurang sesuai untuk budak2.. Takde lagu.. Lepas setengah jam.. En. Q dah selamat belayar.. haha.. Ummi pun macam nak ajak En. Bb kuar awal.. tapi dia cakap dah bayar mahal, tengok aje la.. Huargghh... Last-last tengok jugak sampai abis... Hehe.. Kiteorang tak lunch pun kat CS,, CS tengah buat renovation.. semak mata... Kiteorang bergerak pulak pergi Plaza Angsana.. Lunch kat sana pulak..
Pas sudah tengok SeeFood..
Singgah Popular jap baca buku..

Lepas lunch, tergerak ajak En. Bb pergi Zoo Johor.. Ni pun kali ke-2 bawak En. Q.. Kali pertama masa umur 1 tahun 3 bulan.. hehe.. Sepanjang dalam zoo tu.. En. Q kita ni, takmo jalan sendiri.. Berdukung aje.. Tak tau la takot ke penat.. Mujur ayah beliau gagah perkasa.. haha..







Zoo Johor sekarang ni, banyak perubahan.. Tak macam masa ummi kecil-kecil dulu,, Binatang semua sihat-sihat.. Kalau dulu tua-tua belaka.. haha.. Selesai kat zoo,, teruskan perjalanan pula ke Hutan Bandar.. Kali ni, En. Bb pulak yang request nak pergi..






Dah penat bakar kalori kat situ,, Kiteorang pun bergerak pulang untuk meneruskan destinasi seterusnya,, Jusco Tebrau,, Singgah sekejap jek, cari baju En. Bb.. Konon-konon keluar pagi, ingatkan tak nak la sampai rumah malam,,, Tapi kita cuma merancang jek kan.. haha.. Keluar pukul 11.00 pagi sampai rumah pukul 9.00 malam.. haha.. betul-betul merayap.. Hari Ahad semua tersadai kat rumah.. hehe.. Walau penat macam manapun tapi dapat luangkan masa dengan orang-orang yang kita sayang, sangat berbaloi.. Dapat tengok dia orang happy hati ummi sangat berbunga-bunga.. =)

Kat Jusco.. Penat sudah..

Kek Gula Hangus

Salam,
Ummi rasa sekarang ni, mood baking membaking ummi makin bercambah lah.. kebetulan kat rumah stok-stok nak buat kek ada.. tu yang rajin terlebih nak buat.. Padahal ummi bukan makan sangatpun kek tersebut.. hehe.. Hari Ahad lepas ni, petang-petang lepas masak, tak de buat pape.. En. Q ngn En. Bb pulak tidur.. Ummi kelentang kelentung la sensorang kat dapur.. Cuba buat kek gula hangus.. Seingat ummi, ummi tak pernah buat sebelum ni... Resepi pun ummi dah tak ingat amik kat mana.. huhu... Jom tengok hasilnya..

Taddaa... nama pun kek gula hangus.. maka, atasnya perlu la hangus.. hahah
Haha,,, sila abaikan permukaannya itu.. Orang cakap kek ni ada macam-macam nama, kek sarang semut.. kek sukun.. ummi lupa nak amik gambar dekat-dekat.. tapi Madam Emak ngn En. Bb cakap jadi.. haha.. ok la tu.. rasa tak manis sangat.. Kalau ada yang nak mencuba, boleh lah try resepi ni..


KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 camca besar mentega

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Ini akan mengambil sedikit masa. untuk hasil yang baik, harap bersabar ya.

Apabila semua gula telah bertukar jadi karamel, masukkan air panas (masuk sekali gus, jangan teragak-agak) & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Seterusnya...

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur

Cara-cara:

1. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. 
3.Perap adunan selama 3-4 jam. <------- ummi pun tak pasti apa tujuannya.. hehe
4. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Selamat mencuba... ^_^

Tentang Rasa


Aku Tersesat Menuju Hatimu
Beri Aku Jalan Yang Indah
Izinkanku Lepas Penatku
Tuk Sejenak Lelap Di Bahumu

Dapatkah Selamanya Kita Bersama
Menyatukan Perasaan Kau Dan Aku
Semoga Cinta Kita Kekal Abadi
Sesampainya Akhir Nanti Selamanya

Tentang Cinta Yang Datang Perlahan
Membuatku Takut Kehilangan
Kau Titipkan Cahaya Terang
Tak Padam Didera Goda Dan Masa

Dapatkah Selamanya Kita Bersama
Menyatukan Perasaan Kau Dan Aku
Dapatkah Selamanya Kekal Abadi
Sesampainya Akhir Nanti Selamanya



p/s: Untuk En. Bb.. hehe

Friday, March 16, 2012

Perkongsian Jumaat #7

Salam Jumaat,
Penghulu segala hari.. Alhamdulillah.. sekejap jek dah hujung minggu.. Hari ni ummi nak share sesuatu yang
baik untuk semua.. Memandangkan setiap bulan ummi satu family akan pulang menziarah MIL kat kampung, kami akan mengerjakan solat jamak ketika berada kat sana.. So, hari ini, ummi nak kongsi pasal solat ni..
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..

PANDUAN SOLAT MUSAFIR

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

Solat Qasar

Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jama'
 
Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’. 
 
Syarat Solat Jama’

Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Contoh Niat

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Solat Jama’ Ta’khir 
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  
 
Contoh Niat

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
 Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Sumber: E-solat

Tuesday, March 6, 2012

McValue Dinner @ McDonald

Salam,
Amboi kemain bz ummi sampai blog tak terbela lagi.. Huhu.. Ni kira entry pertama di bulan MAC..
Ternampak iklan kat web pasal benda ini.. Haha.. Ummi suka.. Ummi suka.. dan ummi percaya En. Bb pn sangaaaaaaaaaattt suka.. hehe.. Sebelum ni, kami kalau nak makan kat sini, En. Bb cakap boleh makan waktu lunch hour jek.. Malam tak boleh.. Sebab kalau lunch hour tu kan murah.. Sekarang tidak lagi.. malam pn sudah boleh makan.. hahaha.. Tapi tak elok makan selalu.. Tapi... orang cakap yang tak elok tu la yang kita suka kan.. haha.. En. Bb sila setuju dengan ummi.. hehe